Monday, February 28, 2011

Quote of The Day.

Jangan Main-Main,
Semasa bermain!

Saturday, February 26, 2011

NgeblogIT: Reading small font for website.

  • Aku suka IT. sITi pon aku suka gak..Jadi bersempena itu, aku akan coba untuk mengepost lebih banyak tips dan trick untuk para tetamu blog ini lebih mendapat pencerahan dalam IT. 
  • Untuk kali ini, aku nak kongsi satu tips berkenaan mengadjust saiz tulisan (font) yang digunakan dalam sesuatu website. Sesetengah website ada menyediakan butang aplikasi 'javascript' untuk ditekan dalam mengadjust size font dalam website mereka. Contohnya macam website UKM ni.


  • Kebanyakan website institusi kerajaan Malaysia menyediakan aplikasi ini. Mungkin salah satu sebab website mereka mempunyai golongan pembaca yang pelbagai golongan dari yang muda hinggalah ke yang tua.
  • Kalau xde butang tu, senang je kalau kita nak adjust size font dalam website tu. Bagaimana?
  • Untuk menambahkan saiz font itu, tekan butang "Ctrl" dan "+" pada keyboard anda serentak. 
  • Untuk mengecilkan saiz font itu, tekan butang "Ctrl" dan "-" pada keyboard anda pulak.
  • Untuk kembali kepada default size, tekan butang "Ctrl" dan "0" pulak pada keyboard anda.
  • Amacam? Sonang je kan. Yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan diriku ini juga. Semoga anda dapat manfaat daripada perkongsian ini. Renung2kan dan selamat beramal....=p

Wednesday, February 23, 2011

Hutang Malaysia

Rajah 1

Soalan A: (25 Markah)


Rajah 1 di atas menunjukkan statistik kepada jumlah pendapatan dan hutang Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Dengan menggunakan kaedah unjuran secara Matematik Tambahan (seperti Janjang Aritmetik atau sebagainya) huraikan jawapan anda beserta penerangan ringkas dalam Bahasa Melayu tidak melebihi 100 patah perkataan.



Soalan B: (75 markah)


Tahukah anda ekonomi di benua Eropah masih belum pulih sepenuhnya sejak kemelesatan ekonomi. Antara negara yang teruk terjejas adalah Greece, Potugal, Ireland dan sebagainya. Dengan menggunakan hukum kecairan (liquidity), bandingkan senario yang sedang berlaku dengan data-data statistik di atas. Apakah signifikannya dengan situasi politik di Malaysia selepas pasca tsunami 2008?









Ini adalah open book test. Jadi jawapan anda dengan rakan sebelah tidak boleh sama langsung. Kepada sesiapa yang didapati bersalah meniru dan beri tiru, anda akan dihantar untuk menjalani Latihan Muhasabah Diri di Kem Kamunting.

Kosong

0










































Cari apa lagi? Kan dah jumpa 0 (kosong) kat atas tu...=p











P/S: Gue kebosanan. Jangan mara aaa...Mara nanti kena jual dengan Abdul Wahub

Monday, February 21, 2011

Hail To The Lockon Stratos

Who the hell is Lockon Stratos?

He's a pilot.

Pilot for Dynames.

Who the hell is Dynames?

Dynames is a mobile suit.

What the hell is this mobile suit?

Mobile suit is a mecha in the Gundam Series.

Which Gundam Series is it?

It is Gundam 00.





Aku pasti hampir semua fans Gundam 00 akan lebih memuja hero utama cerita ini iaitu Setsuna F.Seina, pilot (ataupun lebih dikenali sebagai Gundam Meister) kepada Exia. Tapi aku x minat sangat dengan Exia. Walaupun rekabentuk figuranya lebih mengancam tapi aku tetap minat kat Dynames. First, Dynames adalah merupakan model sharp-shooter and long ranger. Kira macam sniper gak ah. Manakala Exia pulak lebih kepada close combat. Design pedang Exia memang ngancam. Tak tipu. Second, Lockon Stratos ni lebih kepada leader among the Celestial Being's Gundam Meister. Gundam Meister untuk Celestial Being ni ada 4 orang. Lockon Stratus Gundam Meister Dynames, Setsuna F. Seiya Gundam Meister Exia, Allelujah Haptism Gundam Meister Kyrios dan last sekali Tieria Erde Gundam Meister Virtue. Last skali, Lockon Stratos ni cool. Hahahaha...

Berikut adalah beberapa video dari Youtube berkenaan dengan Lockon Stratos dan Dynames.




Minit-minit awal dalam video ini adalah kemunculan Exia. Figura Exia lebih slim, sesuai dengan peranannya sebagai close combat mobile suit. Pada minit 4.50, itu adalah detik2 kemunculan (debut) untuk Dynames dan Lockon Stratos.

He can hit precisely from so far?!




Dynames First Trans-Am. Penggunaan Trans-Am tidak berapa signifikan terhadap Dynames. Tetapi Trans-Am banyak membantu dalam close combat Exia. Apa itu Trans-Am? Trans-Am ni kira macam instant booster untuk meningkatkan capability para Gundam ni lah. Dalam tempoh yang singkat, kebolehan setiap Gundam akan meningkat berkali ganda. Tapi lepas dah abis pakai Trans-Am kena plak cas balik kat stesen dia.




Yang kat atas ni sedutan video Lockon Stratos mati. Cilake tol episod ni. Time ni Gundam kena gangbang ramai2 dengan musuh2. Sampaikan kapal induk Gundam pon skit lagi nak jahanam. Episod ni jugak Lockon Stratos mati. Matinya seorang patriot. Dalam episod ni pihak Celestial Being's juga telah kehilangan beberapa ahli. Semua terkorban sebab kena gangbang dengan para musuh.




Ending Second season.



Atas ni video klip lagu Ending Season 2 GUndam. Friends oleh Stephanie.




































































cun gak Stephanie ni..ahahahaha




Sunday, February 20, 2011

Semangat Yang Hilang

Langit Sore dari Ofisku



  1. Esok Senin.
  2. Esok kena keje.
  3. Masalahnya dah 2 minggu aku xde semangat nak pegi keje dan siapkan keje aku kat opis tu. Ada semacam satu benda yang menyebabkan semangat perjuanganku menghilang.
  4. Apakah ini petanda untuk angin perubahan?

Saturday, February 19, 2011

DIA





Dia




Artist: Fauziah Latiff



Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Friday, February 18, 2011

Of Babies and Maternities

  1. Bermula dari bibit-bibit bermain mata, bermain sms, bermain surat cinta, purak2 tersalah anta mesej ataupon salah nombor, hubungan sesama insan antara Adam dan Hawa akan berakhir ke jinjang pelamin kalau ada rezeki dan jodoh. Kalau setakat niat nak buat geli-geli selalunya susah sikit nak Happy Ending. And kalau korang niat serius, tapi Allah dah kata beliau bukannya jodoh anda, jangan risau. Setakat Pelamin Anganku musnah apa ada hal. Banyak lagi pelamin-pelamin yang anda boleh tempah kat butik-butik pengantin ataupun mak-mak andam kat luar sinun.
  2. Perjalanan menuju puncak gerbang cinta setiap insan pastinya melakar kisah dan catatannya tersendiri. Mungkin ada yang bercinta sejak dari zaman sekolah menengah, macam Awie dan Erra Fazira dalam citer Sembilu. Sambil menyulam kasih asmara sambil mengayuh basikal berkejaran manja-manja gediks. Aww..gediksnya kurasa setelah menaip ayat tersebut..ahahaha....
  3. Atau mungkin ada yang melalui saat-saat percintaan berlandaskan semangat dan roh islamik, macam kisah chenta Fahri dengan Aisha dalam kisah Ayat-Ayat Cinta.Bertemu pertama kalinya di dalam pengangkutan awam, bertentang mata dan dari pandangan mata yang tajam itu menusuk terus ke dalam kalbu dan membuatkan si dia sentiasa terbayang-bayang. Tanpa proses yang kita anggap sangat urban, Hollywood dan super Civilization yang kita kenali sebagai "berjimbet", mereka akhirnya selamat dinikahkan oleh Si Tukang Nikah a.k.a Tok Khadi (kalau dalam citer Musang Berjanggut jawatan ini dikenali sebagai Datuk Nikah Kahwin).
  4. Dan setelah sah bergelar suami isteri, aku sangat pasti antara impian anda berdua adalah untuk memiliki cahaya mata, zuriat hasil daripada darah daging sendiri. Perlukah aku menceritakan proses-proses untuk mendapatkan cahaya mata itu?Aku tidak berasa itu satu keperluan.Takut kalau aku ceritakan nanti x abis satu page ni.Kepada yang dah menikah tu aku amat yakin korang dah tahu secara detail cara-cara mendapatkan cahaya mata dari hasil darah daging anda sendiri.Kalau yang masih bujang (dan suci)  macam aku ni, aku x berapa pasti sebab x pernah ambik ujian amali. Kalau setakat ilmu teori tu dulu adalah belajar tentang teori reproduktif lelaki dan wanita masa zaman tingkatan 3.Apa boleh buat, terpaksa gak amik dan belajar serta hafal organ2 yang berkaitan sebab takut keluar pulak soalan berkaitan dalam kertas Sains semasa PMR.
  5. Of babies and maternities. Tahukah kalian proses kejadian bayi dan manusia dalam Islam. Mengikut ilmu agama yang x seberapa yang aku miliki, kejadian manusia itu sendiri terbahagi kepada 4 proses utama iaitu daripada Nutfah kepada 'Alaqah kepada Mudghah dan kepada tulang yang dibalut daging. Sebagai usaha untuk mendapatkan ilmu lebih lanjut dan refreshing, aku pon bertanya kepada Lebai Google dan jumpa satu laman web yang menarik yang membincangkan perkara ini di sini.
  6. Sebagai ekstrak sedikit, aku letaklah sedikit info yang terdapat dalam laman web tu. Manalah tau korang malas nak buka website tu, ataupun internet korang super lembab, lebih lembab daripada siput sedut yang melukut di tiang-tiang jeti-jeti di tepian pantai.
  7. PERINGKAT SATU

    NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

    Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

    " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


    Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
  8. PERINGKAT KEDUA

    ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

    Firman Allah yang bermaksud

    " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

    al-Mukminun : 14

  9. PERINGKAT KETIGA

    MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

    Firman Allah yang bermaksud

    "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

    al-Mukminun : 14



    Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
  10. PERINGKAT KEEMPAT

    IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

    Firman Allah yang bermaksud :

    "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

    al-Mukminun : 14




    Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
  11. PERINGKAT KELIMA

    NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
  12. PERINGKAT KE ENAM

    NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
  13. All credits regarding items no 7 to 12 belongs to the writer at this site.
  14. Sapa2 yang kenal aku dulu mesti tau aku pernah melanjutkan pengajian secondary school di salah sebuah sekolah Agama yang tersohor di area Kajang dan Bangi. Jadi pabila dah namanya budak sekolah agama, maka antara perkara wajib adalah sesi tazkirah di surau/masjid antara maghrib dan isyak. Tujuan utama sesi tazkirah anjuran Lujnah Badan Dakwah (walaupon dah namanya sekolah agama, tapi masih lagi memerlukan organisasi Dakwah yang tersusun. Ini menunjukkan proses dakwah itu sendiri berlaku secara intramuslimin dan jangan hanya memfokuskan kepada inter-nonmuslimin.Indahnya Islam...) adalah untuk memupuk rohani para pelajar. Yelah, orang tua cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Antara sesi tazkirah yang masih melekat dalam kepala hotak aku adalah berkaitan kejadian manusia. 
  15. Antara intipati yang dapat aku ingat adalah " Kita sekalian umat manusia di dunia ini sebenarnya dah buat deal dan sign agreement dengan Allah semasa dari zaman peringkat roh lagi. Allah dah sediakan kontrak kepada kita dan beri kita lihat, baca dan teliti segala macam terms and condition seperti bilakah ajal kita, jodoh kita, bagaimana rezeki dan beberapa perkara lagi.Apakala roh kita bersetuju dan sign kontrak tu maka dengan senang hatinya roh itu akan ditiupkan kedalam jasad kita(apabila sahaja roh kita ditiupkan, kita akan terlupa segala macam kandungan kontrak yang telah kita tandatangani tu). Dan andai kata roh kita tidak berapa berkenan, maka x jadilah proses menandatangani kontrak tu. Kalau x jadi tandatangan kontrak camne? Maka tidak ditiupkanlah roh kita pada jasad itu"(Ayat telah diedit dan disesuaikan untuk bacaan di blog ini. Tiada unsur2 18SX dan 18SG telah diterapkan)
  16. Si pentazkirah itu menambah lagi antara lainnya seperti "Dan jika menurut proses kejadian manusia, saat roh ditiupkan adalah ketika janin manusia berusia lingkungan 120 hari (empat bulan). Dan bilamana proses peniupan roh itu tidak terjadi, maka janin itu dengan sendiri akan tergugurnya." Kadang-kala kita biasa mendengar para wanita yang telah mengandung tetapi dengan tiba-tiba mengalami keguguran tanpa sebab. Jadi harapannya kepada kaum hawa yang terbaca posting janganlah berasa ralat apabila kandungan yang anda jaga dan tatang dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dikhabarkan telah keguguran walaupun anda tidak mengalami atau menghadapi segala macam perkara yang memungkinkan anda keguguran.
  17. Percayalah setiap kejadian dan peristiwa yang diciptakan oleh Allah tu ada sebabnya. Mungkin di saat anda mengalami keguguran sebenarnya Allah hendak memberi lebih peluang kepada anda lebih berdua-duaan dan romantik secara halal, atau mungkin ketika itu keadaan ekonomi keluarga anda masih belum berapa stabil, atau mungkin jika kandungan itu diteruskan akan memudaratkan kesihatan si ibu dan anak. Tiada siapa pon tahu apa jua yang dirancang oleh-Nya.
  18. Sekian perkongsian ilimiah daripada saya Wong Lanang untuk posting kali ini. Asyik letak posting kurang berilmiah je nanti kita akan jadi bangsa yang jumud, x urban.
  19. Morale of the story: Rajin2lah pergi kuliah agama. Walau x dapat 10 paling kurang kita dapat 3 daripada apa yang disampaikan dan pastinya benda itu sangat bermanfaat kepada kita dan orang sekeliling kita. 
  20. Sekian: Renung-renungkan dan Selamat Beramal~~~


Thursday, February 17, 2011

I can't access Facebook after Installing Kaspersky Internet Security 2011 (KIS 2011)

  1. Gila. Inilah yang terjadi kepada aku.Selepas aku mengupgrade KIS 2009 aku kepada KIS 2011 complete with updated database and reboot, aku x boleh bukak Laman Web Facebook langsung!
  2. Mula2 aku try bukak pakai Google Chrome, haram jadah 5 minit white page dengan lambang dekat tab tu dok pusing2 je. Aku pikir time ni KIS ade block certain settings kut kat Chrome.
  3. Ok fine. Aku try pulak bukak pakai Internet Explorer 7 aku, al maklumlah IE ni browser buatan Microsoft, and most of the software in the world must be compatible enough with Windows platform. Berjaya bukak laman web Welcome To Facebook. Lepas masuk username and pasword bagai, haramjadah itu berlaku lagi sekali.Ah sudah, pening medula oblongata aku.
  4. Last choice, aku try pakai Mozilla Firefox. And the result is the same. Time ni dah bengang dah. Dahlah aku tgh buat deal kat dalam Facebook masa tu.Dan untuk menyedapkan hati, aku pon berkata ni mesti server facebook ada problem ni. Ntah ada mamat hackers mana ntah dah berjaya 'Nuke' server facebook dan menyebabkan bandwidth dia mencanak naik dalam tempoh yang amat singkat dan seterusnya menyebabkan sistem crush...........................
  5. Disamping itu, aku tetap tidak berputus asa untuk mengatasi masalah aku ni. Aku pon bertanyakan kepada Haji Lebai Google tentang masalah yang aku hadapi selepas. Dengan menaip keyword "Can't access Facebook after installing Kaspersky 2011" aku pon coba satu demi satu cara yang mudah dan praktikal (aku memang akan pilih yang mudahnya dulu). Sambil tu aku coba gak untuk login Facebook, tapi muka putih yang adelah.
  6. Aku restart komputer (cara paling mudah untuk merectify masalah /konflik software dan hardware adalah dengan merestart komputer anda. apabila restart, komputer akan automatik clearkan memory dan BIOS system dia). Keputusan gagal. Sama gak.
  7. Aku cuba repair Registry software2 dalam PC aku. (Aku pakai Tune Up Utilities 2004 je). Result sama gagal.
  8. Aku cuba disable protection.(ini adalah cara paling gembel dan bahaya. sebab dengan tidak mengonkan protection antivirus anda umpama pergi perang menentang musuh dengan hanya memakai boxer...). gagal gak nak log in facebook. Yang peliknya website lain senang je nak masuk..xde masalah (website mesum2 aku x try ah) tapi nak log in facebook haram jadah toi x dapat...
  9. Aku try clearkan cache (cache ialah sejumlah simpanan memori oleh browser kita untuk memudahkan browser kita loading website masa revisit) dan cookies (cookies ialah biskut dalam bahasa melayu) untuk semua browser...haram jadah gak resultnya...
  10. sambil tu aku x putus asa merujuk dgn lebai Google dengan mempelbagaikan keywords. Last2 aku jumpa satu thread dalam forum rasmi Kaspersky tentang masalah ni. 
  11. First step ada sorang mamat tu suruh upgrade daripada version 11.0.1.400 kepada version 11.0.2.556. Ni aku malas nak buat dulu sebab macam nak kena download baru je. Makan masa gak tu nak tunggu.
  12. Second step ada mamat ni ajar reset kepada default setting. Cara2nya Open kaspersky > go to setting > go to advanced settings > go to manage settings > first, save the current settings. > then click restore default settings. Aaaa..yang ni senang skit....Aku pon trylah dulu step ni dengan harapan yang menggunung. Dalam tempoh masa bersamaan dengan Ruben Barichello tukar tayar kat pit stop je proses ni selesai. 
  13. Setelah selesai trus aku bukak page yang tgh loading facebook tu, klik butang refresh and =)....................................
  14. Kesimpulannya, default setting memang selalunya membantu...
  15. Apa yang seronoknya semasa dalam proses mengtroubleshoot ni, aku dah terjumpa satu website yang menarik. Tujuan utama website ni adalah untuk memastikan samada website yang kita x dapat nak bukak tu memang server tgh down, atau kita je yang x dapat nak access website tu....ni dia punya link























Aku x cukup geek lagi nampaknya.

Wednesday, February 16, 2011

Insya-Allah Malay Version

  1. I know, I've heard before that Maher Zain will rerecording his hits single Insya Allah in Bahasa Melayu. What I've heard also he's going to release his Bahasa Melayu version in conjunction with his second visit to Malaysia for next performance(which I think has already done during this post is written). I've never bother even he want to sing this song in Bahasa Melayu, bahasa Tamil or even Bahasa Mandarin because to me, its nothing. Personally, this Bahasa Melayu Insya Allah is more on publicity strategy, and da'wah on the next. 
  2. Somehow on last Monday while I was strolling purposelessness at Bandar Baru Bangi PKNS shopping complex, somebody has played this song loudly. I know it is Maher Zain Insya Allah's song because the intro of the song has already accidentally stored into my tiny brain. I'm not his big fan but what can you do, if your friend set their ringtones to this song, when you listening to ERA, Hot Fm, Selangor FM and other Malay Channel Radio they keep on spinning this record, what else can you do? Accidentally installed in your memory lorh...
  3. Back to the situation, at first I thought that it's just an ordinary Insya Allah's song as I was busy focusing on 'usha'ing a group of cute 'Tudung Labuh' muslimah. Then when it comes to the chorus part, my ears noticed some weird word. Is that a Malay word? I keep on focusing and yes..it was a Malay word. Finally Maher Zain can speak a few more Malay words besides "Terima Kasih Malaysia"..hehehe  
  4. Have you heard the Malay version of Maher Zain Insya Allah? Take a look on one of fan-made video clip I found on Youtube.com.
















On the other side, I think it is a good effort for singing it in Bahasa Melayu. At least their fan in Malaysia (which is most of them are Malay gals) can be more 'insaf' and 'bersemangat'. Not only like his song because of his cute look...ekekeke

Tuesday, February 15, 2011

beauty is in the eye of the beholder

  1. Do you know what is a beautiful girl to me?
  2. A girl with no make-up or at least light make-up, which will unleash her natural beauty. Seriously, sometime when I saw girls around me which is too over putting their make-up on their faces I will silently LULZ inside my heart (nak jaga hati mereka2 ni..ekekeke). Please don't overrated with your make-up girls, you are not what they called as an Chinese Opera actors/tresses.
  3. A little bit foundation on your cheeks and lip gloss would be so nice to me. Too reddish lips would sometimes make me wondering, apa mereka2 ni x takut ke termakan sekali dengan lipstick2 time makan nasi lauk ayam goreng tu. I used to put lipsticks on my lips, but that was too long ago, during my kindergarten time. My teacher force to put lipstick on all of us who took part during mini concert at that time. And guess what, I still remember how it taste and it was yucks...hahahaha 
  4. Believe me, nothing compare to the natural beauty. But, some people may will not be agree with me. No offense, "Beauty Is In The Eye Of The Beholder"






















Aku punya English semakin lama nampak makin jahanam....Perlu mula bercakap English nampaknya dan keep up polishing my writing skills....




















Wait, nowadays most of us using computer for typing. So how can I polish my writing skills?...

Fenin..fenin...

Monday, February 14, 2011

Seminute.com

  1. 14 Februari, maka sudah hampir 2 bulan laman web yang diasaskan oleh aku diatastaliankan.
  2. Laman web yang diberi nama www.seminute.com, lebih kepada replikasi aplikasi kepada laman web perkongsian video terbesar didunia, Youtube.com.
  3. www.seminute.com lebih memfokuskan kepada ucapan pendek video berdurasi satu minit (60 saat) pada kadar maksimumnya. Sebab itu ia diberikan nama Seminute.com.Apa sahaja ucapan untuk apa sahaja majlis, peristiwa boleh digunapakai oleh Seminute.com.
  4. Untuk video pertama yang diupload adalah ucapan terima kasih daripada seorang pengantin yang juga merupakan kenalan saudara aku. Terima kasih kembali kepada sang pengantin atas ucapan yang disampaikan.
  5. Minat aku terhadap pembangunan laman web dan yang sewaktu dengannya telah lama berputik. Semenjak di usia belasan tahun lagi aku telah mula berjinak2 dengan aplikasi pembinaan laman web seperti Microsoft Frontpage dan juga Macromedia Dreamweaver(masa zaman tu Adobe masih lagi belum menelan syarikat Macromedia). Bermula daripada basic HTML, sehinggalah kepada AJAX, aku coba untuk bermain2 dengan coding2 mereka ini. Memang menyeronokkan!
  6. Namun kekangan masa kekadang membataskan kebutuhanku terhadap minatku ini. Agaknya kalau dulu aku memilih aliran web development sebagai core study aku, mesti aku sekarang tgh sibuk develop code nak hack Facebook...wakakakaka...
  7. Kepada teman2 ku, marilah bersama2 menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh aku ini dan war-warkannya kepada rakan, taulan, bos, awek, pakwe, tunang, secret admirer dan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan anda. Ianya percuma.
































Next target aku nak sambar Mac Book Pro satu. Mesti syiok gila kalau dapat Mac Book Pro ni sambil wat keje2 multimedia...

Sunday, February 13, 2011

YeyYaPadayappa!
























Sukati korang nak gelak ke, kagum ke.....




















































Igt Neo je yang power?

Friday, February 11, 2011

25 Fakta bukan Auta

Aku telah kena tag. Ditag oleh Gadis Yang Tidak Tahu Mana Mau Pergi, Tapi Sedang Pergi (An idealist that doesn't know where she's going, but is on her way). Tag nya lebih kurang macam suruh kita beritahu 25 fakta tentang diri kita kepada para pembaca blog kita. Kira macam nak korek2 rahsia pasal diri kitalah. Tak dapat semua, dapat 25 pun jadilah...hahaha.

Baiklah, mari mula mencapubkan diri sendiri:

  1. Aku orang jawa. Tapi x berapa lancau nak cakap jawa. Awas! Walaupun kelancauan aku bercakap jawa di tahap intermediate, tapi tahap kefahaman aku terhadap pertuturan jawa komunikasi memang tahap God-Of-The-Gambler. Senang citer kalau makcik-makcik bergosip dalam bahsa jawa komunikasi, setakat aku nak ngoping tu xde masalah punya.
  2. Kaki tidur.
  3. Bukan kaki masjid.
  4. Kaki ngeteh.
  5. Bukan kakitangan kerajaan (buat masa ini)
  6. Aku seorang kaki game lah jugak. Tapi buat masa skrg terpaksa berehat sebentar sebab PC aku xde grafik kad yang power.
  7. Dalam hati ada taman
  8. Suka dengar radio kuat2 dalam kereta
  9. Masa jadi student dulu sangat suka minum kopi bersulamkan nikotin sambil bermain MMORPG sampai terlupa nak siapkan assignment
  10. Sangat suka Manchester United.
  11. Sangat suka menghanjing team Liverpool dan fans2 nya.
  12. Sangat menyampah dengan Arsenal
  13. Masih teruna.
  14. Gilakan Honda Civic Type-R Euro Type. Vtec praaaaaaaaaannnnnggg. Designnya sangat menggiurkan. (bilelah dapat merasa pakai)
  15. Masih lagi meminati siri Ultraman. Tapi dah x berapa ingat nama Ultraman paling terkini.
  16. Seorang kaki 'fly' yg tegar semasa duduk di asrama sekolah menengah. Pernah bermain kejar2 dgn warden, pak guard, kantoi live masa tgh tunggu bas nak pegi pekan kajang. Paling tegar masa tahun menduduki PMR.
  17. Sangat mengagumi posisi Penembak Tepat (Sniper) dan juga pemanah (Archer). Kalau diberi pilihan menubuhkan satu pasukan aku akan pilih posisi ni dulu. Macho beb jadi 'long ranger' ni.
  18. Sangat suka ponteng kelas Bahasa Melayu semasa tingkatan 4...hahaha.
  19. Sangat suka matapelajaran berkaitan computer aided design,bendalir dan haba.
  20. Sangat menyampah dengan matapelajaran berkaitan static force, dynamic dan structure.
  21. Seorang jejaka yang pemalu dan berbudi bahasa..ouch..hahaha
  22. Seorang yang panas baran semasa diawal usia remaja. Sikit2 nak mengamuk, marah orang je masa kat asrama dulu...hahaha
  23. Menyampah dengan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) a.k.a UMNO
  24. Banyak2 hantu melayu aku paling seriau dengan pocong..tak tau kenapa
  25. Suka makan karipap, bergedel dan juga mentaram.
  26. Suka dengar lagu Britney Spears semasa dia masih belum bertukar aliran muziknya. Aku dah x suka sejak Britney mula kuarkan album lagu ngarut tekno2 cam cilako....

Thursday, February 10, 2011

Kau Gadisku Yang Cantik







Artist : ST12
Lirik Lagu : ST12 - Puspa (Putuskan Saja Pacarmu)

Lirik Lagu ST12 - Puspa





kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu


kau gadisku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu


***


walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau


reff:
woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu


woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku


back to ***
reff [2x]






















































  1. Dulu masa aku kerja sebagai tukang fotostat disalah sebuah Pusat Pengajian di Bangi, ada seorang rakan sepejabat (pergh..jadi tukang fotostat pon ada pejabat) aku pakai ringtone lagu ni.
  2. Acapkali beliau menerima panggilan, maka ringtone ini akan berkemundang. Kadangkala menggangu konsentrasi aku yang sedang asyik melayan lagu David Archuleta melalui Youtube.com
  3. Kami sempat sepejabat selama lebih kurang 1 bulan lebih. Sampai sekarang lagu tersebut masih terngiang2 dalam kepala hotak aku.
  4. Best gak lagu ni. Tapi lirik dia agak jahat. Kesimpulannya, jangan layari Youtube sewaktu masa pejabat.

Wednesday, February 9, 2011

Ku Merindu

2 hari,
Baru 2 hari,
Bukannya 2 minggu,
Mahupun 2 bulan,
Apatah lagi 2 tahun,


2 hari,
Kita tidak bertemu,
Namun rindu yang terbungkam,
Terpendam disimpan di sudut hati,
Akhirnya terlerai juga sore tadi,


2 hari,
Walaupun pertemuan kita selalu berlangsung,
Namun aku tidak berapa menghargainya,
Tetapi setelah,
2 hari kita tidak bersua,
Aku benar-benar menghargai pertemuan kembali kita.

































































































































Ah bayu sore,
Aku benar2 merinduimu,
Merindui perasaan pipiku ditampar lembut olehmu,
Sambil ditemani remang suria sore,
Aku akan coba untuk lebih menghargaimu........





Wong Lanang,
The Pomen Cabuk








































































2 hari berturut aku balik rumah dari opis saat embun jantan telah menitis. Letih siot.......

Sunday, February 6, 2011

Hamster

Comel siot tgk menatang ni.







































Aku akan letak sekor kat side widget blog aku supaya aku dapat bagi makan dia selalu..hahaha

Friday, February 4, 2011

A Beautiful New World

  1. Aku pasti, dalam hidup ini setiap insan akan melalui saat2 yang paling down. Tak kisah saat2 tu tiba waktu kerja, waktu berak, waktu nak tidur, waktu bercinta, waktu nak berjimak dan juga waktu2 yang lain. Anda yang tentukan.
  2. Lumrah manusia, kalau tengah waktu down, kita pasti akan mencari alternatif untuk menaikkan kembali semangat kita. Ada macam2 cara yang aku yakin akan kita lakukan untuk mencapai matlamat dan objektif kita.
  3. Aku kalau rasa2 down sebab kerja, aku akan dengar salah satu lagu yang aku rasa dapat memberi ketenangan dan seterusnya mencetuskan semangat kembali. Antara lagu fevret aku adalah lagu tema ending sebuah cerita drama Hong Kong yang bertajuk A Beautiful New World a.k.a Love To Be Found Nowhere.
  4. Drama bersiri ini pernah ditayangkan di Malaysia, melalui salah satu siaran television tidak berbayar (rumah aku mana ada Astro, kenalah nonton TV free!) iaitu TV2. Kalau x silap aku somewhere mid of year 2009, nearly Ramdhan(peh ckp London plak aku..hahaha). Cerita dia ni mengisahkan bagaimana seorang pengurus projek yang diamanahkan untuk menyiapkan sebuah projek (kalau x silap aku berkaitan hartanah). Biasalah, dalam drama mesti ada watak protagonis dan juga antoganis, baru sedap cerita tu. Watak hero ini juga digambarkan sebagai seorang yang sangat baik hati sampai dua orang gadis bley tangkap cintan dengan watak hero ini macam yang pernah jadi kat aku dulu. Beliau juga seorang yang sangat mementingkan semangat setiakawan, walaupun seorang kawan rapatnya telah menjadi musuh sebab gadis yg dirancang utk dikahwininya dalam cerita ni tidak dapat melupakan watak hero ini.
  5. Watak hero ini digambarkan sebagai seorang yang sangat bersemangat. Walaupun macam2 cara orang nak jatuhkan dia, beliau sangat susah untuk berputus asa. Ini telah memberi INSPIRAsi kepada aku dalam menghadapi dugaan, cobaan dan cabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan kareer pomen aku.
  6. Kesimpulannya, cerita ni memang best. Walaupun cuma beberapa puluh episod tak macam cerita Gerak Khas yang dah bertahun2 x reti2 nak abis smp aku dah naik menyampah tapi impaknya sangat berkesan terhadap aku. Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini.
  7. Dan akhir sekali, mari layan Ending Theme Song untuk series ini dendangan Fan Bing Bing yang juga merupakan salah seorang watak gadis utama dalam cerita ini.










































P/s: gua tengah tension sebab sistem hydraulic gua x stabil. Banyak gila delay production camni.

Thursday, February 3, 2011

Panduan Memilih Bakal Ibu Untuk Anak-anak kita seandainya ada rezeki

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.



Artikel dicilok dari sini.


Sekarang kahwin mahal woo..eh..apa kaitan plak ni..hahaha

Wednesday, February 2, 2011

Si Bongsu

  1. Masuk hari ini dah nak hampir seminggu aku sakit gigi.
  2. Minggu lepas Rabu malam Khamis aku terseksa zahir dan batin, sebab x dapat tidur malam menderita kerana sakit gigi.
  3. Hari Khamis pergi Klinik Yuszri, dalam hati dah nekad kalau gigi aku berlobang dan sangat dahsyat kondisinya, aku akan merelakan doktor gigi tersebut untuk memisahkan kami. Biarlah perpisahan itu terjadi seandainya beban penderitaan aku dapat dihapuskan.
  4. Bila pergi klinik, selepas sessi pemeriksaan doktor tersebut mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan. Beliau berkata bahawa gigi geraham bongsu aku sebelah kiri dalam proses membesar dan hendak keluar daripada geraham aku.
  5. Beliau memberikan aku beberapa dadah yang boleh membantu aku menahan sakit sebagai rawatan kecemasan.
  6. Kesakitan yang kualami akan mereda dengan izin Allah selepas aku menelan 2 biji dadah daripada 10 biji dadah yang dibekalkan.
  7. Gigi aku kadang-kadang sakit kadang-kadang x sakit.
  8. Aku harap gigi geraham bongsu aku dapat menyelesaikan aktiviti pengeluarannya dalam kadar yang segera.
  9. Tetiba aku terfikir, "Oh patutlah geraham bongsuku baru nak keluar. Aku masih lagi sweet seventeen"...=p






Dadah aku masih lagi tinggal 8 biji.