Baiklah, mari mula mencapubkan diri sendiri:
- Aku orang jawa. Tapi x berapa lancau nak cakap jawa. Awas! Walaupun kelancauan aku bercakap jawa di tahap intermediate, tapi tahap kefahaman aku terhadap pertuturan jawa komunikasi memang tahap God-Of-The-Gambler. Senang citer kalau makcik-makcik bergosip dalam bahsa jawa komunikasi, setakat aku nak ngoping tu xde masalah punya.
- Kaki tidur.
- Bukan kaki masjid.
- Kaki ngeteh.
- Bukan kakitangan kerajaan (buat masa ini)
- Aku seorang kaki game lah jugak. Tapi buat masa skrg terpaksa berehat sebentar sebab PC aku xde grafik kad yang power.
Dalam hati ada taman- Suka dengar radio kuat2 dalam kereta
- Masa jadi student dulu sangat suka minum kopi bersulamkan nikotin sambil bermain MMORPG sampai terlupa nak siapkan assignment
- Sangat suka Manchester United.
- Sangat suka menghanjing team Liverpool dan fans2 nya.
- Sangat menyampah dengan Arsenal
- Masih teruna.
- Gilakan Honda Civic Type-R Euro Type. Vtec praaaaaaaaaannnnnggg. Designnya sangat menggiurkan. (bilelah dapat merasa pakai)
- Masih lagi meminati siri Ultraman. Tapi dah x berapa ingat nama Ultraman paling terkini.
- Seorang kaki 'fly' yg tegar semasa duduk di asrama sekolah menengah. Pernah bermain kejar2 dgn warden, pak guard, kantoi live masa tgh tunggu bas nak pegi pekan kajang. Paling tegar masa tahun menduduki PMR.
- Sangat mengagumi posisi Penembak Tepat (Sniper) dan juga pemanah (Archer). Kalau diberi pilihan menubuhkan satu pasukan aku akan pilih posisi ni dulu. Macho beb jadi 'long ranger' ni.
- Sangat suka ponteng kelas Bahasa Melayu semasa tingkatan 4...hahaha.
- Sangat suka matapelajaran berkaitan computer aided design,bendalir dan haba.
- Sangat menyampah dengan matapelajaran berkaitan static force, dynamic dan structure.
- Seorang jejaka yang pemalu dan berbudi bahasa..ouch..hahaha
- Seorang yang panas baran semasa diawal usia remaja. Sikit2 nak mengamuk, marah orang je masa kat asrama dulu...hahaha
- Menyampah dengan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) a.k.a UMNO
- Banyak2 hantu melayu aku paling seriau dengan pocong..tak tau kenapa
- Suka makan karipap, bergedel dan juga mentaram.
- Suka dengar lagu Britney Spears semasa dia masih belum bertukar aliran muziknya. Aku dah x suka sejak Britney mula kuarkan album lagu ngarut tekno2 cam cilako....
woi 25 je la!
ReplyDeleteko tertinggal idealis di terjemahan itu.
Gadis Idealis Yang Tidak Tahu Ke Mana Hala Tujunya, Tapi Sedang Dalam Perjalanan is more like it. haha lol
25 lah tu....kan no 7 tu dah kena garis...aku xde liquid nak padam so aku garis jelah..kira macam padamlah jugak tu...hehehe
ReplyDeleteerr..maafkan aku Gadis Idealis Yang Tidak Tahu Ke Mana Hala Tujunya, Tapi Sedang Dalam Perjalanan..maklumlah English aku lemah..keje pomen jelah katakan..lol