- Masuk hari ini dah nak hampir seminggu aku sakit gigi.
- Minggu lepas Rabu malam Khamis aku terseksa zahir dan batin, sebab x dapat tidur malam menderita kerana sakit gigi.
- Hari Khamis pergi Klinik Yuszri, dalam hati dah nekad kalau gigi aku berlobang dan sangat dahsyat kondisinya, aku akan merelakan doktor gigi tersebut untuk memisahkan kami. Biarlah perpisahan itu terjadi seandainya beban penderitaan aku dapat dihapuskan.
- Bila pergi klinik, selepas sessi pemeriksaan doktor tersebut mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan. Beliau berkata bahawa gigi geraham bongsu aku sebelah kiri dalam proses membesar dan hendak keluar daripada geraham aku.
- Beliau memberikan aku beberapa dadah yang boleh membantu aku menahan sakit sebagai rawatan kecemasan.
- Kesakitan yang kualami akan mereda dengan izin Allah selepas aku menelan 2 biji dadah daripada 10 biji dadah yang dibekalkan.
- Gigi aku kadang-kadang sakit kadang-kadang x sakit.
- Aku harap gigi geraham bongsu aku dapat menyelesaikan aktiviti pengeluarannya dalam kadar yang segera.
- Tetiba aku terfikir, "Oh patutlah geraham bongsuku baru nak keluar. Aku masih lagi sweet seventeen"...=p
Dadah aku masih lagi tinggal 8 biji.
No comments:
Post a Comment