Thursday, February 17, 2011

I can't access Facebook after Installing Kaspersky Internet Security 2011 (KIS 2011)

  1. Gila. Inilah yang terjadi kepada aku.Selepas aku mengupgrade KIS 2009 aku kepada KIS 2011 complete with updated database and reboot, aku x boleh bukak Laman Web Facebook langsung!
  2. Mula2 aku try bukak pakai Google Chrome, haram jadah 5 minit white page dengan lambang dekat tab tu dok pusing2 je. Aku pikir time ni KIS ade block certain settings kut kat Chrome.
  3. Ok fine. Aku try pulak bukak pakai Internet Explorer 7 aku, al maklumlah IE ni browser buatan Microsoft, and most of the software in the world must be compatible enough with Windows platform. Berjaya bukak laman web Welcome To Facebook. Lepas masuk username and pasword bagai, haramjadah itu berlaku lagi sekali.Ah sudah, pening medula oblongata aku.
  4. Last choice, aku try pakai Mozilla Firefox. And the result is the same. Time ni dah bengang dah. Dahlah aku tgh buat deal kat dalam Facebook masa tu.Dan untuk menyedapkan hati, aku pon berkata ni mesti server facebook ada problem ni. Ntah ada mamat hackers mana ntah dah berjaya 'Nuke' server facebook dan menyebabkan bandwidth dia mencanak naik dalam tempoh yang amat singkat dan seterusnya menyebabkan sistem crush...........................
  5. Disamping itu, aku tetap tidak berputus asa untuk mengatasi masalah aku ni. Aku pon bertanyakan kepada Haji Lebai Google tentang masalah yang aku hadapi selepas. Dengan menaip keyword "Can't access Facebook after installing Kaspersky 2011" aku pon coba satu demi satu cara yang mudah dan praktikal (aku memang akan pilih yang mudahnya dulu). Sambil tu aku coba gak untuk login Facebook, tapi muka putih yang adelah.
  6. Aku restart komputer (cara paling mudah untuk merectify masalah /konflik software dan hardware adalah dengan merestart komputer anda. apabila restart, komputer akan automatik clearkan memory dan BIOS system dia). Keputusan gagal. Sama gak.
  7. Aku cuba repair Registry software2 dalam PC aku. (Aku pakai Tune Up Utilities 2004 je). Result sama gagal.
  8. Aku cuba disable protection.(ini adalah cara paling gembel dan bahaya. sebab dengan tidak mengonkan protection antivirus anda umpama pergi perang menentang musuh dengan hanya memakai boxer...). gagal gak nak log in facebook. Yang peliknya website lain senang je nak masuk..xde masalah (website mesum2 aku x try ah) tapi nak log in facebook haram jadah toi x dapat...
  9. Aku try clearkan cache (cache ialah sejumlah simpanan memori oleh browser kita untuk memudahkan browser kita loading website masa revisit) dan cookies (cookies ialah biskut dalam bahasa melayu) untuk semua browser...haram jadah gak resultnya...
  10. sambil tu aku x putus asa merujuk dgn lebai Google dengan mempelbagaikan keywords. Last2 aku jumpa satu thread dalam forum rasmi Kaspersky tentang masalah ni. 
  11. First step ada sorang mamat tu suruh upgrade daripada version 11.0.1.400 kepada version 11.0.2.556. Ni aku malas nak buat dulu sebab macam nak kena download baru je. Makan masa gak tu nak tunggu.
  12. Second step ada mamat ni ajar reset kepada default setting. Cara2nya Open kaspersky > go to setting > go to advanced settings > go to manage settings > first, save the current settings. > then click restore default settings. Aaaa..yang ni senang skit....Aku pon trylah dulu step ni dengan harapan yang menggunung. Dalam tempoh masa bersamaan dengan Ruben Barichello tukar tayar kat pit stop je proses ni selesai. 
  13. Setelah selesai trus aku bukak page yang tgh loading facebook tu, klik butang refresh and =)....................................
  14. Kesimpulannya, default setting memang selalunya membantu...
  15. Apa yang seronoknya semasa dalam proses mengtroubleshoot ni, aku dah terjumpa satu website yang menarik. Tujuan utama website ni adalah untuk memastikan samada website yang kita x dapat nak bukak tu memang server tgh down, atau kita je yang x dapat nak access website tu....ni dia punya link























Aku x cukup geek lagi nampaknya.

No comments:

Post a Comment