Friday, February 4, 2011

A Beautiful New World

  1. Aku pasti, dalam hidup ini setiap insan akan melalui saat2 yang paling down. Tak kisah saat2 tu tiba waktu kerja, waktu berak, waktu nak tidur, waktu bercinta, waktu nak berjimak dan juga waktu2 yang lain. Anda yang tentukan.
  2. Lumrah manusia, kalau tengah waktu down, kita pasti akan mencari alternatif untuk menaikkan kembali semangat kita. Ada macam2 cara yang aku yakin akan kita lakukan untuk mencapai matlamat dan objektif kita.
  3. Aku kalau rasa2 down sebab kerja, aku akan dengar salah satu lagu yang aku rasa dapat memberi ketenangan dan seterusnya mencetuskan semangat kembali. Antara lagu fevret aku adalah lagu tema ending sebuah cerita drama Hong Kong yang bertajuk A Beautiful New World a.k.a Love To Be Found Nowhere.
  4. Drama bersiri ini pernah ditayangkan di Malaysia, melalui salah satu siaran television tidak berbayar (rumah aku mana ada Astro, kenalah nonton TV free!) iaitu TV2. Kalau x silap aku somewhere mid of year 2009, nearly Ramdhan(peh ckp London plak aku..hahaha). Cerita dia ni mengisahkan bagaimana seorang pengurus projek yang diamanahkan untuk menyiapkan sebuah projek (kalau x silap aku berkaitan hartanah). Biasalah, dalam drama mesti ada watak protagonis dan juga antoganis, baru sedap cerita tu. Watak hero ini juga digambarkan sebagai seorang yang sangat baik hati sampai dua orang gadis bley tangkap cintan dengan watak hero ini macam yang pernah jadi kat aku dulu. Beliau juga seorang yang sangat mementingkan semangat setiakawan, walaupun seorang kawan rapatnya telah menjadi musuh sebab gadis yg dirancang utk dikahwininya dalam cerita ni tidak dapat melupakan watak hero ini.
  5. Watak hero ini digambarkan sebagai seorang yang sangat bersemangat. Walaupun macam2 cara orang nak jatuhkan dia, beliau sangat susah untuk berputus asa. Ini telah memberi INSPIRAsi kepada aku dalam menghadapi dugaan, cobaan dan cabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan kareer pomen aku.
  6. Kesimpulannya, cerita ni memang best. Walaupun cuma beberapa puluh episod tak macam cerita Gerak Khas yang dah bertahun2 x reti2 nak abis smp aku dah naik menyampah tapi impaknya sangat berkesan terhadap aku. Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini.
  7. Dan akhir sekali, mari layan Ending Theme Song untuk series ini dendangan Fan Bing Bing yang juga merupakan salah seorang watak gadis utama dalam cerita ini.










































P/s: gua tengah tension sebab sistem hydraulic gua x stabil. Banyak gila delay production camni.

1 comment:

  1. haha..betollah tu. aku kalau kecewa bercintan..aku terjun kapal terbang. menonggeng. tak tentu arah berbulan2. tu yang malas nak bercintan lagi. skrg, terus kawin je. cintan2 kemudian.

    kalau tension buat keja tu, bawak2 la beramal banyak2 ye?

    ReplyDelete