Friday, February 18, 2011

Of Babies and Maternities

  1. Bermula dari bibit-bibit bermain mata, bermain sms, bermain surat cinta, purak2 tersalah anta mesej ataupon salah nombor, hubungan sesama insan antara Adam dan Hawa akan berakhir ke jinjang pelamin kalau ada rezeki dan jodoh. Kalau setakat niat nak buat geli-geli selalunya susah sikit nak Happy Ending. And kalau korang niat serius, tapi Allah dah kata beliau bukannya jodoh anda, jangan risau. Setakat Pelamin Anganku musnah apa ada hal. Banyak lagi pelamin-pelamin yang anda boleh tempah kat butik-butik pengantin ataupun mak-mak andam kat luar sinun.
  2. Perjalanan menuju puncak gerbang cinta setiap insan pastinya melakar kisah dan catatannya tersendiri. Mungkin ada yang bercinta sejak dari zaman sekolah menengah, macam Awie dan Erra Fazira dalam citer Sembilu. Sambil menyulam kasih asmara sambil mengayuh basikal berkejaran manja-manja gediks. Aww..gediksnya kurasa setelah menaip ayat tersebut..ahahaha....
  3. Atau mungkin ada yang melalui saat-saat percintaan berlandaskan semangat dan roh islamik, macam kisah chenta Fahri dengan Aisha dalam kisah Ayat-Ayat Cinta.Bertemu pertama kalinya di dalam pengangkutan awam, bertentang mata dan dari pandangan mata yang tajam itu menusuk terus ke dalam kalbu dan membuatkan si dia sentiasa terbayang-bayang. Tanpa proses yang kita anggap sangat urban, Hollywood dan super Civilization yang kita kenali sebagai "berjimbet", mereka akhirnya selamat dinikahkan oleh Si Tukang Nikah a.k.a Tok Khadi (kalau dalam citer Musang Berjanggut jawatan ini dikenali sebagai Datuk Nikah Kahwin).
  4. Dan setelah sah bergelar suami isteri, aku sangat pasti antara impian anda berdua adalah untuk memiliki cahaya mata, zuriat hasil daripada darah daging sendiri. Perlukah aku menceritakan proses-proses untuk mendapatkan cahaya mata itu?Aku tidak berasa itu satu keperluan.Takut kalau aku ceritakan nanti x abis satu page ni.Kepada yang dah menikah tu aku amat yakin korang dah tahu secara detail cara-cara mendapatkan cahaya mata dari hasil darah daging anda sendiri.Kalau yang masih bujang (dan suci)  macam aku ni, aku x berapa pasti sebab x pernah ambik ujian amali. Kalau setakat ilmu teori tu dulu adalah belajar tentang teori reproduktif lelaki dan wanita masa zaman tingkatan 3.Apa boleh buat, terpaksa gak amik dan belajar serta hafal organ2 yang berkaitan sebab takut keluar pulak soalan berkaitan dalam kertas Sains semasa PMR.
  5. Of babies and maternities. Tahukah kalian proses kejadian bayi dan manusia dalam Islam. Mengikut ilmu agama yang x seberapa yang aku miliki, kejadian manusia itu sendiri terbahagi kepada 4 proses utama iaitu daripada Nutfah kepada 'Alaqah kepada Mudghah dan kepada tulang yang dibalut daging. Sebagai usaha untuk mendapatkan ilmu lebih lanjut dan refreshing, aku pon bertanya kepada Lebai Google dan jumpa satu laman web yang menarik yang membincangkan perkara ini di sini.
  6. Sebagai ekstrak sedikit, aku letaklah sedikit info yang terdapat dalam laman web tu. Manalah tau korang malas nak buka website tu, ataupun internet korang super lembab, lebih lembab daripada siput sedut yang melukut di tiang-tiang jeti-jeti di tepian pantai.
  7. PERINGKAT SATU

    NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

    Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

    " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


    Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
  8. PERINGKAT KEDUA

    ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

    Firman Allah yang bermaksud

    " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

    al-Mukminun : 14

  9. PERINGKAT KETIGA

    MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

    Firman Allah yang bermaksud

    "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

    al-Mukminun : 14



    Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
  10. PERINGKAT KEEMPAT

    IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

    Firman Allah yang bermaksud :

    "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

    al-Mukminun : 14




    Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
  11. PERINGKAT KELIMA

    NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
  12. PERINGKAT KE ENAM

    NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
  13. All credits regarding items no 7 to 12 belongs to the writer at this site.
  14. Sapa2 yang kenal aku dulu mesti tau aku pernah melanjutkan pengajian secondary school di salah sebuah sekolah Agama yang tersohor di area Kajang dan Bangi. Jadi pabila dah namanya budak sekolah agama, maka antara perkara wajib adalah sesi tazkirah di surau/masjid antara maghrib dan isyak. Tujuan utama sesi tazkirah anjuran Lujnah Badan Dakwah (walaupon dah namanya sekolah agama, tapi masih lagi memerlukan organisasi Dakwah yang tersusun. Ini menunjukkan proses dakwah itu sendiri berlaku secara intramuslimin dan jangan hanya memfokuskan kepada inter-nonmuslimin.Indahnya Islam...) adalah untuk memupuk rohani para pelajar. Yelah, orang tua cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Antara sesi tazkirah yang masih melekat dalam kepala hotak aku adalah berkaitan kejadian manusia. 
  15. Antara intipati yang dapat aku ingat adalah " Kita sekalian umat manusia di dunia ini sebenarnya dah buat deal dan sign agreement dengan Allah semasa dari zaman peringkat roh lagi. Allah dah sediakan kontrak kepada kita dan beri kita lihat, baca dan teliti segala macam terms and condition seperti bilakah ajal kita, jodoh kita, bagaimana rezeki dan beberapa perkara lagi.Apakala roh kita bersetuju dan sign kontrak tu maka dengan senang hatinya roh itu akan ditiupkan kedalam jasad kita(apabila sahaja roh kita ditiupkan, kita akan terlupa segala macam kandungan kontrak yang telah kita tandatangani tu). Dan andai kata roh kita tidak berapa berkenan, maka x jadilah proses menandatangani kontrak tu. Kalau x jadi tandatangan kontrak camne? Maka tidak ditiupkanlah roh kita pada jasad itu"(Ayat telah diedit dan disesuaikan untuk bacaan di blog ini. Tiada unsur2 18SX dan 18SG telah diterapkan)
  16. Si pentazkirah itu menambah lagi antara lainnya seperti "Dan jika menurut proses kejadian manusia, saat roh ditiupkan adalah ketika janin manusia berusia lingkungan 120 hari (empat bulan). Dan bilamana proses peniupan roh itu tidak terjadi, maka janin itu dengan sendiri akan tergugurnya." Kadang-kala kita biasa mendengar para wanita yang telah mengandung tetapi dengan tiba-tiba mengalami keguguran tanpa sebab. Jadi harapannya kepada kaum hawa yang terbaca posting janganlah berasa ralat apabila kandungan yang anda jaga dan tatang dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dikhabarkan telah keguguran walaupun anda tidak mengalami atau menghadapi segala macam perkara yang memungkinkan anda keguguran.
  17. Percayalah setiap kejadian dan peristiwa yang diciptakan oleh Allah tu ada sebabnya. Mungkin di saat anda mengalami keguguran sebenarnya Allah hendak memberi lebih peluang kepada anda lebih berdua-duaan dan romantik secara halal, atau mungkin ketika itu keadaan ekonomi keluarga anda masih belum berapa stabil, atau mungkin jika kandungan itu diteruskan akan memudaratkan kesihatan si ibu dan anak. Tiada siapa pon tahu apa jua yang dirancang oleh-Nya.
  18. Sekian perkongsian ilimiah daripada saya Wong Lanang untuk posting kali ini. Asyik letak posting kurang berilmiah je nanti kita akan jadi bangsa yang jumud, x urban.
  19. Morale of the story: Rajin2lah pergi kuliah agama. Walau x dapat 10 paling kurang kita dapat 3 daripada apa yang disampaikan dan pastinya benda itu sangat bermanfaat kepada kita dan orang sekeliling kita. 
  20. Sekian: Renung-renungkan dan Selamat Beramal~~~


No comments:

Post a Comment