Monday, February 14, 2011

Seminute.com

  1. 14 Februari, maka sudah hampir 2 bulan laman web yang diasaskan oleh aku diatastaliankan.
  2. Laman web yang diberi nama www.seminute.com, lebih kepada replikasi aplikasi kepada laman web perkongsian video terbesar didunia, Youtube.com.
  3. www.seminute.com lebih memfokuskan kepada ucapan pendek video berdurasi satu minit (60 saat) pada kadar maksimumnya. Sebab itu ia diberikan nama Seminute.com.Apa sahaja ucapan untuk apa sahaja majlis, peristiwa boleh digunapakai oleh Seminute.com.
  4. Untuk video pertama yang diupload adalah ucapan terima kasih daripada seorang pengantin yang juga merupakan kenalan saudara aku. Terima kasih kembali kepada sang pengantin atas ucapan yang disampaikan.
  5. Minat aku terhadap pembangunan laman web dan yang sewaktu dengannya telah lama berputik. Semenjak di usia belasan tahun lagi aku telah mula berjinak2 dengan aplikasi pembinaan laman web seperti Microsoft Frontpage dan juga Macromedia Dreamweaver(masa zaman tu Adobe masih lagi belum menelan syarikat Macromedia). Bermula daripada basic HTML, sehinggalah kepada AJAX, aku coba untuk bermain2 dengan coding2 mereka ini. Memang menyeronokkan!
  6. Namun kekangan masa kekadang membataskan kebutuhanku terhadap minatku ini. Agaknya kalau dulu aku memilih aliran web development sebagai core study aku, mesti aku sekarang tgh sibuk develop code nak hack Facebook...wakakakaka...
  7. Kepada teman2 ku, marilah bersama2 menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh aku ini dan war-warkannya kepada rakan, taulan, bos, awek, pakwe, tunang, secret admirer dan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan anda. Ianya percuma.
































Next target aku nak sambar Mac Book Pro satu. Mesti syiok gila kalau dapat Mac Book Pro ni sambil wat keje2 multimedia...

6 comments:

  1. ko yg develop sorg kah? wow. too bad access denied lat opis aku

    Your request was denied because of its content categorization: "Advertisements;Productivity"

    ReplyDelete
  2. aku x develop sorang2 daripada scratch...just memberi idea je dan godek2 skit2...hehehe...


    untuk membolehkan anda mengakses, apakata anda coba untuk menggunakan proxy ataupun laman web berunsurkan proxy...

    ReplyDelete
  3. apa tu proxy proxy? ajar sikit. kekeke. i am up to any suggestion

    ReplyDelete
  4. proxy ni kira macam orang tengah...kalau ko punya company ada block certain website..kelebihan menggunakan proxy ialah kita boleh decode dia punya block...ko try guna website ni http://unblockanything.com/

    ReplyDelete
  5. unblockanything pun access denied.

    ReplyDelete
  6. err..mungkin executive IT tmpt ko telah mengsetkan access denied beberapa laman web yang terang nyata dan jelas keproxyannya...aku x mampu nak membantu lagi Cik Gadis Idealis..sebab aku pon selalu guna website tu nak bukak Facebook kat opis aku..ekeke

    ReplyDelete