"Tolong..tolong..Api..api..."
"Siapa ada pemadam kebakaran?..cepat2.."
"Api dah marak tu...Cepatt..!!"
Api..api....
Hahaha..best tol lagu terbaru beliau ni..tu je sebenarnya aku nak post kali ini..
Daaa....
Showing posts with label ParodYIT. Show all posts

Friday, February 3, 2012
Tuesday, January 3, 2012
Move Like Jagger In Bahasa Melayu Is???
Hahaha....Nangis Le Mick Jagger, Maroon 5 dan Christina Aguilera klu tgk ini gambar...
Thursday, December 15, 2011
Sinar Di Hujung Jalan
Terik mentari di luar terasa sungguh membahang. Masih dapat dirasakan walaupun dirinya duduk di dalam ruang yang didinginkan oleh penghawa dingin cap Panasonic berskala 16 darjah celcius.
Razif, nama sebenar. Berusia dipenghujung 20-an. Bujang, meminati sukan extreme seperti berkayak di Air Terjun Lupar, ahli eksklusif Kelab Karangkraf kerana tidak mahu ketinggalan mendapat newsletter dan update terbaru tentang novel-novel terhangat di pasaran. Beliau memang seorang kaki novel, sebut sahaja novel-novel popular antaranya Ong-Bak Rindu, Murtabak-murtabak cinta, Kisah Asrama, Sehangat Asrama dan banyak lagi. Novel-novel cinta kontemporari tipikal itu memang menjadi pilihan utama Razif. Biarpun sosok tubuhnya sesasa Fakri Saarani, wajah segarang Adlin Aman Ramli namun siapa sangka hatinya begitu lembut, selembut comforter yang baru usai dicuci dengan menggunakan Softlan.
Berbekalkan segulung ijazah MIT (MARA Institute of Technology), beliau kini bertugas sebagai salah seorang penjawat awam. Bidang kejuruteraan yang dipilihnya membenarkan beliau menikmati tanggagaji pegawai kerajaan Gred J41. Kini beliau merupakan Ketua Bahagian untuk Bahagian Penyelenggaraan di Jabatan Kerja Raya Cawangan Kajang.Kenapa Kajang? Entah, mungkin sebab di Kanjang ada sate yang popular tidak seperti di Sandakan yang tiada sate kajang.
Razif merupakan contoh seorang pegawai kerajaan yang tidak tipikal. Beliau adalah seorang Jurutera yang sangat dedikasi. Sepanjang beliau berkhidmat, hanya sekali sahaja beliau terpunch card lambat, itupun gara-gara lewat bersiap kerana cirit birit akibat banyak sangat minum air gas di hari raya 1430H yang lalu. Sebutkan apa sahaja kerja, akan disiapkannya secepat yang mungkin dengan sempurna.Kebanyakan Ketua Cawangan begitu berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Karisma dan pesona Razif memang begitu hebat, berada setingkat lebih tinggi makamnya berbanding makam-makam rakan sejawat yang lain. Dikhabarkan, ketua cawangan JKR Wang Kelian pernah bertikam lidah dengan ketua cawangan JKR Kota Bharu kerana berebutkan Razif. Namun demikian ketua cawangan JKR Kajang juga yang tenang sebab beliau tahu, Razif takkan merantau sampai ke Kota Bharu ataupun Wang Kelian mahupun Kampong Wakaf Che Yah sebab di sana tiada Sate Kajang.
Selaku seorang jurutera, Razif tahu beliau mesti sentiasa berfikiran rasional, tuntas, cerdas, cergas, dan mengurangkan minuman bergas. Disiplin yang tinggi juga menjadi Rukun Hidup Razif. Sikapnya yang tidak seperti pegawai kerajaan tipikal ternyata telah mengundang sikap tidak senang di kalangan sesetengah orang bawahannya.
Bustaman (bukan nama sebenar) adalah merupakan PAR (Pembantu Am Rendah) yang dibawah seliaan Razif.Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan yang tipikal. Malas, lembab, tidak efisien. Beliau amat anti dengan Razif kerana telah menyebabkan hidup beliau tidak seperti yang dirancangkan. Bustaman hanyalah seorang Melayu tipikal, berkelulusan SAP yang mendapat kerja di Jabatan Kerajaan melalui kabel-kabel bukan fiber optik. Semenjak beliau akil baligh lagi beliau bercita-cita untuk keje gomen kerana khabarnya keje gomen ni senang, masuk goyang telor, ujung bulan amik gaji. Tetapi panas yang di sangka sampai ke petang, rupanya banjir kilat sebelum Zohor. Kehadiran Razif benar-benar membuatkan BUstaman terseksa zahir kerana sering dikerah menyiapkan kerja tepat pada masanya dan batin kerana tidak dapat berfacebook mengstalking laman muka buku budak-budak perempuan baru nak naik bercamwhoring selama 8 jam sehari di pejabat.
Namun demikian, Bustaman adalah merupakan juga spesis Melayu tipikal yang menjawat jawatan sebagai penjawat awam. Walaupun cara kerja Razif setara dengan standard JIS (Japan International Standard), BUstaman masih lagi tegar menggunakan standard kakitangan kerajaan biasa. BUstaman tahu, walau seteruk mana sekalipun prestasi beliau, beliau tidak akan dipecat kerana polisi kerajaan pada masa kini adalah tidak membuang kakitangan atas ketidak kecekapan melaksanakan tugas hakiki.
Sebab itu, kalau Bustaman tiada di mejanya pada waktu pejabat, Razif pasti akan mencarinya di warung Kak Limah janda genit di seberang jalan. Bustaman lebih hebat dan hafal teknik 5 Taktikal Maut Dam Haji berbanding 5S walau begitu banyak poster berkenaan amalan 5S ditampal didinding-dinding dalam pejabatnya.
Bustaman adalah anak jati tempatan. Beliau membersar di sini. Kelebihan beliau yang tidak boleh dinafikan adalah mengetahui selok-belok jalan mahupun lorong-lorong tikus di Pekan Kajang ini. Ternyata pengalaman BUstaman mengatasi teknologi terkini GPS. Beliau sentiasa mendabik dada dikalangan rakan-rakan sejawatnya bahawa walaupun PAPAGO dan GAMIN mengupdate peta untuk peranti GPS mereka setiap tahun, namun kejituan mereka takkan sama dengan kehebatan beliau. Oleh sebab demikian, Razif kadangkala terpaksa menyuruh Bustaman pergi ke tempat-tempat tertentu untuk menghantar dokumen-dokumen penting dan segera seandainya budak pejabat tidak dapat hadir masuk kerja atas alasan-alasan klise seperti pening kepala, makcik meninggal dunia, tok ngah sebelah ayah sedara belah nenek dua pupu oyang masuk hospital dan sebagainya. Namun demikian mengarahkan Bustaman melakukan tugasan luaran mengundang risiko tinggi. Beliau hanya akan muncul kembali dipejabat 15 minit sebelum jam punch card menunjukkan waktu pulang. Biarpun tempat yang perlu dituju hanyalah sejauh sepenanak nasi, namun Bustaman mampu menjadikan selama tempoh mengukus kuih lapis. Hebat....
Di suatu pagi yang damai, Razif memasuki pejabatnya pada pukul 11.00 pagi sesudah siap melakukan lawatan tapak. Seperti biasa, Razif akan menjeling ke arah meja BUstaman yang terletak hanya beberapa kaki dari pintu utama. Mengikut pengalaman-pengalaman yang lalu, pada waktu ini BUstaman masih berada di warung janda genit Kak Limah. Arakian terkejut beruknya beliau seumpama beruk melihat sekontena pisang emas yang dibawa belayar dihanyutkan ketepian pantai. Bustaman kelihatan sangat tekun mengetik papan kekunci. Cuba juga Razif untuk menjeling apakah yang menyebabkan Bustaman begitu asyik. Adakah beliau sedang berchatting dengan sorang gadis belasan tahun di Facebook yang meletakkan gambar profilenya yang mempamerkan sedikit cleveage? Razif seperti hendak demam pabila melihat Bustaman sedang menyiapkan dan melengkapkan senarai inventori dan aset milikan pejabat yang sepatutnya disiapkannya bulan lepas. Razif terus menuju ke biliknya kerana tidak mahu menggangu BUstaman.
Selesai sahaja menghenyakkan punggungnya ke atas kerusinya, Razif segera mengaktifkan Samsung Galaxy Tab 7.0 plusnya untuk melihat jadual kerja beliau. Dilihatnya ada satu notifikasi untuk beliau mengepos dokumen penting berkenaan sebutharga tender membekalkan satu unit mesin jengkaut ke pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya. Terus dicapainya gagang telefon dan mendail sambungan ke meja Bustaman untuk masuk ke dalam biliknya. Sesampainya Bustaman dihadapannya, Razif meminta tolong beliau untuk membelikan sampul surat Pos Laju dan 2 tin air Nescafe Ipoh White Coffee dari kedai serbanika di seberang jalan. Walaupun terpaksa mengambil risiko dengan mengarahkan Bustaman, namun Razif kena juga buat begitu sebab dia terpaksa menyemak semua dokumen yang setinggi Gunung Everast dalam skala nisbah 1:18 000 di atas mejanya kerana minggu depan auditor untuk akreditasi ISO 9001:2008 dan ISO 14001 akan berkampung di pejabatnya. Beliau ingin mengekalkan rekod cemerlangnya selama 5 tahun berturut-turut apabila tidak mendapat sebarang Observation ataupun NCR (Non Conformance Report).
Sedang Razif asyik membelek muka surat 15 berkenaan tentang senarai semak pelupusan sisa berjadual, pintu biliknya tetiba diketuk dan serentak suara garaunya mengarahkan si pengetuk pintu masuk. LAgi sekali Razif seakan seperti mahu pitam pabila Bustaman datang dengan membawa barangan yang dipesannya tadi. Razif mencongak masa yang diambil oleh Bustaman, hanya 10 minit! Wow..ini suatu rekod peribadi dan jabatan terbaik yang di catatkan oleh Bustaman. Biasanya, Bustaman hanya akan kembali sesudah Zohor di ufuk. Bustaman terus meletakkan barangan di atas mejanya dan tuntas keluar dari pejabatnya. Razif sedikit culas dan menapak menuju ke tingkap sambil menyelak sedikit tirai. Dilihat BUstaman terus kembali ke mejanya dan menyiapkan tugasannya. Sifat ingin tahu Razif membuak-buak, setinggi sifat ingin tahu pasangan pengantin baru di malam pertama tidur bersama di atas katil yang sama. Namun demikian Razif kembali menyiapkan kerja-kerjanya kerana itu lebih utama.
Jam menunjukkan ke angka 1 petang. Waktu rehat telah tiba. Razif mengambil kesempatan ini untuk merisik khabar tentang perubahan drastik Bustaman. Razif lalu menuju ke meja pelatih industri; Syarifah Safiyyah Raidah binti Syed Syarafuddin Al-Kelantani ataupun nama manjanya Sherry yang Razif tahu ada menyimpan perasaan padanya.Setelah menyedari kehadiran Razif di sisi mejanya, Sherry dengan gaya seayu yang mungkin membetulkan hujung awning tudung Arianninya yang baru sahaja dibeli minggu lepas di Gulati's Silk Store setelah dapat elaun bulanan.Razif berbasa-basi bertanya kenapa Sherry tidak ke kedai Kak Limah janda genit menjamu selera? Sherry tidak pergi makan hari ini kerana beliau berpuasa sunat katanya dengan nada suara yang jelas kedengaran control ayu. Setelah itu, Razif terus bertanyakan Sherry kenapa BUstaman berperangai pelik hari ini. Setelah menyedari usaha menambat hati jejaka idaman hatinya tidak berjaya untuk kali ke 13, Sherry hanya tersenyum sambil membuka folder history laman web pada komputer Bustaman.
Selesai sahaja loading, terus keluar headline seperti ini di skrin monitor:
Laman webnya seperti ni: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/exit-policy-staf-kerajaan-gagal-capai-sasaran-kerja-selama-tiga-tahun-akan-dibuang/
Razif seakan sangat gembira sehingga terpanggil untuk mempelawa Sherry berbuka puasa dengannya sesudah Solat Maghrib nanti di Restoran Nasi Arab di Cyberjaya. Sherry terpana dan tidak menyangka tentang ajakan itu. Tanpa ragu-ragu Sherry terus menyatakan persetujuan dengan hati yang berbunga-bunga.
Oh, inikah cinta?

Sunday, September 11, 2011
Sunday, May 15, 2011
The Most Butt-hurt person at this moment
What is butthurt?
Don't know what is the Butthurt?
Please ask Liverpool Die Hard Fans now.
What it's feel when you'll never won the title for more than 10 years?
What it's feel when The True Rival broke their record?
What it's feel when they see Micheal Owen lift the cup in The Reds Devil shirt, which has never happen while he's wearing The Kop shirt?
And last but not least, what it's feel when you need to struggle to qualify to the next Champions League cup?
Liverpool...you always walk alone.......kah kah kah
Parody of the day is..........................
Poor Gerrard..kah kah kah

Saturday, April 30, 2011
4 Sebab Utama Kenapa Kita Wajib Menggunakan Email 1Malaysia kendalian Syarikat Tricubes
- Kerana kita rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita kena mempunyai semangat nasionalisme dan jatidiri serta patriotik yang tinggi. Ini bertepatan dengan kempen kerajaan Malaysia untuk rakyat iaitu Belilah Barangan Buatan Malaysia. Siapa kata Barangan Buatan Malaysia tiada kualiti. Simpang malaikat 44. Derhaka kepada Ketuanan Melayu kalau kau anggap barangan Malaysia tiada kualiti! Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. Contohi sikap patriotik dan nasionalisme negara Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan. Persetankan ahli politik yang tidak patriotik. Lumrah ahli politik memang selalu beretorik. Cuba anda berfikir dalam Seminute.com dua, kita sebagai rakyat marhean wajib mempunyai semangat patriotik Malaysia yang tinggi. Walaupun barangan buatan Malaysia kebanyakannya bertaraf hampas, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita harus menerimanya agar ekonomi Malaysia akan sentiasa makmur.
- Sebab cajnya sangat murah. Hanya 50 sen sekali penghantara. Ya..50 sen. Bayangkan situasi ini. Anda seorang Pegawai Kerajaan di daerah Sibu ditugaskan untuk menyiapkan satu kertas cadangan berkenaan projek-projek tender Kerajaan. Selaku Pegawai yang amanah dan dedikasi anda telah berjaua menyiapkan kertas cadangan itu dengan jayanya dan dikehendaki untuk menghantar kertas cadangan yang berjumlah 1000 helai ke Pejabat Kementerian di Putrajaya. Sekiranya anda hendak menghantarnya sebagai bahan bercetak, bayangkan berapa banyak kos perlu dikeluarkan untuk menghantarnya. Yelah, kalau dah 1000 helai dan tentu berat anggaran dalam 1 kg. Sekarang ni Pos Malaysia dah menaikkan harga setem dan perkhidmatan penghantaran bungkusan kerana Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional dah melupuskan kebanyakan pegangan modal dalam Pos Malaysia. Mereka kata Pos Malaysia sekarang dah takde untung juta-juta macam zaman takde Internet dulu. Sebagai sebuah parti didikan imperialis yang berkiblatkan kapitalisme dalam segala aspek pengurusan, dah tentu mereke-mereka ini nak untung maksimum je manjang. Oleh yang demikian, lebih baik mereka lupuskan pegangan dan melabur ke tempat lain yang lebih menguntungkan macam dalam syarikat arak ke..Oppsss....Baiklah, kembali kepada topik.Fikiran Seminute.com sejenak, secara kasarnya anda akan terpaksa mengeluarkan kos dalam RM 1 paling minima untuk menghantarsurat tersebut ke Putrajaya. Tetapi, dengan adanya myemail1Malaysia, anda hanya perlu compresskan segala macam kertas cadangan anda, attachkan dalam email dan terus email ke alamat email orang berkaitan di Putrajaya. Lihat, anda sudah dapat menjimatkan kos sebanyak paling kurang separuh. Ya..hanya 50 sen caj penghantaran. Ingin menggunakan perkhidmata email percuma seperti Yahoo dan Gmail? Jangan! Anda sebagai pegawai kerajaan perlu mendokong segala macam polisi kerajaan. Takkan anda hendak dianggap menderhaka kepada Ketuanan Melayu dan juga tidak bersyukur kepada Kerajaan yang membayar gaji anda setiap bulan sedangkan hakikatnya umat Islam hanya wajib bersyukur kepada Dia? Sementelah anda adalah pegawai kerajaan, eloklah tunjukkan sikap patriotik melampau. Mana tau nanti Menteri Perdana nak buat KPI syarat nak naik JUSA kena tengok berapa banyak email anda dah hantar menerusi email1Malaysia. Elok anda mula mempraktikkan seawal mungkin. Siapa yang senang? Mereka dan keluarga mereka jugak...Siapa yang susah?..Kita dan keluarga kita jugak....
- Sebab ketiga, dengan menggunakan perkhidmatan email 1Malaysia ini adalah secara tidak langsung dapat membantu memelihara alam sekitar. Ya, dengan hanya membayar caj 50 sekali penghantaran, anda dapat membantu mengurangkan pelepasan gas-gas karbon monoksida, karbon dioksida tetapi tidak termasuk pelepasan karbon fiber. Ambil contoh seperti no 2 diatas. Dari Sibu ke Putrajaya. Sudah tentu begitu banyak pengangkutan bermotor dan berkipas perlu terlibat. Daripada pejabat pos ke pusat penghantaran, dah berapa banyak asap-asap beracun dilepaskan oleh motosikal-motosikal EX5 abang-abang posmen. Itu belum kira pelepasan asap daripada ekzos van, serombong kapal serta ekzos kapal terbang yang digunakan dalam usaha memastikan surat-surat anda dapat menyeberangi Laut China Selatan dan selamat sampai ke destinasi. Maklum mengetahui pelepasan gas-gas daripada kenderaan menjadi penyumbang terbesar fenomena Rumah Hijau. Maaf, bukan niat untuk menderhaka tetapi aku terpaksa menggunakan istilah rumah hijau kerana istilah rumah biru tiada dalam kamus alam sekitar. Aku harap agar penyokong-penyokong rumah biru dapat bersabar semasa anda membaca perkataan hijau. Jangan bimbang, perkataan rumah hijau tidak diiringi dengan bulatan putih. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita kena meneruskan usaha menyelamatkan bumi. Apekejadahnya kalau anda menyambut seruan Earth Hour dengan mematikan lampu selama sejam walaupun ketika itu mertua anda bertandang ke rumah dan anda kena memasak untuk mereka. Ya, anda tahu yang anda kemungkinan akan menjadikan masakan anda tidak sedap jika memasak dalam gelap dan boleh menyebabkan muncung mak mertua anda sejauh dan setinggi Menara Warisan yang khabarnya akan dibina setinggi 100 tingkat, tetapi kerana ingin menyertai komuniti dunia dalam menjayakan earth hour dan ingin kelihatan prihatin serta urban di mata jiran sebelah, anda rela memasak dalam gelap atas nama kempen earth hour. Percayalah, inisiatif anda menjayakan earth hour hanyalah sia-sia jika anda mengorbankan 50 sen dengan menghantar email menggunakana myemail1Malaysia dan terus menjadi penyumbang pencemaran alam sekitar kerana abang-abang posmen perlu menghantar surat anda melalui cara konvensional. Menggunakan email percuma Yahoo dan Gmail? jangan...anda tentu tak mahu menjadi seperti orang yang menggigit tangan orang yang memberi anda makan kan? Ala..macam kempen dalam kain rentang di Putrajaya yang berbunyi "Don't bite the hands that feed you"..lebih kurang macam tulah bunyi bannernya.
- Tahukah anda Tricubes adalah syarikat milik bumiputra melayu. Di Malaysia, secara amnya Melayu itu adalah automatik Islam. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu menyokong dan menggunakan apa sahaja yang dikeluarkan oleh orang Islam. Kita harus berbangga kerana Malaysia, salah sebuah negara Islam moden mampu menghasilkan produk sendiri bertaraf dunia. Walaupun dengan menggunakannya kita perlu berkorban, tetapi itu tidak mengapa kerana kita sebenarnya membantu umat Islam dalam bidang ekonomi. Jihad ekonomi namanya. Mengapa perlu berkorban sedikit wang jika sudah ada alternatif yang lebih menguntungkan dan percuma seperti Gmail dan Yahoo. Hisshhh..simpang malaikat 44, pantang anak cucu Hang Tuah menderhaka...Kita tidak pasti pemilik utama Yahoo dan Gmail itu.Cuba anda renungkan barang Seminute.com dua, mana tahu mereka itu terdiri daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Lebih dahsyat lagi kalau pemilik mereka itu anggota Freemason. Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada keuntungan mereka. Lebih baik kita membantu Syarikat Tricubes. Kita sudah pasti yang mereka itu Islam kerana nama-nama mereka itupun dah mencerminkan keislamannya. Buang jauh-jauh paradigma dan stigm-stigma meragui amalan keislaman mereka. Yang penting mereka itu Islam dan sebagai umat Islam yang majoritinya menduduki Malaysia, kita wajib menggunakan email 1malaysia!
Diharap anda sekalian telah mendapat pencerahan atas penerangan-penerangan diatas dan janganlah lagi meragui usaha kerajaan dalam menjayakan projek email 1Malaysia...
seperti kata Menteri Pedana bukan Menteri Exora..."Saaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttuuuuuuuuuuuuuu...Malaysia!"
###Khatimah posting untuk bulan April###
Saturday, March 26, 2011
Video Seks Anwar Ibrahim
Sana sini orang sibuk berbicara mengenai video seks Anwar Ibrahim.
Korang nak tengok ke video yang berkaitan dengan video seks Anwar Ibrahim yang digembar gemburkan tu?
Kalau korang berani tengoklah video yang aku share ni!
Amacam?

Saturday, March 12, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Hutang Malaysia
![]() |
| Rajah 1 |
Soalan A: (25 Markah)
Soalan B: (75 markah)
Tahukah anda ekonomi di benua Eropah masih belum pulih sepenuhnya sejak kemelesatan ekonomi. Antara negara yang teruk terjejas adalah Greece, Potugal, Ireland dan sebagainya. Dengan menggunakan hukum kecairan (liquidity), bandingkan senario yang sedang berlaku dengan data-data statistik di atas. Apakah signifikannya dengan situasi politik di Malaysia selepas pasca tsunami 2008?
Ini adalah open book test. Jadi jawapan anda dengan rakan sebelah tidak boleh sama langsung. Kepada sesiapa yang didapati bersalah meniru dan beri tiru, anda akan dihantar untuk menjalani Latihan Muhasabah Diri di Kem Kamunting.
Friday, January 21, 2011
Tips Menjimatkan Bahan Api Kereta Anda Sehingga 90%
Kita sering mengeluh kerana boleh dikatakan, saban tahun harga bahan api kenderaan di Malaysia semakin meningkat. Ya, sebenarnya jaminan kerosakan ataupun collateral damage daripada kesan peningkatan harga komoditi ini di Malaysia sangat meluas. Kenapa? Kerana bahan api kenderaan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Komoditi ini amat diperlukan untuk menggerakkan komuniti kita pada masa kini, yang kebanyakannya digerakkan dengan aplikasi mekanikal bermotor seperti motokar, motosikal, bas, keretapi dan sebagainya.
Kita sering melihat dan mendengar, sayugia dengan kenaikan harga bahan api harga barangan lain turut akan terkena tempiasnya. Kalau dahulu kita masih mampu menikmati karipap sebanyak 5 ketul bersaiz medium dengan harga RM 1.00, tapi kini? Alangkan karipap bersaiz mini pon telah dihargakan sebanyak 40 sen seketul. Ini adalah hakikat kehidupan di Malaysia pada masa kini. Mestikah kita menyalahkan makcik penjual karipap itu? Mungkin agak zalim meletakkan segala kesalahan di pundak jemala beliau. Beliau selaku peniaga sudah pastinya memerlukan keuntungan, kalau x sebanyak komisyen pembelian kapal selam terpakai TLDM pun, barang 10 sen sudah memadai bagi beliau. Kita juga perlu memahami konsep perniagaan, di mana untuk meraih keuntungan, perkiraannya adalah seperti berikut, harga jualan - harga kos = untung. Nah disini kita dapat melihat, untuk mendapat untung yang barangkali bernilai 10 sen itu, makcik penjual karipap terpaksa menjual dengan harga yang lebih sedikit daripada harga pasaran karipap di Malaysia untuk tahun kewangan berakhir pada Suku Kedua 2009. Di sini juga kita dapat melihat rasionalisasi di sebalik kenaikan harga karipap ini kerana harga kos yang semakin tinggi.
Jadi, apa kaitannya kenaikan harga kos bahan membuat karipap dengan kenaikan harga bahan api di Malaysia. Memang ada kaitannya. Kedua-dua benda ini saling berkaitan, malah berkadar terus. Kerana apa? Ok. Kembali kepada salah satu pernyataan di atas di mana pada masa kini komuniti di Malaysia kebanyakannya digerakkan dengan aplikasi mekanikal bermotor. Ambil contoh tepung gandum, salah satu bahan mentah utama dalam penghasilan karipap. Sebuah kilang tepung gandum yang berorientasikan ekonomi kapitalis akan sedaya upaya untuk mencapai keuntungan maksimum. Untuk mengangkut tepung-tepung gandum dari stor ke kedai-kedai di seluruh negara,sudah pastinya kenderaan bermotor akan digunakan. Kebiasaanya adalah lori dan van. Kedua-dua jenis kenderaan bermotor ini menggunakan bahan api fossil sebagai sumber utama janaan kuasa. Oleh yang demikian, apabila harga komoditi bahan api kenderaan bermotor dinaikkan atas nama pelarasan subsidi negara, maka secara sukarela dan senang hatinya mereka akan menaikkan harga tepung gandum tersebut, atas alasan untuk menampung kos operasi yang telah meningkat dek pelarasan harga subsidi harga bahan api kenderaan di Malaysia. Ya benar mungkin mereka terpaksa menampung dan menanggung kos operasi yang lebih tinggi, tetapi kebiasaannya mereka akan menaikkan harga melebihi daripada tahap yang sepatutnya.
Tanpa memerlukan Ijazah Kedoktoran Universiti Atas Talian pun kita sudah dapat tahu, semakin tinggi harga bahan api kenderaan di Malaysia, semakin mahallah barangan kita dan semakin susutlah nilai matawang kita. Jangan pandang rendah dengan fenomena karipap kecil yang terpaksa dibayar pada harga yang mahal. Karipap ini boleh dikategorikan sebagai status sosial rakyat Malaysia. Kuih karipap itu sendiri sudah lama mempraktikkan wacana 1Malaysia lebih awal daripada pengasasnya. Lihat sahaja rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu, India, Cina, Jawa, Banjar, Kadazan, Dusun, Temiar dan macam-macam sudah lama menikmati kuih karipap. Status sosial dan sosioekonomi rakyat Malaysia bolehlah diperlambangkan terus kepada nilai kuih karipap itu sendiri, bukan kepada fakta-fakta pernomboran atas kertas tentang GDP, FDi dan sebagainya. Makcik dan pakcik kampung tidak begitu memahami dan arif dengan itu semua. Ambil sahaja contoh yang mudah, kuih karipap. Semakin kecil dan mahalnya kuih karipapnya di Malaysia, semakin susahlah kehidupan kita sebenarnya. Jangan sampai suatu hari nanti, kuih karipap hanya mampu dinikmati oleh golongon-golongan elitis dan aristokrat di Malaysia, sedangkan asal kejadian kuih karipap itu sendiri adalah hidangan yang mampu dinikmati oleh Marhaen pada masi dulunya.
Kembali kepada topik perbincangan utama kita. Cukuplah untuk mukadimah yang berjela-jela diatas. Fikirkan sejenak barang Seminute.com tentang status sosial dan sosioekonomi kuih karipap itu. Ok. Kembali kepada core business kita. Bagaimana menjimatkan bahan api kereta kita sehingga 90%. Harus difahami di sini bahawa kereta adalah salah satu daripada aplikasi mekanikal bermotor di Malaysia, dan kebanyakan rakyat di Malaysia memiliki kereta. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah dan senang untuk mengambil kereta itu sebagai satu bahan kajian kes untuk kali ini.
Sebenarnya telah terdapat bermacam cara, tips dan kaedah yang ditemui dan diamalkan dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar api. Ada sebahagian daripadanya telahpun dibuktikan praktikal dan berkesan, tetapi ada juga yang sekadar myth ataupun mitos sahaja. Antara tips-tips yang biasa kita dengar adalah seperti menggunakan bahan tambahan rawatan minyak ataupun oil treatment dalam enjin kereta kita, menggunakan kedudukan gear yang betul untuk RPM yang betul dan kelajuan yang betul, mengurangkan penggunaan penghawa dingin, memastikan tekanan angin dalam tayar adalah mencukupi, merancang perjalanan, mengurangkan beban yang tidak diperlukan daripada dibawa oleh kereta kita dan banyak lagi. Benar, manusia itu sifatnya berakal dan mereka akan sentiasa mencari akal untuk memberi keuntungan kepada mereka. Hampir kebanyakan tips diatas tidak difikirkan dalam tempoh Seminute.com, bahkan mungkin mengambil masa dan pemerhatian yang lebih lama.
Namun demikian, telah terdapat satu kaedah yang baru ditemui oleh seorang Prof. PHD daripada Perancis yang bakal menggembirakan kita. Lebih membanggakan, kaedah ini sangat sesuai diamalkan di Malaysia, ya hanya di Malaysia, berdasarkan kepada demografi dan habit warga Malaysia itu sendiri. Hasil kajian ini masih dalam peringkat akhir kajian sebelum dipatenkan oleh beliau sendiri. Khabarnya beliau ingin menawarkan kepada mana-mana syarikat Automotif di dunia hasil kajian beliau ini agar dapat diimplimentasikan dalam rekaan kereta mereka pada masa akan datang. Harapannya agar Proton dapat mengambil inisiatif dan bertindak agresif dalam usaha untuk mendapatkan teknologi tersebut. Adapun penulis ingin berkongsi dahulu dengan teman-teman. Tak salah rasanya untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Mana yang baik dijadikan teladan, yang jahanam dijadikan sempadan.
Penemuan ini memang sangat hebat dan menggemparkan industri automatif. Lebih berkesan daripada penggunaan X-1R dan juga Surbo. Bersama dengan post ini aku akan letak bersama beberapa hujah dan rumusan yang telah aku terjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Prof ini memang sangat hebat dan dahsyat, Sehingga kini beliau telah memiliki 8 Ph.D, pengkhususan kepada bidang automatif. Aku akan nyatakan juga sedikit latar belakang Prof ini di akhir artikel ini.
Baiklah. Kajian ini dilakukan dengan mengambil Malaysia sebagai kajian kes untuk meneruskan kajian ini. Kajian ini dilakukan dalam tempoh satu semester. Para pensyarah Prof ini begitu kagum dengan idea dan pandangan beliau dalam menyiapkan tesis dan laporan beliau ini. Aku pun x ingat bila dan kat mana aku dapat laporan ini. Oklah. Kite teruskan kepada intipati laporan tesis beliau ini.
Malaysia, sebuah negara yang terletak di kawan Asia Tenggara. Sebuah negara Islam yang mampu mengeluarkan minyak dan gas dari muka bumi. Malaysia juga telah menjadi antara pemain industri automatif utama di dunia dengan tertubuhnya PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional) pada tahun 1980 an, hasil gagasan dan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia. Boleh dikatakan industri automotif di Malaysia dikuasai oleh PROTON di dalam segmen-segmen tertentu. Perkembangan industri automotif di Malaysia memang membanggakan. Di mana-mana sahaja dapat dilihat model keluaran PROTON. Sebut sahaja, Saga, Iswara, Wira, Persona, Inspira? Sesuatu yang sepatutnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berkaya menjadi antara negara umat Islam yang mampu mengeluarkan kereta sendiri. Jualan produk PROTON juga amat rancak di dalam Malaysia. Terima kasih kepada dasar kerajaan yang meletakkan cukai yang sangat tinggi ke atas kereta-kereta import yang berjaya menobatkan PROTON sebagai jaguh kampung untuk tempoh menghampiri dua dekad. Tapi jagan risau, penulis telah dapat melihat perubahan positif dalam produk-produk tempatan PROTON dibawah pengurusan baru.
Malaysia, juga selaku antara pengeluar minyak di dunia, sekali lagi boleh berbangga dengan tertubuhnya PETRONAS, sebuah syarikat petroliam milik negara yang menguruskan segala aset dan komoditi yang berkaitan minyak dan gas di dalam negara dan juga di kawasan luar negara. Ironinya, selaku negara pengeluar minyak, jualan harga bahan api di MAlaysia boleh dikategorikan sebagai tinggi dan membebankan. Telah banyak keluhan dan cetusan ketidakpuasan hati dari kalangan penduduk dan rakyat di Malaysia itu sendiri. Oleh kerana yang demikian, penulis telah melihat ini sebagai peluang untuk melanjutkan dan menjalankan kajian kes berkenaan tesis yang sedang dijalankan ini.
Kajian kes ini mengambil tempat di kawasan utama laluan kereta. Varians lokasi juga di aplikasikan seperti memilih lokasi yang berbeza. Antara lokasi yang dipilih adalah laluan selekoh, simpang tiga, simpant empat, bulatan dan juga jalan lurus. Proses pengumpulan data juga dilakukan mengikut jadual yang dilakukan. Jadual dibahagikan kepada empat keadaan iaitu siang, malam, waktu puncak dan waktu lengang. Untuk menguatkan lagi hujah dan kajian kes, pemerhatian dilakukan setiap Seminute.com semasa waktu puncak. Kaedah persampelan juga dilakukan dalam kajian kes ini. Penulis telah melakukan pemerhatian secara insentif dalam usaha untuk membuktikan hipotesis yang akan dibincangkan kemudian, dengan memerhatikan cara dan kaedah pemanduan rakyat Malaysia dalam usaha mengurangkan penjimatan minyak petrol kereta.
Setelah melakukan segala ujian dan pemerhatian, penulis mendapati bahawa Hipotesis penambahan isyarat elektrik yang berulang dalam selang masa yang singkat, yang seterusnya mencetuskan satu fenomena baru iaitu cas-cas elektropetrolitif (EPF) dan mengakibatkan peningkatan penggunaan minyak petrol pada kereta secara mendadak sehingga 90% lebih banyak adalah BENAR dan TEPAT!
Penulis berasa cukup yakin kerana berdasarkan sepanjang tempoh kajian kes, pemandu-pemandu di Malaysia secara purata telah menyedari fenomena ini dan telah mengambil langkah utama untuk mencegahnya. Mengikut Hipotesis penulis, cas-cas EPF ini HANYA akan dihasilkan apabila terdapat aktiviti penambahan isyarat elektrik yang berulang dalam masa yang singkat. Dan pada sesebuah kereta, punca dan sumber yang paling besar, terang, nyata dan jelas untuk penghasilan cas-cas EPF ini adalah pada lampu isyarat kereta (signal indicator).
Tujuan asal dan utama lampu isyarat dicipta adalah untuk memberitahu niat kita untuk menukar arah, membelok kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Sifat asalnya dicipta berkelip adalah agar dapat menarik perhatian orang lain. Namun tanpa disedari, teknologi dan penciptaan ini telah membawa kesan buruk kepada pemilik2 dan pemandu-pemandu kereta di Malaysia. Mereka menyedari dengan meggunakan lampu isyarat telah mengakibatkan penggunaan minyak kereta meningkat secara mendadak shingga 90%. Kesan ini lebih teruk apabila waktu malam kerana kekurangan sumber cahaya dan menyebabkan cas2 EPF lebih terang dan aktif. Dipercayai kesannya lebih buruk sehingga 2 kali ganda.
Oleh yang demikian, pemandu-pemandu di Malaysia memilih untuk dimaki, dicaruti, terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi dengan mengamalkan gaya pemanduan bebas penggunaan lampu isyarat. Mungkin tekanan dan kesan pelarasan subsidi harga minyak kereta ke atas dompet-dompet mereka telah memaksa mereka memilih gaya pemanduan ini.
Penulis juga berharap untuk meneruskan kajian ini dengan lebih lanjut untuk sesi Ph.D ke 10 nanti dengan mengaitkan hipotesis kadar pecutan dengan kadar pelepasan cas2 EPF. Diharap agar segala kajian ini dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.
Penulis dikenali sebagai Prof. dR. Sir Sam Bang LeBart. Anak jati Perancis dengan beberapa Ijazah dokterat (Ph.D) seperti di bawah:
Hebat kan? 9 Ijazah Kedoktoran daripada Online University. Dahsyat.........
####Terima kasih kerana membaca. Jangan Marah..nanti kena jual dengan Abdul Wahub...hehehe = P####

- Ph.D Automotive Engineering ( A theory of Electropetrolitif) from Everyone Online University (2002)
- Ph.D Automative Engineering ( Electropetrolitif Disaster) from FrontPC Online University (2003)
- Ph.D Mechanical Engineering (Bad Design Signal Indicator) from MyOnlyOnline University (2003) (Dean list)
- Ph.D Mechanical Engineering (Why Need Signal Indicator) from Everyone Online University (2004)
- Ph.D Automative Engineering ( Indicator, Electropetrolitif) from SureOri Online University (2004)
- Ph.D Petrochemical Engineering ( Electropetrolitif & Isotop 333-8) from FrontPC Online University (2004-2005)
- Ph.D Automative Engineering (EPF, Good Meh?) from OkLor Online University (2004)
- Ph.D Automotive Engineering (EPF, Indicator and Habit ) NotFraud Online University (2008) (1st class Honour)
- Ph.D Automotive Engineering (EPF, Indicator and Habit II) NotFroud Online University (2009-2010)
Hebat kan? 9 Ijazah Kedoktoran daripada Online University. Dahsyat.........
####Terima kasih kerana membaca. Jangan Marah..nanti kena jual dengan Abdul Wahub...hehehe = P####
Subscribe to:
Comments (Atom)