- Ini contoh tidak baik. NSFW, 18SG.
- Kadang-kadang aku tensen buat coding debug crash, buat coding debug crash...
- Kalau kat kilang aku stress aku sepak je tangki minyak ke, baling sepana ke, hisap rokok banyak-banyak kat kantin ke...
- Kalau buat coding ni xkan aku nak sepak laptop aku pulak?
- No wonder gaji programmer manthop-manthop khabarnya...
Showing posts with label NgeblogIT. Show all posts
Showing posts with label NgeblogIT. Show all posts
Thursday, November 20, 2014
B(ar)bi(e)S!!!
Tuesday, September 16, 2014
"Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?"
- Hai Bedah dan Bedul yang sudi melawat dan menyinggah belog hamba ini, semoga sentiasa dalam limpahan dan lindungan Tuhan hendaknya.
- Hari ini, aku nak berkongsi sedikit berkenaan sistem pengoperasian telefon pintar berasaskan Android.
- Ape bende Android? Android adalah satu sistem operasi telefon pintar berkonsep sumber terbuka (open-source) yang tidak dimiliki tapi diurusselia oleh pihak Google dan Open Handset Allience (Persekutuan Telefontangan Terbuka-ni aku translate direct, jangan percaya mahupun rindu sampai 200%).
- Android dilepaskan (released) pada tahun 2007, bulan di mana Guns n Roses sentiasa melayan jiwang di bawah pancuran November Rain.
- Tahukah anda, kebanyakan orang percaya, lambang Android diinsipirasikan daripada rekabentuk robot R2-D2 dalam siri Enamlogi Star Wars. Siapa x pernah tengok Star Wars maknanya x cukup syarat hidup. Star Wars ada beberapa watak seperti Anakin Skywalker yang bernikah dengan Padme lalu melahirkan anak bernama Luke Skywalker. Anakin Skywalker adalah calon Jedi yang paling berbakat tapi kerana George Lucas nak jadikan die seorang watak jahat superior dan cool maka die kemudian menjadi Darth Vader. Sebab tu ada satu scene dalam Star Wars ada Darth vader membuat pengakuan kepada Luke Skywalker "I'am your father". Baiklah, kita tinggalkan dahulu cerita Star Wars.
- Android cukup terkenal dengan codename berbentuk makanan pemanis. Mungkin kerana mereka terpengaruh dengan ayat-ayat adik manis ataupun mungkin para programmer ni memang suka makan benda-benda manis.
- Berikut adalah senarai versi-versi Android:
- Alpha (1.0)
- Beta (1.1)
MamakCupcake (1.5)DunkinDonut (1.6)- Eclair (2.0-2.1)
Tutti FruttiFroyo (2.2-2.2.3) -Froyo adalah singkata Frozen Yogurt nox..- Gingerbread (2.3-2.3.7)
- Honeycomb (3.0-3.2.6)
- Ice Cream Sandwich (4.0 - 4.0.4)
- Jelly Bean (4.1 - 4.3.1)
Zizan RazakKitKat (4.4 - 4.4.4)- "L" (developer review) - android terkini. baru sahaja dilancarkan semasa Google I/O beberapa bulan lepas. cakap-cakap belakang mengatakan L tu codename untuk "Lollipop". Mungkin dijangka akan disumbat ke dalam peranti tidak lama lagi.
- Okey kembali ke nombor 1 sebab aku x pandai nak sambung no 7 ke no 8.
- Android codename Honeycomb dibangunkan khusus untuk tablet. Sebab dalam API (Application Programming Interface) Honeycomb ada tambahan untuk sokong Fragment. Kelebihan Fragment ni adalah kau boleh muatkan dua antaramuka dalam satu screen . Maklumlah, tablet kan saiznya besar, ada yang saiz 10", 7". Jadi selain berfungsi sebagai dulang angkat air untuk dihidangkan kepada tetamu, pemilik tablet bolehlah mengoptimasikan saiz permukaan screen yang luas ittew.
- Tetapi, peranti yang menyokong android 3.X tidaklah banyak. Selepas daripada itu, semua versi selepas Honeycomb menyokong penggunaan Fragment.
- Korunk pernah dengar telefon Android chap Nexus tak? Paling terkini Nexus 5 keluaran LG. Baiklah, telefon cap Nexus ini adalah telefon Android sejati (pure android) keluaran Google dengan kerjasama beberapa pengeluar telefon. Antara pengeluar yang pernah keluarkan model-model Nexus ni adalah HTC, Samsung dan LG.
- Telefon rangkaian Nexus ni memang dibangunkan untuk kegunaan para developer. Sebab itu mana-mana android update terbaru memang akan terus dapat kat pemilik telefon model Nexus. Tak caya pegilah tanya apek-apek jual tepon kat Law Yat ke, Terminal One ke. Kalau dorang tak tahu korunk lehlah tanya Lebai Google.
- Tulang belakang Android adalah Java. Seperti iOS, tulang belakang mereka adalah C/C#.
- Android ini sebenarnya banyak dipopularkan oleh gergasi Korea Selatan Samsung. Berapa banyak telefon Samsung pakai OS Android?
- Android juga bercadang mengembangkan applikasi mereka. Kini mereka sibuk dengan Android Wearable ( Wearable ni adalah nama glamor untuk peranti macam smartwatch tu, maksudnya kita boleh pakai kat badan kita sebab tu lah dipanggil Wearable wahai bedah dan bedul sekalian ...hohoho). Androd dalam bentuk TV (talibesen) pon dah mula banyak sekarang ni. Industri automotif pon dan mula nak menerima Android ni.
- Sebagai penutup bichara, marilah kita bersama-sama tidak mengabaikan pasangan kita walaupun kita ada smartphone Android yang power-power, takut nanti isteri kita tergumam dalam hati "Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?" sebab si suami sibuk layan game Clash of Clans waktu tengah makan sama-sama kat kedai Mamak
Cupcake.
Saturday, September 13, 2014
"Hello Jabatan IT, boleh datang meja ahkak tak? Ni komputer ahkak video YouTube sekat-sekat. Tolong cepat sikit ye..nanti bos masuk japgi"
- Hai, hari ini saya nak kongsi dengan anda Widget yang saya gunakan pada Laptop saya yang beroperasi menggunakan Windows 7.
- Sila perhatikan pada gambar yang tertera di bawah. Amati gambar ini dengan tenang dan jangan cuba membocorkan soalan UPSR pada tahun hadapan pula (tetiba plak...kahhh)
- Secara asasnya, saya menggunakan 6 widget ini untuk kemudahan saya memantau operasi laptop saya. Bermula dari baris kanan sebelah atas sekali itu adalah widget Kalender. Dan dikuti pusingan arah jam Widget CPU Usage, Widget GPU Meter, Widget Network Meter, Widget Drive Meter dan juga Widget Battery Meter.
- Widget Kalender biasanya saya gunakan untuk membuat analisis dan unjuran menggunakan kaedah Laplace Songsang untuk memilih tarikh yang sesuai bagi membeli MC mahupun menonton perlawanan bola sepak Manchester United.
- Widget CPU Usage saya biasa gunakan untuk memantau penggunaan memory RAM saya serta Unit Pemprosesan Pusat saya..x tahu apa dia Unit Pemprosesan Pusat? Ala orang Jawa Jerman panggil CPU..CPU ni biasanya cap Intel ataupun AMD. Ok. Anda nampak x graf-graf pada widget CPU Usage tu? Graf itu menunjukkan peratusan penggunaan ruang memori dan juga kerja CPU anda. Ketika gambar ini di snap shot, laptop saya baru usai membuat simulasi. Widget ini sebenarnya mampu membantu kita. Andai kata laptop/komputer anda tetiba macam tersengguk-sengguk, lambat sangat nak ejakulasi bila membuka sesuatu windows ataupun program, boleh jadi ada "kerja-kerja belakang tabir yang anda tidak lakukan tapi dilakukan secara tiba-tiba dan paksa oleh pihak ketiga". Katalah ada unknown running background task yang anda x execute, kadang-kala ia boleh menggunakan sepenuhnya kuasa CPU dan RAM kita, secara x langsung komputer/laptop kita akan jadi lembab.Ko paham x apa aku tulis ni?Ah senang cerita, kalau semua graf ko tu penuh otomatis lembablah komputer/laptop ko. Bilangan graf pada widget itu bergantung kepada jenis CPU anda. CPU saya i5-2core-4thread. Jadi saya ada 4 graf mewakili CPU saya. Widget ini juga boleh memantau suhu CPU anda. Kalau kipas CPU anda banyak habuk, boleh jadi CPU anda akan cepat panas. CPU ni die ada limit temperature die. Biasanya 80 degree celcius cut-off die. Bilamana cecah suhu ni, automatik sistem anda akan terus mati tanpa ada apa-apa amaran. Bila ini terjadi, usahlah anda aleutooo kan orang-orang IT anda mahupun kerajaan Barisan Nasional, cubalah anda muhasabahkan kipas laptop anda. Satu lagi, sebab tu mana-mana bilik server mesti ada ekon punya. Nak kawal suhu ambient. Kalau x nanti kena aleutoo je dengan manager.
- Manakala widget di bawahnya pula adalah GPU Meter. Dah mende pulok GPU ni? Tadi CPU ni GPU pulok..parok parok..GPU ni nama sebenar dalam IC ialah Graphics Processing Unit. Kerja die buat rendering agar graphic lawa ke x lawa. Budak lelaki mesti tahu punya kepentingan GPU yang power ni. Apalah ertinya main FIFA/Counter Strike tapi player lari sengguk-sengguk tengah padang/padang pasir. GPU meter ini biasanya saya x monitor sangat pon, x penting mananya kalau x dibuat main game. Dah kalau tgh main game xdelah pulok teman nak monitornya, camne teman nak main game kalau nak kena tekan butang Windows pada keyboard untuk tgk grafnya?
- Widget disebelahnya pula adalah Network Meter. Fungsi utama nak memantau sambungan Internet kita. Kalau pakai wifi, die boleh tengok berapa kuatnya signal wifi tu pada laptop/komputer kita. Graf-graf juga boleh menunjukkan masa nyata berapa kelajuan download kita pada masa tu. Widget ini biasanya saya pantau kalau tengah menyedut-nyedut Torrent mahupun nonton Youtube Video setting quality 1080p punya..Widget ini juga ada keupayaan memonitor dan mengset limit broadband anda. Kalau anda pakai Maxis Home Fibre ke dapatlah juga die ni membantu memantau sedikit sebanyak..Widget ini dapat juga memberi gambaran kasar samada berlaku drop line ke x..contoh tengah asyik menonton video iklan iPhone 6 nyata ketinggalan daripada Nexus punya spec, tetiba keluar gambar loading. Cer cek widget ni, kalau graf die kosong je tu boleh jadi line drop...untuk WAN atau LAN saya x berapa pasti..anda bolehlah try monitor sendiri..
- Wiget diatasnya tu adalah drive meter. Fungsi die memantau harddisk kita.
- dan widget yang terakhir adalah battery meter. Memantau berapa lama bateri nak kaput, dan juga berapa lama bateri nak penuh bila cas. Letih plak naip manjang-manjan ni...hahaha
- Mana nak dapat widget-widget ni? Layari laman web Soalan UPSR Bocor 2014 dan downloadlah sesuka hati andaaaaa.....
Thursday, September 11, 2014
of apps and engineering
- Sekarang saya tengah mendalami ilmu membina mobile apps.
- Saya sekarang mengfokuskan kepada pembangunan apps untuk OS Androids kerana Apple sangat kedekut untuk tidak membenarkan saya dan orang lain menginstall SDK ke OS selain Apple OS semudah menginstall SDK Android ke iOS, senang cerita kau kena ada macbook atau imac, dan harganya sangatlah mahal..pfft..
- Cita-cita saya ialah membangunkan apps untuk kegunaan Kejuruteraan Penyelenggaraan. Pada bulan Ogos lepas, dengan izin tuhan Allah saya telah terpanggil untuk membentangkan kertas kerja di hadapan panel untuk program SUPERB Teraju di MaGIC Cyberjaya. Jika ada rezeki, dapatlah saya terpilih ke pusingan separuh akhir yang dijangka diketahui paling lewat minggu depan. Kalau tiada panggilan maknanya saya tidaklah berjaya ke separuh akhir untuk kali ini.
- Saya telah mempelajari bahasa pengaturcaraan Java sejak beberapa bulan yang lepas dalam usaha untuk memahirkan diri dengan pembangunan apps untuk Android ini.
- Jika segalanya lancar, saya bercadang ingin membeli Facebook, kemudian menukar namanya kepada Mukabuku. Barulah 1Malaysia.
- Jika segalanya kurang lancar, saya akan membuka syarikat kecil-kecilan untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan apps untuk rakyat Malaysia amnya dan Bumiputera khususnya. Mengikut perancangan saya, saya kini berada pada tahap 10% daripada rancangan perjalanan saya.
- Insya allah jika segalanya lancar, saya akan mula berniaga paling awal permulaan bulan oktober 2014 ini.
- Jadi kepada kalian, nantikan kemunculan saya sebagai pembangun apps untuk anda.
- Sekian terima kasih untuk post kali ini..
Thursday, December 20, 2012
Passion8
- Ah ya. Keputusan PMR 2012 telah diumumkan. Maka bercemperalah pelajar-pelajar ke sekolah masing-masing mengambil keputusan. Ada yang gembira, sedih, kecewa, terkejut, pergi sekolah amik result dgn kawan2 sebab nak isap okok dalam perjalanan je dan juga ada yang Aiman (x kisah).
- Aku dulu amek result satu keluarga. Dapat result 8A you..tapi bukan straight A's sebab sekolah aku kena amik Bahasa Arab, wajib. Apa yang x dpt A tu? Biarlah Rahsia kata Latuk Siti..hahaha..Gua dulu lepas dapat result terus moral down beb...sepanjang perjalanan balik rasa dunia ini sudah kiamat (masa tu belom kecoh 21122012 dunia kaput)...padahal 8A tu, memember aku ada yang dapat x byk A pon gembira x terkata macam terlepas hukuman mati akibat dituduh memijak gambar First Lady of Malaya. Mungkin ekspetasi (ini ada pencemaran Bahasa melayu) aku masa tu nak dpt straight As sangatlah tinggi, setinggi harapan Ah Jib Gor diberi mandat selepas PRU13 ni..untuk mengambil hati aku, arwah mak aku ajak abah aku singgah Warta (sekarang dah xde Warta kt Bandar Baru Bangi ni, dah jadi Giant), maka beliau pon membelikanlah aku sehelai baju melayu yang bagi aku amatlah mahal pada masa itu. Kainnya sedap dan selesa dipakai, sulamannya cantik menarik tertarik. aku masa tu buat x tau je, mak aku yang bersungguh2 pilih baju tu...yelah..orang tgh moral down kan..macam orang putus tunang..hahaha
- Jika ada kalangan keluarga anda yang tidak mendapat keputusan 'warna yang terbang' dalam PMR kali ini, janganlah dipandang rendah keupayaan mereka. Mungkin pasiion8 mereka bukan pada bidang akademik. Sape kate budak yang xdapat keputusan cemerlang, gemilang, terbilang
UMNO terus mara untuk rakyat malaysiatidak mampu berjaya dengan sangat cemerlang dalam kehidupan.Yang penting passion. - Aku dulu sangat meminati bidang IT, komputer dan sebagainya. Kira kalau dapat benda2 ni semua boleh lupa waktu makanlah. Lepas SPM dah start berjinak2 dgn coding2 website (masa tu pakai frontpage jew..titew tater tuit nak beli cd cetak rompak software yang banyak2 tuw..nyampah x baca ayat itu tadi..tite pon nak jadi Boboiyot gak skali skala..wakaka).Aku dulu siap bercita-cita nak melanjutkan pelajaran di menara gading dalam bidang IT. Namun atas racunan sepupu sepapat, pakcik makcik di skeliling yang mengatakan graduan IT xde masa depan yang cerah, tgk berapa ramai menganggur sekarang (sekarang itu adalah 10-15 tahun lepas, benar masa itu graduan IT amat susah nak bekerja dalam bidang tersebut, mungkin keadaan semasa yang kurang peluang, x macam sekarang.) aku pon memilih bidang kejuruteraan.
- Setelah hampir tiga tahun bersepak terajang main minyak, sepana, ratchet, impact hammer, mandi minyak, pukul 4 pagi orang telepon kena masuk kilang,terantuk kepala pada steel beam dan banyak lagi, aku rasa macam passion8 aku dah semakin menurun.
- Dan kini yang terbaru, aku dan sorang insan bercadang hendak memeriahkan lagi industri IT di malaysia ini lagi. Kami ada satu projek tapi untuk sementara waktu, kami bercadang untuk membuat pilot website dulu untuk melihat keberkesanan dan kelicinan arah tuju matlamat projek kami.
- Sudilah kiranya anda pembaca belog saya sekali lagi menyokong saya. Insya allah kalau saya jadi jutawan macam mark zukerberg, saya akan belanja anda makan siput escagort. Kalau anda tidak lalu untuk makan siput escagort, xpe saya belanja siput sedut masak lemak cili api...meleleh lah pulak salive ni terkenang2 siput sedut masak cili api yang manthop...
- Dibawah ni saya nak kongsi salah satu material yang ada dalam website baru itu, sudilah kiranya anda menggunakan perkhidmatan kami yang percuma ini ye...
- nama website itu www.ikongsi.com..kongsi-kongsi mari bicara....eh itu lirik lagu kongsi gelap..tapi saya bukan ahli kongsi gelap..saya cuma ahli kumpulan wang simpanan pekerja sahaja..haha
Saturday, December 31, 2011
Tahukah Anda?
- Di Malaysia, anda kena memiliki beberapa kemahiran untuk menjadikan anda pembeli yang bijaksana.
- Jadi di sini aku hendak berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan barang-barang elektronik dan komputer dengan harga yang terbaik.
- Pertama sekali, tentang henpon, telefon bimbit. Tahukah anda berapa margin keuntungan yang peniaga dapat untuk sebiji telefon? Tidak kiralah telefon pintar ataupun tidak pintar. Secara puratanya, sebiji telefon mereka akan mendapat untung bersih RM300 jika menjualnya mengikut harga yang pengeluar OEM iklankan di surat khabar ataupun di mana-mana. Ataupun jika hendak didenomasikan dalam bentuk peratusan, puratanya mereka akan untung dalam 20%. Jadi, jika anda berkenan banget dengan sesuatu telefon itu, dan penjual itu sangat kerek untuk tidak mahu menurunkan harganya, silalah bargain untuk mendapatkan free gift yang agak berkualiti. Cuba pow beliau dengan casing yang sederhana kualitinya, pelindung skrin mahupun install beberapa perisian yang anda rasa berguna...Alaa..dorang dapat perisian tu pon percuma download daripada internet...Jadi, coba dapatkan harga dan keuntungan yang lebih kepada pihak anda..hohoho
- Kedua, pastikan anda telah tawaf satu bangunan untuk survey harga. Kalau ada 5 tingkat, coba gagahkan diri explore semua tingkat.Tahukah anda, semakin tinggi tingkat anda naik, kebarangkalian untuk mendapat harga yang lebih rendah adalah tinggi. Satu sebab paling utama ialah kerana semakin tinggi lokasi kedai tersebut, semakin murah kadar sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan. X caya coba anda sesaje round2 kat Low Yat ke,Digital Mall ke dan bandingkan harga.
- Ketiga, pastikan sebelum anda menerjah lokasi kejadian, anda telah melakukan kajian kes di internet. Cara paling mudah cari barang tersebut dalam laman web Mudah.my, Ebay.com.my, Lelong.com.my dan tidak lupa juga laman web rasmi pengeluar barangan tersebut.Buat perbandingan intensif, x kisahlah guna taburan poisson ke ataupon janjang geometri. Perhatikan jurang harga. Sesetengah barang, kita akan dapat lihat perbezaan jurang yang amat besar (dengan anggapan barang yang dibandingkan adalah baru, tidak pernah dipakai, bukan second hand dan yang paling pasti ada 'bau kedai').Ambil rujukan dua nilai harga yang terendah, kemudian baru terjah.
- Keempat, kalau boleh pergi berdua. Bukankah berdua itu lebih baik? Macam kata Acha Sepritriastigarasa...
- Kelima, test market. Buat2 anda seperti sangat berminat untuk mendapatkan barangan itu. Tanya itu dan ini serta apa yang kita boleh dapat secara percuma. Kemudian buat excuse kata nak pergi ATM nak keluarkan duit..Then pergi usha kedai lain plak..hahahaha...Cobalah, anda pasti akan takjub dengan harganya.
- Keenam, pastikan anda bersolat kerna orang yang bersolat insya-allah murah rezekinya. Kan?
- Ada satu lagi cara yang aku x pernah try tapi diajar oleh kawan aku. Pergi sepagi yang mungkin dan jadilah pelanggan yang pertama.Menurut kepercayaan Ah Chong Telekomunikasi yang mewakili kaum cina, pelanggan pertama untuk hari perniagaan tu amat penting. Jadi, kaum cina mesti menjual kepada pelanggan yang pertama kerana jika pelanggan yang pertama tidak jadi membeli, maka akan 'suwey' lah perniagaan mereka pada hari itu. Jadi apa lagi, bargain gile khinzir..hahaha...
- Satu lagi, tahukah anda harga henfon akan naik menjelang setiap musim perayaan? Apa neraka betullah mereka itu....
- Satu lagi lepas satu lagi, tahukah anda, harga komponen barangan komputer akan dijual secara murah setiap bulan secara bergilir-gilir? X paham? Ok memang saja aku tulis nak bagi korang x paham..hahaha...Ok..contohnya, bulan Januari harga RAM akan dijual jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kemudian bulan Februari pulak dorang buat jualan murah Keyboard..contohnya...tetapi untuk mengetahui apakah harga yang jatuh untuk bulan tersebut, anda kena ada kaki yang bekerja di tak lain dan x bukan Plaza Low Yat dan juga Jalan Imbi. Pengetahuan tambahan, Plaza Low Yat dan Jalan Imbi memang surga baranga komputer....
- Harapannya, posting ini pun dapat mebantunya dirimu pun...Selamat membeli dan belah dari shopping complex..hahaha
Tuesday, July 5, 2011
Tips Untuk Orang Malas
- Harus ku akui aku memang pemalas. Tahap kemalasan aku sampai aku nak citer pon malas. Malas betol!
- Mungkin kerana kewujudan orang-orang malas macam aku ni telah memberi pencerahan kepada para Bankers dalam membangunkan usaha online banking. Dengan online banking, anda boleh menguruskan akaun simpanan dan kewangan anda walaupon anda sedang nangis2 sambil kesat hidung melayan cerita Kuch Kuch Hota Hai di hadapan PC anda.
- Aku memang pengguna tegar online banking. Dan aku cukup malas nak ke bank melainkan untuk cucuk duit dari ATM. Kalau setakat nak bayar duit beli barang menggunakan perkhidmatan cash deposit, transfer duit kat orang lain menggunakan cash deposit, baik aku pakai online banking. Bukan apa, selaku seorang pencinta
wanitaalam sekitar, aku menyokong usaha mengurangkan kadar pelepasan gas-gas merbahaya punca kesan rumah hijau. Yelah, nak ke bank dah tentu2 kena naik motor atau kereta. (kalau dah malas tu malas jugak, xyah nak kasi alasan pencinta alamlah..apelah..hahahaha) - Biasalah, bila dah buat bayran melalui online bankin kenalah pulak kita sediakan resit ye dok? orang kata sebagai bukti pembayaran. kalau korang guna FPX dan buat bayaran PTPTN dah tentu kena simpan resit sebagai bukti pembayaran. ADa bermacam cara orang buat untuk menyimpan dan mencetak resit ini sebagai bukti pembayaran.
- Cara paling konvensional ialah dengan membuat prosedur printscreen, paste kat Paint, edit2 sikit and save dalam bentuok .Jpg. Ini biasa orang buat bila kita nak attach bukti pembayaran pada penjual di alam maya.
- Cara paling primitif adalah dengan mencetak resit anda dalam bentuk salinan keras (hard copy). Ini adalah cara paling primitif dan terbukti berkesan. Dan juga antara cara paling selamat sebagai bukti selagi anda ingat dimana anda menyimpan fail2 resit anda dan juga terhindar daripada gangguan silverfish.
- Sebagai pemalas tegar dan sejati, aku memang malas gila nak buat step2 diatas. Lalu aku telah memilih jalan yang paling sesuai untuk orang malas macam aku. Segala macam bentuk resit payment online banking aku sekarang print dalam format .pdf. Senang. Mudah. Semudah korek idong di waktu pagi.
- Yeah..print resit anda dalam format pdf dan simpan dalam pc anda. Bila2 anda nak dalam bentuk salinan keras, anda boleh print jika anda tidak malas ketika itu.
- Cenggana nak print ke format .pdf. Mudah. Download je kat internet software dengan menaip keyward 'pdf maker'. Konfom berjuta keluar. Aku prefer yang percuma dan halal. Antaranya CutePDF, PrimoPDF. Tapi of cause mereka ini hanya mampu memberikan basic features je. Kalau anda nak buat cetakan PDF anda lebih protected yakni disertai dengan encrypted features, bagi aku ADOBE ACROBAT is the best. Kalau anda kaya anda boleh dapatkan versi halal. Kalau anda kurang berkemampuan, anda boleh mendapat versi tidak halal(cetak rompak). tapi apa ada hal cetakan anda tidak encrypted, ini bukan nak cetak Final Year Project anda...muehehe...
- So kalau anda bercita-cita nak menandingi kemalasan saya...silakan...hahaha
Saturday, February 26, 2011
NgeblogIT: Reading small font for website.
- Aku suka IT. sITi pon aku suka gak..Jadi bersempena itu, aku akan coba untuk mengepost lebih banyak tips dan trick untuk para tetamu blog ini lebih mendapat pencerahan dalam IT.
- Untuk kali ini, aku nak kongsi satu tips berkenaan mengadjust saiz tulisan (font) yang digunakan dalam sesuatu website. Sesetengah website ada menyediakan butang aplikasi 'javascript' untuk ditekan dalam mengadjust size font dalam website mereka. Contohnya macam website UKM ni.
- Kebanyakan website institusi kerajaan Malaysia menyediakan aplikasi ini. Mungkin salah satu sebab website mereka mempunyai golongan pembaca yang pelbagai golongan dari yang muda hinggalah ke yang tua.
- Kalau xde butang tu, senang je kalau kita nak adjust size font dalam website tu. Bagaimana?
- Untuk menambahkan saiz font itu, tekan butang "Ctrl" dan "+" pada keyboard anda serentak.
- Untuk mengecilkan saiz font itu, tekan butang "Ctrl" dan "-" pada keyboard anda pulak.
- Untuk kembali kepada default size, tekan butang "Ctrl" dan "0" pulak pada keyboard anda.
- Amacam? Sonang je kan. Yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan diriku ini juga. Semoga anda dapat manfaat daripada perkongsian ini. Renung2kan dan selamat beramal....=p
Subscribe to:
Comments (Atom)




