- Atau dalam bahasa melayunya buang tebiat.
- WTF I'm thinking about.Selepas 2 tahun last menulis, hari ni aku kembali menulis di ruang blogspot ni.
- Apa sudah jadi dengan blogspot?
- Apa sudah jadi dengan glory days blogspot?
- Aku rasa macam dah semak dengan FB sebenarnya tapi aku gagahkan juga atas sebab-sebab kelangsungan mata pencarian..kahhh...
- Gila babi lah...
- Last aku tulis kat blogspot ni Amran Fans masih ada pengaruh.
- Sekarang ni masa aku menulis ni Amran Fans kalah teruk dengan Abang Sajat.
- Lagi best,aku lupa mana satu email Google yang aku pakai untuk buat blog ni siot.
- Nasib baik laptop aku ni aku x clear historycache bagai...kah kah kah
- BTW, aku dah lama tak nampak lori babi atas jalan raya oi....
- Dorang dah tak hantar babi pakai lori ke? Atau dorang sembelih siap-siap proses pacakging lepas tu hantar pakai easyParcel je?
- Seriusly...
- Harap aku tak kembali menulis untuk next 5 years pulak lah....kalau x mati
- Bila aku baca-baca balik posting lama aku dalam blog ni rasa macam...what the fish..this is who I am...I missed this...merapu sesuka hati di alam maya karin....
- Babi baru dapat notifikasi. Man Utd kalah 0-2 dengan Burnley.
- Hanat
- Burnley kut...tahap-tahap JDT je kut
- Apalagi akunaktaip ni
- Oklahcukup 20 points..bye...
- Babi silap notifikasi...half time rupanya...
- Sekarang Man U dah score sebiji..jadi MU 1-2 Burnley
- Kbai
Wednesday, December 27, 2017
Throwing Behaviour
Thursday, November 20, 2014
B(ar)bi(e)S!!!
- Ini contoh tidak baik. NSFW, 18SG.
- Kadang-kadang aku tensen buat coding debug crash, buat coding debug crash...
- Kalau kat kilang aku stress aku sepak je tangki minyak ke, baling sepana ke, hisap rokok banyak-banyak kat kantin ke...
- Kalau buat coding ni xkan aku nak sepak laptop aku pulak?
- No wonder gaji programmer manthop-manthop khabarnya...
Saturday, November 15, 2014
Mung tau ke dok? Mung jangan wat bijok mung! Natang nim....
- Hai.
- Kamu dan kamu serta kamu senang cerita kamu-kamulah semua, semoga sentiasa dirahmati Tuhan yang mencipta Adam, Isa, Firaun dan The Great Muhammad.
- Hari ini saya nak bercerita tentang ketahuan lawan kebijaksanaan.
- Apa itu ketahuan?
- Samakah dengan kebijaksanaan?
- Sebenarnya ada perbezaan. Ketahuan ialah asas kepada kebijaksanaan. Jack Bass kata knowledge is the basic to the wisdom
- Quote paling popular dikalangan omputih adalah "Knowledge is knowing that a tomato is a fruit. Wisdom is not putting it in a salad.
- Kalau versi Jawa Melayu kacuk Jerman-Anglo-Italian macam aku ni pulak, Pengetahuan ialah tahu log in Facebook. Kebijaksanaan pulak ialah tidak log in Facebook lepas tu promote skim Log In Facebook Hari-Hari sambil menyikat bulu ari-ari dapat Rm1000.
- Annoying duhz. Ko post gambor duit cenggitu.
- Ok macam biasa. Korang nak lagu Taylor Swift lagi ke di penghujung rancangan ini?
- Tukarlah. Kita dengar lagu Lorde plak. Dahlah comel. Lagu unik plak tu. Pergh..ni kalu aku dapat Lorde ni, mau sampai dari Tanjung Sepat orang datang majlis ni...bwahahahahaa..mimpilah...
Thursday, October 30, 2014
dejavu wak lu 2.0
- Aku pernah menulis tentang dejavu wak lu di entry terdahulu di sini.
- Malam semalam, aku tidorlah macam biasa.
- Pastu paginya, bile aku tengah menikmati pancuran shower, teringat mimpi malam tersebut.
- Dalam mimpi tu, jelas kelihatan kelibat ex-bos aku di kampeni Swiss dalam keadaan serabut, clerk aku pon sama, bebudak teknisyen pon sama...dalam mimpi aku tu bila aku menyapa sengsorang, muka masing-masing stress
macam Zita x puas hati Melina kawen dengan Luqman dalam cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna. - Nak dijadikan cerita, tengaharinya lepas waktu lunch lebih kurang sambil aku tengah buat-buat produktif depan komputer sebab bos aku duduk belakang meja aku je, dapat sms daripada ex-teknisen aku tu.
- Dia mintak aku kirakan kapasiti vane pump daripada flowrate begini kepada flowrate begini.
- Setelah memberikan sedikit tips secara jarak jauh truttuuut truutuu tuuutuuutuuuutt (bunyi gelombang CDMA Celcom aku anta SMS. Orang maqam lebih tinggi daripada Ayah Pin je boleh dengar bunyi gelombang tersebut) aku pon tanya kenapa beliau mintak tolong aku yang jauh padahal setahu aku dorang ada 2 engineer kat site plus 1 engineer (ex-boss aku).
- Die pon citer sorang engineer tengah cuti kawen, sorang engineer x ingat plak aku die cakap apa tadi, ex-bos aku tgh pening sebab dandang masalah habis satu plant x dapat jalan sebab polis keselematan industri (JKKP) x bagi repair, suh tukar baru dandang. Mau x pening, plant ni penting sebab die produce minyak sawit berkualiti tinggi (minyak kaler merah macam brand Caroteno kat pasaraya tu ha..minyak ni mmg mahal weh rega die) pastu customer order pon bortingkek-tingkek.
- Agaknya talian telepati aku x potong lagi kut. Tu boleh sampai ke alam mimpi tu..
- Papehal layan lagu Taylor Swift sattuuu......
Saturday, October 18, 2014
Beatch!
- Kadang-kadang aku x paham, kenapa gadis ayu perlu bertukar menjadi seekor Beatch.
- Adakah kerana kurang kasih sayang?
- Adakah kerana mengidam kasih Bad Boy?
- Adakah kerana Beatch is cool?
- Banyak gak gadis-gadis Melayu nak berubah menjadi Beatch sekarang ni.
- Haram jadah betol.
- Aku sebenarnya nak meluahkan ketidakpuasan hati.
- Sebab gadis-gadis penyanyi Hollywood banyak dah bertukar menjadi Beatch.
- Dulu ada Britney. Sapa boleh lupa watak suci ayu beliau di awal-awal kemunculan. Lagu Ops Aku Terlajak Lagi, Debik Saya Sekali Lagi, Kengkadang, Bertuah, Saya Dilahirkan Untuk Menggembirakanmu dan beberapa lagi lagu zaman suci ayu. Mula menjadi Beatch dengan lelagu seperti Terlebih Melindung, Toxic, Duet dengan Kabbalah Madonna..hampa ko tau x..hampa...
- Ni yang terbaru, Taylor Swift..haram jadah..masih terngiang-ngiang gemersik suara gadis Country mengalunkan bait-bait lagu "We were both Young, when I first saw you....". Aku ingat lagi saat pertama mendengar lagu "Love Story" ni..Zaman tu aku bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di salah satu IPTA di Bangi. Waktu pagi nak pegi pejabat sambil memandu gaya-gaya bapak Tohui yang tengah mabuk dekat jalan dari Pusat Nuklear ke UKM tu..tiba-tiba kuar lagu ni kat Mix.FM. Zaman tu mana ada Shazam bagai nak detect lagu sapo ni...henset Samsung pun orang x pandang zaman ni..zaman tu sapa pakai Samsung poyo...bahaha..zaman ni zaman kegemilangan Motorola henset lipat-lipat ko tau x..bahaha..ko tau x azab die nak tau sape penyanyi lagu tu...sifat ingin tahu yang membuak-buak membuatkan aku tidak konsentrasi bekerja satu hari ko tau...sekarang tgk apa dah jadi dengan Taylor Swift ni..lagu terbaru Shake it off...tgk video klip die masya allah..x Shariah compliance langsung..nak kata Christ compliance pun macam susah jugak...
- Tapi revolusi Beatch paling dasat pada aku setakat ni memang milik Hanna Montana...ko tau x lagu The Climb, Party in the USA...ni zaman ngetop die masa muda-muda polos..sekarang mashallah...Miley Cyrus dah macam apa dah dengan video klip lagu-lagu terkini beliau..ingat x bagaimana beliau berayun dengan bandul dalam video klip Bola Yang Memusnahkan?
- Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama melayan dan menyokong lagu Dato' Siti Nurhaliza dan Allahyarhamah Sharifah Aini. One thing, aku memang salute gile dengan Allahyarhamah Sharifah Aini, kalau kau dengar betul-betul alunan suara die.memang ko boleh rasa ada X-Factor di situ...
Tuesday, September 16, 2014
"Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?"
- Hai Bedah dan Bedul yang sudi melawat dan menyinggah belog hamba ini, semoga sentiasa dalam limpahan dan lindungan Tuhan hendaknya.
- Hari ini, aku nak berkongsi sedikit berkenaan sistem pengoperasian telefon pintar berasaskan Android.
- Ape bende Android? Android adalah satu sistem operasi telefon pintar berkonsep sumber terbuka (open-source) yang tidak dimiliki tapi diurusselia oleh pihak Google dan Open Handset Allience (Persekutuan Telefontangan Terbuka-ni aku translate direct, jangan percaya mahupun rindu sampai 200%).
- Android dilepaskan (released) pada tahun 2007, bulan di mana Guns n Roses sentiasa melayan jiwang di bawah pancuran November Rain.
- Tahukah anda, kebanyakan orang percaya, lambang Android diinsipirasikan daripada rekabentuk robot R2-D2 dalam siri Enamlogi Star Wars. Siapa x pernah tengok Star Wars maknanya x cukup syarat hidup. Star Wars ada beberapa watak seperti Anakin Skywalker yang bernikah dengan Padme lalu melahirkan anak bernama Luke Skywalker. Anakin Skywalker adalah calon Jedi yang paling berbakat tapi kerana George Lucas nak jadikan die seorang watak jahat superior dan cool maka die kemudian menjadi Darth Vader. Sebab tu ada satu scene dalam Star Wars ada Darth vader membuat pengakuan kepada Luke Skywalker "I'am your father". Baiklah, kita tinggalkan dahulu cerita Star Wars.
- Android cukup terkenal dengan codename berbentuk makanan pemanis. Mungkin kerana mereka terpengaruh dengan ayat-ayat adik manis ataupun mungkin para programmer ni memang suka makan benda-benda manis.
- Berikut adalah senarai versi-versi Android:
- Alpha (1.0)
- Beta (1.1)
MamakCupcake (1.5)DunkinDonut (1.6)- Eclair (2.0-2.1)
Tutti FruttiFroyo (2.2-2.2.3) -Froyo adalah singkata Frozen Yogurt nox..- Gingerbread (2.3-2.3.7)
- Honeycomb (3.0-3.2.6)
- Ice Cream Sandwich (4.0 - 4.0.4)
- Jelly Bean (4.1 - 4.3.1)
Zizan RazakKitKat (4.4 - 4.4.4)- "L" (developer review) - android terkini. baru sahaja dilancarkan semasa Google I/O beberapa bulan lepas. cakap-cakap belakang mengatakan L tu codename untuk "Lollipop". Mungkin dijangka akan disumbat ke dalam peranti tidak lama lagi.
- Okey kembali ke nombor 1 sebab aku x pandai nak sambung no 7 ke no 8.
- Android codename Honeycomb dibangunkan khusus untuk tablet. Sebab dalam API (Application Programming Interface) Honeycomb ada tambahan untuk sokong Fragment. Kelebihan Fragment ni adalah kau boleh muatkan dua antaramuka dalam satu screen . Maklumlah, tablet kan saiznya besar, ada yang saiz 10", 7". Jadi selain berfungsi sebagai dulang angkat air untuk dihidangkan kepada tetamu, pemilik tablet bolehlah mengoptimasikan saiz permukaan screen yang luas ittew.
- Tetapi, peranti yang menyokong android 3.X tidaklah banyak. Selepas daripada itu, semua versi selepas Honeycomb menyokong penggunaan Fragment.
- Korunk pernah dengar telefon Android chap Nexus tak? Paling terkini Nexus 5 keluaran LG. Baiklah, telefon cap Nexus ini adalah telefon Android sejati (pure android) keluaran Google dengan kerjasama beberapa pengeluar telefon. Antara pengeluar yang pernah keluarkan model-model Nexus ni adalah HTC, Samsung dan LG.
- Telefon rangkaian Nexus ni memang dibangunkan untuk kegunaan para developer. Sebab itu mana-mana android update terbaru memang akan terus dapat kat pemilik telefon model Nexus. Tak caya pegilah tanya apek-apek jual tepon kat Law Yat ke, Terminal One ke. Kalau dorang tak tahu korunk lehlah tanya Lebai Google.
- Tulang belakang Android adalah Java. Seperti iOS, tulang belakang mereka adalah C/C#.
- Android ini sebenarnya banyak dipopularkan oleh gergasi Korea Selatan Samsung. Berapa banyak telefon Samsung pakai OS Android?
- Android juga bercadang mengembangkan applikasi mereka. Kini mereka sibuk dengan Android Wearable ( Wearable ni adalah nama glamor untuk peranti macam smartwatch tu, maksudnya kita boleh pakai kat badan kita sebab tu lah dipanggil Wearable wahai bedah dan bedul sekalian ...hohoho). Androd dalam bentuk TV (talibesen) pon dah mula banyak sekarang ni. Industri automotif pon dan mula nak menerima Android ni.
- Sebagai penutup bichara, marilah kita bersama-sama tidak mengabaikan pasangan kita walaupun kita ada smartphone Android yang power-power, takut nanti isteri kita tergumam dalam hati "Sebenarnya Saya Isteri Dia..tapi kenapa die macam tidak menganggap sebenarnya saya isteri dia?" sebab si suami sibuk layan game Clash of Clans waktu tengah makan sama-sama kat kedai Mamak
Cupcake.
Monday, July 7, 2014
iDeas
- Berdasarkan kepada beberapa pemerhatian diri sendiri, aku dapati ada 3 situasi dan lokasi yang membuatkan kepala hotak aku penuh dengan idea-idea.
- Satu, sewaktu membuang air besar di bilik air rumah aku sendiri.
- Dua, sewaktu aku sedang mandi di bawah pancuran shower.
- Tiga, sewaktu aku nak tidur di waktu malam di mana membuatkan aku amat sukar untuk melelapkan mata walaupun dah masuk bilik tidur awal (lebih-lebih lagi Ahad malam Isnin) dan akhirnya membuatkan aku seperti tidak cukup tidur.
- Masalah utamanya, bila aku berada di luar kondisi dan lokasi di atas, secara automatik idea-idea itu seems to fade away, gone with the wind omputih cakap.
- Perlukah aku menggantung whiteboard di bilik air rumah aku sendiri?
Saturday, July 27, 2013
Quit playing game with my heart
With my heart...
Korang mesti tau kan ni lirik lagu siapa...
Jangan buat2 x tahu..
Tak baik menipu di bulan pose ni..
Hahahaha...
Xde kaitan pon lirik lagu tu dengan posting kali ini..
Kali ini aku nak berposting pasal quit smoking.
Every ramdan I will tell myself that this is the start for a better health..
Yes..i must do it this year..
But every year it has failed...
Maybe I need to be at where there are no cigar at all...
Ku mengharapkan ramdan kali ini penuh makna...
Agar dapat kulalui dengan sempurnaaa....
Tuesday, January 1, 2013
2013 M
- Alhamdulillah, hari ini 1 Yinayir 2013 M.
- Berjaya hidup dengan izin Rabb sehingga saat ini.
- Berjaya menjadi salah seorang survivor 21 Disember 2012.
- Berjaya melepasi hari2 yang dikatakan gelap selama 3 hari pada bulan 12 2012.
- Masih belum bercita-cita nak menjadi duet lagi pada tahun ni.
- Bercadang hendak bertukar profesion secara serius, seserius blog serius kelolaan Obefiend.
- Nak tido kejap lagi
Thursday, December 20, 2012
Passion8
- Ah ya. Keputusan PMR 2012 telah diumumkan. Maka bercemperalah pelajar-pelajar ke sekolah masing-masing mengambil keputusan. Ada yang gembira, sedih, kecewa, terkejut, pergi sekolah amik result dgn kawan2 sebab nak isap okok dalam perjalanan je dan juga ada yang Aiman (x kisah).
- Aku dulu amek result satu keluarga. Dapat result 8A you..tapi bukan straight A's sebab sekolah aku kena amik Bahasa Arab, wajib. Apa yang x dpt A tu? Biarlah Rahsia kata Latuk Siti..hahaha..Gua dulu lepas dapat result terus moral down beb...sepanjang perjalanan balik rasa dunia ini sudah kiamat (masa tu belom kecoh 21122012 dunia kaput)...padahal 8A tu, memember aku ada yang dapat x byk A pon gembira x terkata macam terlepas hukuman mati akibat dituduh memijak gambar First Lady of Malaya. Mungkin ekspetasi (ini ada pencemaran Bahasa melayu) aku masa tu nak dpt straight As sangatlah tinggi, setinggi harapan Ah Jib Gor diberi mandat selepas PRU13 ni..untuk mengambil hati aku, arwah mak aku ajak abah aku singgah Warta (sekarang dah xde Warta kt Bandar Baru Bangi ni, dah jadi Giant), maka beliau pon membelikanlah aku sehelai baju melayu yang bagi aku amatlah mahal pada masa itu. Kainnya sedap dan selesa dipakai, sulamannya cantik menarik tertarik. aku masa tu buat x tau je, mak aku yang bersungguh2 pilih baju tu...yelah..orang tgh moral down kan..macam orang putus tunang..hahaha
- Jika ada kalangan keluarga anda yang tidak mendapat keputusan 'warna yang terbang' dalam PMR kali ini, janganlah dipandang rendah keupayaan mereka. Mungkin pasiion8 mereka bukan pada bidang akademik. Sape kate budak yang xdapat keputusan cemerlang, gemilang, terbilang
UMNO terus mara untuk rakyat malaysiatidak mampu berjaya dengan sangat cemerlang dalam kehidupan.Yang penting passion. - Aku dulu sangat meminati bidang IT, komputer dan sebagainya. Kira kalau dapat benda2 ni semua boleh lupa waktu makanlah. Lepas SPM dah start berjinak2 dgn coding2 website (masa tu pakai frontpage jew..titew tater tuit nak beli cd cetak rompak software yang banyak2 tuw..nyampah x baca ayat itu tadi..tite pon nak jadi Boboiyot gak skali skala..wakaka).Aku dulu siap bercita-cita nak melanjutkan pelajaran di menara gading dalam bidang IT. Namun atas racunan sepupu sepapat, pakcik makcik di skeliling yang mengatakan graduan IT xde masa depan yang cerah, tgk berapa ramai menganggur sekarang (sekarang itu adalah 10-15 tahun lepas, benar masa itu graduan IT amat susah nak bekerja dalam bidang tersebut, mungkin keadaan semasa yang kurang peluang, x macam sekarang.) aku pon memilih bidang kejuruteraan.
- Setelah hampir tiga tahun bersepak terajang main minyak, sepana, ratchet, impact hammer, mandi minyak, pukul 4 pagi orang telepon kena masuk kilang,terantuk kepala pada steel beam dan banyak lagi, aku rasa macam passion8 aku dah semakin menurun.
- Dan kini yang terbaru, aku dan sorang insan bercadang hendak memeriahkan lagi industri IT di malaysia ini lagi. Kami ada satu projek tapi untuk sementara waktu, kami bercadang untuk membuat pilot website dulu untuk melihat keberkesanan dan kelicinan arah tuju matlamat projek kami.
- Sudilah kiranya anda pembaca belog saya sekali lagi menyokong saya. Insya allah kalau saya jadi jutawan macam mark zukerberg, saya akan belanja anda makan siput escagort. Kalau anda tidak lalu untuk makan siput escagort, xpe saya belanja siput sedut masak lemak cili api...meleleh lah pulak salive ni terkenang2 siput sedut masak cili api yang manthop...
- Dibawah ni saya nak kongsi salah satu material yang ada dalam website baru itu, sudilah kiranya anda menggunakan perkhidmatan kami yang percuma ini ye...
- nama website itu www.ikongsi.com..kongsi-kongsi mari bicara....eh itu lirik lagu kongsi gelap..tapi saya bukan ahli kongsi gelap..saya cuma ahli kumpulan wang simpanan pekerja sahaja..haha
Wednesday, November 21, 2012
Shit!
- Arini gua pegi sepital kerajaan. Nak amik MC sebab malas gi keje. Ye. Sile jgn tiru mcm saya. Jumpe dokter buat muka seposen kata cirit birit. Tapi mmg btol pon gua sakit perot pagi tadi.
- Ditakdirkan, gua dapat doktor yang sama yang check gua sebab x sihat mggu lepas.
- Mggu lepas gua memang betol x sihat, siap buat bloodtest, urinetest dan juga x-ray.Dah macam buat medical cekap nak masuk keje DOktor cakap ade infection dalam lung gua belah kanan.
- Sembang2 dgn doktor tadi, tercakap plak yang tmpt gua keje skrg ni byk gile taik burung
- Teros doktor mcm x puas hati kenapa x bagi tahu info ni mggu lepas sambil beliau mendakwa beliau dah tanya gua mana tmpt gua keje. Gua pon x puas hati cakap balik memang gua dah bitau die nama tmpt gua keje skrg.
- Doktor pn bitau ni mungkin punca utama gua kena infection dalam paru2 gua.
- Kalau korang nak tau, tmpt gua keje mmg byk gile taik burung. Gua pn xtau kenapa burung2 tu suka lepak kat tmpt gua keje skrg sambil qadha' hajat secara berjemaah.
- Jilaka tol. Sedasat2 tmpt lama gua dulu, yg environtment berdebu macam musim jerebu, gua x pernah x sihat sampai dekat 4 minggu. Tmpt keje skrg ni boleh plak buat sakit camni.
- Secara jujur, gua dah igt dgn jelas kedudukan dekat Jabatan Pesakit Luar sepital kerajaan tmpt gua. Smp brader yg ditugaskan utk amik darah pon dah kenal gua. Mana xnya, tiap minggu muka gua je yg amik darah. Gua bet makcik cleaner tu pon dah perasan kehadiran muka gua yang iras2 macam penasyid kumpulan Brothers tu.
- Ada juga gua resign bulan depan ni. Duit boleh dicari, tapi masalah kesihatan jangan mengada2 nak gi cari!
Tuesday, November 20, 2012
R.D.T
R.D.T utk kematian semangat saya dalam kareer saya...........
Sok kena gi keje..Dafak tol...
Thursday, September 20, 2012
inspira
Apekah yang memberi inspira-si anda dalam ngeblog?
Bagi aku, aku mula menaiki kereta inspira buat pertama kali semasa bekerja di tempat lama. Masa tu member aku baru beli kereta inspira. Apa yang aku suka pasal inspira ni pasal sound system die. Ade additional function tuned by arkamys (kut kalau x silap). Die punye output masyallah, enak banget. Tapi kalau x activate arkamys tu, sumpah, sound system kancil aku lagi best rasanya.
Baiklah, kembali kepada pangkal jalan. Terima kasih kerna terus membaca posting ini walaupun aku memang suka mengarut. I love you my preng preng preng bunyi motor jipang jiran sebelah rumah cik bedah.
What inspired you in blogging? Cewah cakap london plak. Mentang2 duke and duchess of cambridge baru lepas datang malaysia makan nasi lemak 1malaysia kan?
Bagi aku, ade seorang mamat ini yang membuatkan aku gemar ngeblog. Aku mula mengenali blog beliau semasa tahun 2007. Zaman aku muda remaja. Lepas baca kisah hidup beliau, aku terus semangat setup satu blog. Tahukah anda aku ada blog dalam platform wordpress. Alamat blog tu adalah ejaan nama kedua aku gabung nama bapak aku tanpa bin, tetek wordpress tetek com.
Haaa...ko terus type kan kat address tu? Pastu xleh access sebab set private kan? Kan? Memang aku sengaja buatkan private. Banyak sangat kisah2 yang kalau aku baca sendiri pon membuatkan aku blushing sendirian dengan kekurangmatangan gaya penulisan aku zaman2 tu.
Ape? Ko x teringin pon nak type address belog aku tu? Xpe, aiman x kisah pon.
Alkisahnya, mamat tu setart ngeblog seawal tahun 2000 lagi. Di zaman tu manalah orang tau sangat pasal belog2 ni. Zaman tu paklah pon belom setup warkahuntukpm dot com dot my lagi, apatah lagi belog 1malaysia garapan ah jib gor. Xde. Zaman tu orang lebih gilakan mirc daripada blogging. Ala, mirc yang ade channel #kampong, #mamak dan bla2 lagi.
Mamat tu orang banting. Java. Tinggal di provinsi berdekatan kilang lama aku kerja. Melanjutkan perjalanan kehidupan di fukushima, jepang. Even tagline die pon dari bangladesh ke fukusima. Ok, aku tipu kamu. Dari tempat tinggal die ke fukusima.
Aku memang layan abis citer2 die masa aku mula2 terdrop by kat blog die pada tahun 2007 itu. Aku siap download koleksi tahunan die yang telah beliau garapkan dalam bentuk pdf. Asyik gile aku baca koleksi post2 die, kalah gaya aku baca jurnal 3 helai yang pensyarah aku bagi masa suruh csri bahan utk letak dalam Fyp aku.
Cerita bagaimana kesusahan beliau semasa zaman remaja, kisah hidup beliau di jepang, kisah hidup die di bangthing, kisah hidup die lepas grad, kisah hidup die masa awal2 cari keje, pendek kata semua tentang dielah. Even sehingga dia bertugas sebagai ekspatriat di majapahit sekarang ni pon masih aku ikuti.
Aku xtau kenapa aku masih setia follow belog beliau sehingga hari ini. Nak kata ade gambar2 seksi zarina anjoluie lalucah tunjuk lurah payudara macam dalam belog2 hiburan picisan xde plak. Nak kate die ade update cerita sensasi rita rudaini dan laki die x abis2 gaduh dalam twitter sampai ke sudah macam dalam belog beautiful nara xde plak. Ntahlah, sukar untuk aku describe kenapa aku suka follow belog beliau. Mungkin perasaan cinta dan suka itu tidak memerlukan sebab kut?(oh my ahadiat akashah lagi!)
Baiklah, aku nak share alamat belog beliau. Iaitu bluehikari.net. Beliau dikenali sebagai rudy. Kalau xsilap kisah die pernah masuk dalam surat khabar beberapa tahun lepas.
Oh ya, aku bertindak sebagai silent reader belog beliau sahaja. Aku tidakla berahi memberi komen2 posto belog beliau. Baiklah, jari pon dah letih. Aku pon permisi dulu.
Sebagai ucapan penggulungan, agak2 boleh x kalau aku nak buat tag2. Lama gak x tag2 dalam posto belog ni. Asik main tag2 gambar kat fesbuk je..mwahaha...jadi, aku ingin ngetag kamu2 yang ade dalam beloglistbaku kat sebelah dengan tajuk 'what inspired you blogging'. Mwahahahahahahaha....jawap jgn x jawap.
Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamulaikum warhmatullahiwabarakatuh....
Teettty....transmission end



