Showing posts with label Tajdid Paradigma. Show all posts
Showing posts with label Tajdid Paradigma. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

of apps and engineering


  1. Sekarang saya tengah mendalami ilmu membina mobile apps.
  2. Saya sekarang mengfokuskan kepada pembangunan apps untuk OS Androids kerana Apple sangat kedekut untuk tidak membenarkan saya dan orang lain menginstall SDK ke OS selain Apple OS semudah menginstall SDK Android ke iOS, senang cerita kau kena ada macbook atau imac, dan harganya sangatlah mahal..pfft..
  3. Cita-cita saya ialah membangunkan apps untuk kegunaan Kejuruteraan Penyelenggaraan. Pada bulan Ogos lepas, dengan izin tuhan Allah saya telah terpanggil untuk membentangkan kertas kerja di hadapan panel untuk program SUPERB Teraju di MaGIC Cyberjaya. Jika ada rezeki, dapatlah saya terpilih ke pusingan separuh akhir yang dijangka diketahui paling lewat minggu depan. Kalau tiada panggilan maknanya saya tidaklah berjaya ke separuh akhir untuk kali ini.
  4. Saya telah mempelajari bahasa pengaturcaraan Java sejak beberapa bulan yang lepas dalam usaha untuk memahirkan diri dengan pembangunan apps untuk Android ini.
  5. Jika segalanya lancar, saya bercadang ingin membeli Facebook, kemudian menukar namanya kepada Mukabuku. Barulah 1Malaysia.
  6. Jika segalanya kurang lancar, saya akan membuka syarikat kecil-kecilan untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan apps untuk rakyat Malaysia amnya dan Bumiputera khususnya. Mengikut perancangan saya, saya kini berada pada tahap 10% daripada rancangan perjalanan saya.
  7. Insya allah jika segalanya lancar, saya akan mula berniaga paling awal permulaan bulan oktober 2014 ini.
  8. Jadi kepada kalian, nantikan kemunculan saya sebagai pembangun apps untuk anda.
  9. Sekian terima kasih untuk post kali ini..

Sunday, August 7, 2011

Muqaddimah penentu Natijah.

  1. Sempena kedatangan Ramdhan Kareem ni, aku nak kurangkan skit post-post parody, rusty jiwang, luahan perasaan, cakap lepas dan yang sewaktu dengannya..Insya Allah bisa...hehehe
  2. Muqaddimah penentu Natijah. Ape benda ko ngarut ni Wong Lanang?
  3. Ok2...pernyataan di atas boleh ditafsirkan sebagai 'Apa yang kita mulakan akan menentukan hasilnya di akhiranya nanti'. Jadi, hendaklah senantiasa kamu merancang dengan sebaik2nya sebelum memulakan sesuatu perkara. Lebih afdhal kalau disertakan dengan back up plan andaikata rancangan kita itu nanti tidak selancar apa yang dirancangkan. Maklumlah, kita kan cuma manusia...Enggak ada yang perfect bapak2 dan ibuk2 sekalian ya...
  4. Kepentingan merancang dengan baik memang sangat penting. Sekadar memetik bunga di taman larangan ayat-ayat orang london yang berbunyi lebih kurang macam ni "If you fail to plan, you plan to fail"...
  5. Macam aku sendiri..aku akan pastikan Hari Isnin (atau hari pertama aku nak masuk opis) setiap minggu aku sampai seawal mungkin ke pejabat (gila ko pomen pon ada pejabat)..Kerana bagiku hari pertama aku bekerja dalam minggu itu sangat penting. Ia boleh memberi kesan kepada hasil dan kosentrasi kerjaku secara tidak langsung..Ini realiti dalam rutin hidupku..kalau aku terliwatlewat katalah beberapa minit untuk hari pertama ini...insya allah kedatangan aku akan terus lewat sehingga ke hujung minggu..walaupun hanya 3 minit lewat...akibatnya, bila check kedatangan online dekat kolum Late Attendance akan ada figura2 seperti +5, +3, dan sebagainya...dasyumm~~~
  6. Dalam konteks Ramdhan kareem begitu juga. Kita tahu Ramdhan kareem datang setahun sekali. Ramdhan kareem ini umpama suatu pesta spesel kurniaan Murabbi kepada hamba2 sahayanya...sama macam pesta Jom Heboh anjuran kumpulan media prima dengan niat untuk memberi penghargaan kepada para peminatnya sehingga membawa kepada punca kemaksiatan dan kelalaian...Kalau jom heboh ada konsert, jualan murah, acara peluk-peluk artis sambil tangkap gambar...Ramdhan kareem pon ada program yang ditawarkannya...antara acara2 yang ditawarkan Ramdhan kareem adalah program Terawih di malam hari yang di mana pada masa bulan-bulan lain tak wujud solat sunat Terawih, dibukakan semua pintu Syurga, ditutup semua pintu Neraka, diberhentikan sementara waktu segala macam seksa kubur kepada para pesalah, bonus pahala melampau2 untuk segala macam kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan ini dan yang pastinya acara kemuncak iaitu mencari Malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh Allah sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan...Oleh yang demikian, amat penting bagaimana kita bermula semasa menyambut Ramdhan. Amat penting kita melatih (lebih elok kalau memaksa) diri untuk berterawih seawal minit pertama di malam pertama di bulan Ramdhan...takut ketinggalan siri Gossip Girls Season 4? Jangan risau, dengan kemajuan internet kita bley tgk streaming anytime...Maaf nak cakap..budaya kebanyakan orang Melayu ini memang begitu membara semangatnya, sehangat tahi ayam fresh yang baru mencecah ke tanah...Awal Ramdhan masjid boleh cecah berline-line safnya...masuk minggu ke-2 ramdhan boleh nampak dah skit kurang dan seterusnya mencecah malam 10 terakhir..boleh kira berapa ramai yang masih gagah ke masjid...malam-malam akhir ramdhan kebanyakan Bani Melayu terkorban di bazar2 mencari barang2 nak raya, nak anyam ketupat cinta sambil ngumpat2 skit2, nak jahit langsir, nak tukar sarung kusyen, nak bakar kuih berloyang-loyang, nak bakar lemang berbatang-batang....
  7. Jadi bagaimana dengan semangat mencari Lailatul Qadar di malam 10 terakhir..xkan cuma ostat2, lebai2 dan pak imam je yang tinggal berjuang mencari Lailatul Qadar, sedangkan Bani Melayu yang lain Ramdhan terakhir sekadar ala kadar asalkan Lebaran kita paling osem.....Jadi sempena Ramdhan 1423H ini, marilah bersama2 kita selaku Bani Melayu yang mengaku Islam menunaikan Solat Terawih, kalau enggak bisa berjemaah di musolla pon, cobalah buat sendiri di rumah2 anda..pastikan kita senantiasa merebut peluang malam terawih yang dijanjikan seribu macam kebaikan dan rahmat oleh Tuhan....
  8. Oh ya..walaupon aku adalah Jawa Jerman, tetapi masih tergolong dalam rumpun Bani Melayu..jadi posting ini secara x langsung sebagai peringatan kepada diriku jua..kerana........Melayu Mudah Lupa...
  9. sekian terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca posting ini....


Tuesday, May 24, 2011

The 100th post: The Promised Land

Fuh..memang aku kagum dengan diri aku sendiri kerana berjaya membuat posting yang ke 100...Clap..clap..clap..












Baiklah, untuk tampalan (posting) ke 100 ni, aku nak kongsi tentang apa itu The Promised Land..

The Promised Land adalah satu tempat yang istimewa..

Tempat di mana menjadi tanah suci bagi tiga agama utama di dunia zaman berzaman.

Islam, Yahudi dan Nasrani, semuanya pernah memerintah dan memakmurkan tanah ini.

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah tempat pertama kiblat untuk umat yang menyembah Allah.

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah tempat lahirnya Isa Ibnu Maryam, di Baitul Laham..

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah kebanyakan nabi-nabi dari kaum Yahudi dimakamkan..harus diingat, kaum Yahudi ini adalah kaum yang paling banyak diutuskan para Nabi dan Rasul...

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah pernah menyaksikan peristiwa Genocide oleh para kesatria Nasrani semasa mereka mula-mula sekali menakluk tanah suci ini...

Di Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah melihat bagaimana hebatnya Saalahudin Al-Ayubi memimpin tentera Islamnya dalam kemuncak Perang Salib yang berlangsung menghampiri 2 abad...

Kerana Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah, salah seorang Khalifah Khilafah Uthmaniah pernah bersumpah untuk mempertahankan setiap inci tanah ini dengan nyawanya daripada dimiliki oleh Zionis Laknatullah semasa di era penghujung zaman kegemilangan Uthmaniah...

Kerana Tanah Yang Dijanjikan ini jugalah, berapa ramai para Amir Dunia Islam masa kini yang begitu lantang menunjukkan kepada dunia betapa Islamiknya mereka menjadi lemah longlai...

Di Tanah Yang dijanjikan ini jugalah menjadi saksi kebenaran perjalanan Muhammad ke langit, apabila sehingga kini batu yang ingin mengikut Baginda masih terapung2 tanpa sebarang tongkat ataupun tali...

Di Tanah Yang dijanjikan ini jugalah, betapa dunia Islam disajikan berita kebimbangan runtuhnya Qiblatul Ula dek kerana kerakusan Zionis menggali mencari Haikal Sulaiman..






Nah. Andai seluas lautan dijadikan tinta, andai saujana mata memandang warkah yang disediakan, belum tentu akan mencukupi untuk mencoretkan segala bait-bait kisah berkenaan Tanah Yang Dijanjikan ini....

Dan kini, betapa Tanah Yang Dijanjikan ini menjadi bukti sabda Muhammad yang antaranya bermaksud umat Islam di akhir zaman itu seperti buih di lautan. Meriah tapi lemah! Betapa Tanah Yang Dijanjikan ini menjadi saksi penindasan umat Islam oleh segerombolan kaum yang begitu obses dengan kehebatan kendiri.

Jadi, sebagai umat yang mengaku Allah itu satu, Muhammad itu pembantu-Nya, apakah peranan yang telah dan boleh kita lakukan? Aku menyeru kepada kalian dan juga kepada 'Man In The Mirror' depan aku ini, supaya kita memberi sumbangan dalam usaha membebaskan Palestin. Andai kita tidak terdaya Jihad Fi Sabilillah bersama Intifada di sana, cukuplah sekadar berdoa kepada Allah. Tiada maknanya seandainya kita sekadar beretorik dengan slogan-slogan dan sticker-sticker di cermin-cermin kereta seandainya untuk menuturkan "Allahumansuril mujahideen fil Falestin" ataupun dalam Bahasa Melayunya "Ya Allah, Kau bantulah para pejuang-pejuang agama-Mu di Palestin" acap usai solat fardhu amat payah!

Kalian boleh terus meluangkan masa mempelajari sirah-sirah Tanah Yang Dijanjikan ini kalau mahu. Untuk rujukan, aku cadangkan juga kalian nonton filem Kingdom Of Heaven. Ini karya Hollywood yang aku rasa lebih banyak jujurnya daripada autanya. Tidak begitu mengobah sirah.






Tajdid paradigma, mulakan langkah kita sekarang. Aku pun bukan perfect tapi sekurang-kurangnya kita saling mengingati..


Sedikit halwa telinga, dengarkan alunan nasyid keamanan ini....








































P/S: sebenarnya aku nak ulas topik lain sempena ulang-tulisan ku yang ke 100...tapi aku rasa nak kongsi lebih isu Palestin ni dulu...tengokah nnt aku letak dalam tampalan ke 101.2563 ke...