Friday, January 21, 2011

Tips Menjimatkan Bahan Api Kereta Anda Sehingga 90%

Kita sering mengeluh kerana boleh dikatakan, saban tahun harga bahan api kenderaan di Malaysia semakin meningkat. Ya, sebenarnya jaminan kerosakan ataupun collateral damage daripada kesan peningkatan harga komoditi ini di Malaysia sangat meluas. Kenapa? Kerana bahan api kenderaan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Komoditi ini amat diperlukan untuk menggerakkan komuniti kita pada masa kini, yang kebanyakannya digerakkan dengan aplikasi mekanikal bermotor seperti motokar, motosikal, bas, keretapi dan sebagainya.

Kita sering melihat dan mendengar, sayugia dengan kenaikan harga bahan api harga barangan lain turut akan terkena tempiasnya. Kalau dahulu kita masih mampu menikmati karipap sebanyak 5 ketul bersaiz medium dengan harga RM 1.00, tapi kini? Alangkan karipap bersaiz mini pon telah dihargakan sebanyak 40 sen seketul. Ini adalah hakikat kehidupan di Malaysia pada masa kini. Mestikah kita menyalahkan makcik penjual karipap itu? Mungkin agak zalim meletakkan segala kesalahan di pundak jemala beliau. Beliau selaku peniaga sudah pastinya memerlukan keuntungan, kalau x sebanyak komisyen pembelian kapal selam terpakai TLDM pun, barang 10 sen sudah memadai bagi beliau. Kita juga perlu memahami konsep perniagaan, di mana untuk meraih keuntungan, perkiraannya adalah seperti berikut, harga jualan - harga kos = untung. Nah disini kita dapat melihat, untuk mendapat untung yang barangkali bernilai 10 sen itu, makcik penjual karipap terpaksa menjual dengan harga yang lebih sedikit daripada harga pasaran karipap di Malaysia untuk tahun kewangan berakhir pada Suku Kedua 2009. Di sini juga kita dapat melihat rasionalisasi di sebalik kenaikan harga karipap ini kerana harga kos yang semakin tinggi.

Jadi, apa kaitannya kenaikan harga kos bahan membuat karipap dengan kenaikan harga bahan api di Malaysia. Memang ada kaitannya. Kedua-dua benda ini saling berkaitan, malah berkadar terus. Kerana apa? Ok. Kembali kepada salah satu pernyataan di atas di mana pada masa kini komuniti di Malaysia kebanyakannya digerakkan dengan aplikasi mekanikal bermotor. Ambil contoh tepung gandum, salah satu bahan mentah utama dalam penghasilan karipap. Sebuah kilang tepung gandum yang berorientasikan ekonomi kapitalis akan sedaya upaya untuk mencapai keuntungan maksimum. Untuk mengangkut tepung-tepung gandum dari stor ke kedai-kedai di seluruh negara,sudah pastinya kenderaan bermotor akan digunakan. Kebiasaanya adalah lori dan van. Kedua-dua jenis kenderaan bermotor ini menggunakan bahan api fossil sebagai sumber utama janaan kuasa. Oleh yang demikian, apabila harga komoditi bahan api kenderaan bermotor dinaikkan atas nama pelarasan subsidi negara, maka secara sukarela dan senang hatinya mereka akan menaikkan harga tepung gandum tersebut, atas alasan untuk menampung kos operasi yang telah meningkat dek pelarasan harga subsidi harga bahan api kenderaan di Malaysia. Ya benar mungkin mereka terpaksa menampung dan menanggung kos operasi yang lebih tinggi, tetapi kebiasaannya mereka akan menaikkan harga melebihi daripada tahap yang sepatutnya.

Tanpa memerlukan Ijazah Kedoktoran Universiti Atas Talian pun kita sudah dapat tahu, semakin tinggi harga bahan api kenderaan di Malaysia, semakin mahallah barangan kita dan semakin susutlah nilai matawang kita. Jangan pandang rendah dengan fenomena karipap kecil yang terpaksa dibayar pada harga yang mahal. Karipap ini boleh dikategorikan sebagai status sosial rakyat Malaysia. Kuih karipap itu sendiri sudah lama mempraktikkan wacana 1Malaysia lebih awal daripada pengasasnya. Lihat sahaja rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu, India, Cina, Jawa, Banjar, Kadazan, Dusun, Temiar dan macam-macam sudah lama menikmati kuih karipap. Status sosial dan sosioekonomi rakyat Malaysia bolehlah diperlambangkan terus kepada nilai kuih karipap itu sendiri, bukan kepada fakta-fakta pernomboran atas kertas tentang GDP, FDi dan sebagainya. Makcik dan pakcik kampung tidak begitu memahami dan arif dengan itu semua. Ambil sahaja contoh yang mudah, kuih karipap. Semakin kecil dan mahalnya kuih karipapnya di Malaysia, semakin susahlah kehidupan kita sebenarnya. Jangan sampai suatu hari nanti, kuih karipap hanya mampu dinikmati oleh golongon-golongan elitis dan aristokrat di Malaysia, sedangkan asal kejadian kuih karipap itu sendiri adalah hidangan yang mampu dinikmati oleh Marhaen pada masi dulunya.

Kembali kepada topik perbincangan utama kita. Cukuplah untuk mukadimah yang berjela-jela diatas. Fikirkan sejenak barang Seminute.com tentang status sosial dan sosioekonomi kuih karipap itu. Ok. Kembali kepada core business kita. Bagaimana menjimatkan bahan api kereta kita sehingga 90%. Harus difahami di sini bahawa kereta adalah salah satu daripada aplikasi mekanikal bermotor di Malaysia, dan kebanyakan rakyat di Malaysia memiliki kereta. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah dan senang untuk mengambil kereta itu sebagai satu bahan kajian kes untuk kali ini.

Sebenarnya telah terdapat bermacam cara, tips dan kaedah yang ditemui dan diamalkan dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar api. Ada sebahagian daripadanya telahpun dibuktikan praktikal dan berkesan, tetapi ada juga yang sekadar myth ataupun mitos sahaja. Antara tips-tips yang biasa kita dengar adalah seperti menggunakan bahan tambahan rawatan minyak ataupun oil treatment dalam enjin kereta kita, menggunakan kedudukan gear yang betul untuk RPM yang betul dan kelajuan yang betul, mengurangkan penggunaan penghawa dingin, memastikan tekanan angin dalam tayar adalah mencukupi, merancang perjalanan, mengurangkan beban yang tidak diperlukan daripada dibawa oleh kereta kita dan banyak lagi. Benar, manusia itu sifatnya berakal dan mereka akan sentiasa mencari akal untuk memberi keuntungan kepada mereka. Hampir kebanyakan tips diatas tidak difikirkan dalam tempoh Seminute.com, bahkan mungkin mengambil masa dan pemerhatian yang lebih lama.

Namun demikian, telah terdapat satu kaedah yang baru ditemui oleh seorang Prof. PHD daripada Perancis yang bakal menggembirakan kita. Lebih membanggakan, kaedah ini sangat sesuai diamalkan di Malaysia, ya hanya di Malaysia, berdasarkan kepada demografi dan habit warga Malaysia itu sendiri. Hasil kajian ini masih dalam peringkat akhir kajian sebelum dipatenkan oleh beliau sendiri. Khabarnya beliau ingin menawarkan kepada mana-mana syarikat Automotif di dunia hasil kajian beliau ini agar dapat diimplimentasikan dalam rekaan kereta mereka pada masa akan datang. Harapannya agar Proton dapat mengambil inisiatif dan bertindak agresif dalam usaha untuk mendapatkan teknologi tersebut. Adapun penulis ingin berkongsi dahulu dengan teman-teman. Tak salah rasanya untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Mana yang baik dijadikan teladan, yang jahanam dijadikan sempadan.

Penemuan ini memang sangat hebat dan menggemparkan industri automatif. Lebih berkesan daripada penggunaan X-1R dan juga Surbo. Bersama dengan post ini aku akan letak bersama beberapa hujah dan rumusan yang telah aku terjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Prof ini memang sangat hebat dan dahsyat, Sehingga kini beliau telah memiliki 8 Ph.D, pengkhususan kepada bidang automatif. Aku akan nyatakan juga sedikit latar belakang Prof ini di akhir artikel ini.

Baiklah. Kajian ini dilakukan dengan mengambil Malaysia sebagai kajian kes untuk meneruskan kajian ini. Kajian ini dilakukan dalam tempoh satu semester. Para pensyarah Prof ini begitu kagum dengan idea dan pandangan beliau dalam menyiapkan tesis dan laporan beliau ini. Aku pun x ingat bila dan kat mana aku dapat laporan ini. Oklah. Kite teruskan kepada intipati laporan tesis beliau ini.

Malaysia, sebuah negara yang terletak di kawan Asia Tenggara. Sebuah negara Islam yang mampu mengeluarkan minyak dan gas dari muka bumi. Malaysia juga telah menjadi antara pemain industri automatif utama di dunia dengan tertubuhnya PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional) pada tahun 1980 an, hasil gagasan dan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan Malaysia. Boleh dikatakan industri automotif di Malaysia dikuasai oleh PROTON di dalam segmen-segmen tertentu. Perkembangan industri automotif di Malaysia memang membanggakan. Di mana-mana sahaja dapat dilihat model keluaran PROTON. Sebut sahaja, Saga, Iswara, Wira, Persona, Inspira? Sesuatu yang sepatutnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berkaya menjadi antara negara umat Islam yang mampu mengeluarkan kereta sendiri. Jualan produk PROTON juga amat rancak di dalam Malaysia. Terima kasih kepada dasar kerajaan yang meletakkan cukai yang sangat tinggi ke atas kereta-kereta import yang berjaya menobatkan PROTON sebagai jaguh kampung untuk tempoh menghampiri dua dekad. Tapi jagan risau, penulis telah dapat melihat perubahan positif dalam produk-produk tempatan PROTON dibawah pengurusan baru.

Malaysia, juga selaku antara pengeluar minyak di dunia, sekali lagi boleh berbangga dengan tertubuhnya PETRONAS, sebuah syarikat petroliam milik negara yang menguruskan segala aset dan komoditi yang berkaitan minyak dan gas di dalam negara dan juga di kawasan luar negara. Ironinya, selaku negara pengeluar minyak, jualan harga bahan api di MAlaysia boleh dikategorikan sebagai tinggi dan membebankan. Telah banyak keluhan dan cetusan ketidakpuasan hati dari kalangan penduduk dan rakyat di Malaysia itu sendiri. Oleh kerana yang demikian, penulis telah melihat ini sebagai peluang untuk melanjutkan dan menjalankan kajian kes berkenaan tesis yang sedang dijalankan ini.

Kajian kes ini mengambil tempat di kawasan utama laluan kereta. Varians lokasi juga di aplikasikan seperti memilih lokasi yang berbeza. Antara lokasi yang dipilih adalah laluan selekoh, simpang tiga, simpant empat, bulatan dan juga jalan lurus. Proses pengumpulan data juga dilakukan mengikut jadual yang dilakukan. Jadual dibahagikan kepada empat keadaan iaitu siang, malam, waktu puncak dan waktu lengang. Untuk menguatkan lagi hujah dan kajian kes, pemerhatian dilakukan setiap Seminute.com semasa waktu puncak. Kaedah persampelan juga dilakukan dalam kajian kes ini. Penulis telah melakukan pemerhatian secara insentif dalam usaha untuk membuktikan hipotesis yang akan dibincangkan kemudian, dengan memerhatikan cara dan kaedah pemanduan rakyat Malaysia dalam usaha mengurangkan penjimatan minyak petrol kereta.

Setelah melakukan segala ujian dan pemerhatian, penulis mendapati bahawa Hipotesis penambahan isyarat elektrik yang berulang dalam selang masa yang singkat, yang seterusnya mencetuskan satu fenomena baru iaitu cas-cas elektropetrolitif (EPF) dan mengakibatkan peningkatan penggunaan minyak petrol pada kereta secara mendadak sehingga 90% lebih banyak adalah BENAR dan TEPAT!

Penulis berasa cukup yakin kerana berdasarkan sepanjang tempoh kajian kes, pemandu-pemandu di Malaysia secara purata telah menyedari fenomena ini dan telah mengambil langkah utama untuk mencegahnya. Mengikut Hipotesis penulis, cas-cas EPF ini HANYA akan dihasilkan apabila terdapat aktiviti penambahan isyarat elektrik yang berulang dalam masa yang singkat. Dan pada sesebuah kereta, punca dan sumber yang paling besar, terang, nyata dan jelas untuk penghasilan cas-cas EPF ini adalah pada lampu isyarat kereta (signal indicator).

Tujuan asal dan utama lampu isyarat dicipta adalah untuk memberitahu niat kita untuk menukar arah, membelok kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Sifat asalnya dicipta berkelip adalah agar dapat menarik perhatian orang lain. Namun tanpa disedari, teknologi dan penciptaan ini telah membawa kesan buruk kepada pemilik2 dan pemandu-pemandu kereta di Malaysia. Mereka menyedari dengan meggunakan lampu isyarat telah mengakibatkan penggunaan minyak kereta meningkat secara mendadak shingga 90%. Kesan ini lebih teruk apabila waktu malam kerana kekurangan sumber cahaya dan menyebabkan cas2 EPF lebih terang dan aktif. Dipercayai kesannya lebih buruk sehingga 2 kali ganda.

Oleh yang demikian, pemandu-pemandu di Malaysia memilih untuk dimaki, dicaruti, terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi dengan mengamalkan gaya pemanduan bebas penggunaan lampu isyarat. Mungkin tekanan dan kesan pelarasan subsidi harga minyak kereta ke atas dompet-dompet mereka telah memaksa mereka memilih gaya pemanduan ini.

Penulis juga berharap untuk meneruskan kajian ini dengan lebih lanjut untuk sesi Ph.D ke 10 nanti dengan mengaitkan hipotesis kadar pecutan dengan kadar pelepasan cas2 EPF. Diharap agar segala kajian ini dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.


Penulis dikenali sebagai Prof. dR. Sir Sam Bang LeBart. Anak jati Perancis dengan beberapa Ijazah dokterat (Ph.D) seperti di bawah:

  1. Ph.D Automotive Engineering ( A theory of Electropetrolitif) from Everyone Online University (2002)
  2. Ph.D Automative Engineering ( Electropetrolitif Disaster) from FrontPC Online University (2003)
  3. Ph.D Mechanical Engineering (Bad Design Signal Indicator) from MyOnlyOnline University (2003) (Dean list)
  4. Ph.D Mechanical Engineering (Why Need Signal Indicator) from Everyone Online University (2004)
  5. Ph.D Automative Engineering ( Indicator, Electropetrolitif) from SureOri Online University (2004)
  6. Ph.D Petrochemical Engineering ( Electropetrolitif & Isotop 333-8) from FrontPC Online University (2004-2005)
  7. Ph.D Automative Engineering (EPF, Good Meh?) from OkLor Online University (2004)
  8. Ph.D Automotive Engineering (EPF, Indicator and Habit ) NotFraud Online University (2008) (1st class Honour)
  9. Ph.D Automotive Engineering (EPF, Indicator and Habit II) NotFroud Online University (2009-2010)




Hebat kan? 9 Ijazah Kedoktoran daripada Online University. Dahsyat.........














####Terima kasih kerana membaca. Jangan Marah..nanti kena jual dengan Abdul Wahub...hehehe = P####

The Good Jewish.

  1. Hari ini hari khamis. Hari Thaipusam. Selaku antara negeri yang banyak kaum India, maka Selangor pon menjadikan Hari Thaipusam sebagai Hari Cuti Umum. Tapi hari ni aku punya cuti umum sudah kena kacau. Tengah syok2 baca komik tiba2 anak buah call, kata ada tangki minyak bocor. Selaku seorang pomen yang dibayar gajinya tiap2 bulan, aku pon tolonglah carikan gam, nak tampal balik penutup tangki yang bocor tu.
  2. Lepas je aku handover gam berteknologi tinggi (mampu tahan suhu setinggi 650 darjah Fahrenheit woo..hahaha) kepada anak2 buah aku yang rajin bekerja untuk bos aku yang bayar gaji dorang tiap2 bulan jugak, aku pon melorongkan hala tujuan aku menuju ke TESCO Banting. Aku cukup suka pergi TESCO Banting lagi2 kalau waktu2 pejabat sebab boleh usha awek2 politeknik yang vogue2..hahaha sebab untuk mebeli dan mencari benda2 yang pelik dan sukar didapati di pasaraya sekitar Banting, biasanya boleh didapati di TESCO. Boleh tahan gak aku berhabis tadi...hahaha
  3. Tahukah anda TESCO adalah sebuah syarikat Yahudi yang berasal dari Negara Imperialis, United Kingdom. Nama TESCO kalau x silap diambil sempena nama binik pemilik TESCO itu sendiri iaitu TESsa COhen. Kalau salah maafkan hamba, sebab hamba malas nak tanya Uncle Google. Satu lagi fakta yang sohih ialah, TESCO di Selangor adalah sangat komited dalam menjayakan Kempen Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Asal hari Sabtu, jangan harap ko nak dapat beg plastik percuma kat TESCO. Kadang2 nak bayar pon dia x bagi, sebab katanya kempen tanpa beg plastik. Nak x nak kenalah beli beg dia yg berharga beberapa ringgit tu. Hahaha..mungkin ada yang skeptikal mengatakan itu hanyalah helah kapitalis untuk mengaut untung di sebalik kepayahan orang lain (maunya x payah, kalau dah ko shopping penuh troli tu x banyak brg ko?) tapi hey..let's look the glass is half full. Secara positifnya, mereka telah mengurangkan pencemaran akibat longgokan beg plastik di muka bumi ini.
  4. Satu lagi, tahukah anda bahawa beg plastik TESCO boleh terbiodegrasi dengan lebih mudah. Dalam bahasa kampungnya mereput dengan sangat mudah apabila dibuang atas tanah. Ini adalah salah satu lagi inovasi yang sangat baik dalam memastikan dunia kita ini tidak terbeban dengan lebih sampah sarap plastik yang sudah diketahui sangat susah untuk dimusnahkan. Plastik konvensional mengambil masa beratus2 tahun untuk mereput di dalam tanah. Selain itu kalau dibakar ia akan terurai dan menghasilkan asap beracun yang boleh mendatangkan mudhorat kepada alam sejagat.
  5. Niat aku mengepost disini bukanlah untuk menjilat bontot Yahudi dan menyokong tindakan dan perniagaan mereka sepenuh hati. Tetapi, x salah kalau kita ambil kelebihan dan teknologi serta ilmu mereka yang bermanfaat. Lepas itu kita gunakan pulak untuk memajukan dan membrikan kebaikan kepada umat Islam. Jangan hanya menjadi Islam yang namanya lebih Islam, songkoknya lebih tinggi tapi joget dangdutnya boleh tahan jugak (ni nasihat utk diri aku gak, cuma bezanya aku x suka pakai songkok, sejak zaman sekolah menengah lagi..hahaha)
Fewit..Tesco kat Kelantan ada tulisan jawi skali tu..ekeke

Tuesday, January 18, 2011

Tips untuk mengelakkan anda menjadi tauke babi secara haram.

  1. Kali ni aku nak kongsi tips untuk mengelakkan anda menjadi tauke babi secara haram.
  2. Secara literasi, kalau anda hendak dikira menjadi tauke babi, anda perlulah mempunyai sebuah syarikat import eksport babi ataupun perniagaan babi tempatan. Oleh yang demikian, anda perlulah mendaftarkan syarikat anda di ROS. Bila anda hendak mendaftar, secara automatik anda akan dikehendaki mengepilkan sekali salinan kad pengenalan. Tahukah anda, sehingga post ini ditulis, untuk membuka sebuah syarikat adalah sangat mudah. Waimah anda tidak perlu untuk membawa diri anda sendiri ke pejabat pendaftaran untuk tujuan itu. Anda boleh mewakilkan entiti lain sebagai wakil kepada anda untuk membuka syarikat. 
  3. Nah! Disitu telah ada kelompongan yang pada asalnya bertujuan untuk memudahkan. Anda boleh dikhianati oleh sesiapa sahaja. Andai kata pada dasarnya Syarikat Babi itu hanyalah topeng, tapi modus operandinya adalah aktiviti pemerdagangan orang, x pasal2 nama anda akan naik dan disoal siasat kerana nama anda telah disalahgunakan.
  4. Zaman sekarang ni, sahabat baik sendiri pon kadang2 byk yang lapar gila, sampai sanggup makan kawan sendiri. Jadi, disini ada satu tips langkah2 pencegahan awal untuk mengelakkan salinan kad pengenalan anda dieksploitasi.
  5. Caranya, sgt mudah. Apabila anda telah sahaja selesai memfotokopi kad pengenalan anda, buat dua garisan serenjang pada salinan kad pengenalan anda. Lepas tu, pada tengah2 garisan seranjangrenjang tu tulis besau2 tujuan salinan fotokopi itu dibuat. Contohnya kalau utk urusan Jabatan Pengangkutan Jalan, tulis JPJ. Untuk urusan Jabatan Bekalan Air, tulis JBA. Untuk urusan elektrik, tulis TNB dan sebagainya. Sila pastikan anda melakukannya pada kedua2 salinan, salinan hadapan dan belakang kad pengenalan anda. Jika anda melakukan perkara sedemikian, salinan kad pengenalan itu hanya sah untuk tujuan yang ditulis pada salinan kad itu. Untuk gambaran lebih jelas, silalah lihat contoh gambau di bawah ini.
  6. Contoh salinan kad pengenalan Iblis masa buat permohonan geran kereta Mitsubishi Lancer Evolution X. Sumber di bocorkan oleh orang dalam JPJ sendiri. Muehehe..
  7. Aku yakin, kalau seseorang itu memang hatinya sangat busuk dan amat suka mempergunakan orang lain untuk tujuan kesenangan diri, beliau pasti akan mencari bermacam2 helah dan cara untuk mengatasinya. Tetapi, paling kurang kita dah cuba untuk menyelamatkan diri sendiri terlebih dahulu. Ingatlah, rambut sama blonde, hati kaler x tentu sama putih......
  8. Terima kasih kepada ex-boss aku yang mengajar aku cara ini. Cara ni aku belajar masa bekerja sebagai mat dispatch kat satu syarikat dulu..muehehe

Tuesday, January 11, 2011

AJL25: Kenapa Siti Nurhaliza Tak Menang Anugerah Persembahan Terbaik

  1. AJL 25 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Januari 2011 Masehi.
  2. Aku mencari2 gak kalau2 ada unsur2 Illuminati a.k.a Freemason yang terang, nyata dan jelas dalam edisi kali ini. Tapi hampa. Tiada. Hahaha...Nampak macam ada unsur2 elemen tersebut gak tetapi dalam bentuk tersirat. Contohnya macam menyanyi dalam sangkar. Oh ya. Entah kenapa aku semacam perasan kebanyakan peserta wanita memakai baju berwarna merah. Apakah mungkin kerana pengaruh Women in Red? Ah..mungkin itu semua hanya mainan perasaan. Mana mungkin mereka berani bermain2 dengan perasaan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Ya. walaupon hampir seluruh umat Islam di Malaysia amat susah menunaikan Subuh di awal waktu, tapi jangan sekali-kali kau mencabar sensitiviti islamik mereka. Pantang! Mungkin itulah kesimpulan yg dapat dilihat oleh mereka2 pada edisi tahun lepas.
  3. Bagi aku persembahan terbaik malam itu ada pada Hafiz dengan tajuk lagu Noktah Cinta. Masa Hafiz perform atas pentas, aku tengah berak sebab perut memulas2 sebab tengah demam2 x sedap badan. Bila aku dah siap berak je, aku tgk abang Botak a.k.a FBI a.k.a Faizal Ismail dok puji2 aksi gimik tembak menembak Hafiz atas pentas. Aku x puas hati best sangat ke gimik tembak menembak mamat rambut gondrong ni? Lalu aku pon membuka Youtube.com untuk memastikan kesohihannya...


Amacam..kelas x?

Sunday, January 9, 2011

Kenapa Aku X Jadi Dokter?

  1. Dokter. Satu cabang pekerjaan yang tersangat mulia. Menyembuhkan penyakit seseorang dengan izin Allah, membantu meringankan derita insan yang lain dalam menghadapi kesakitan.
  2. Dulu semasa aku masih kecil, ada seorang uncle aku ni suka borak2 dgn aku. Topik utama adalah cita-cita aku apabila dah nak dewasa nanti. Sebagai seorang kanak2 yang telah mumaiyiz dan berpandangan jauh, aku cuba untuk melayan sesi perbincangan ilmiah tajaan pakcik aku tu, walaupon dalam hati meronta2 sebab nak join sepupu sepapat aku melakukan aktiviti yang sewajarnya dilakukan oleh kanak-kanak, namun masih lagi tidak melepasi horizon norma2 kehidupan.
  3. Antara intipati halaqah kami yang masih terngiang2 di koklea aku ni, adalah kerjaya sebagai seorang Dokter. Katanya lagi yang jadi dokter ni kat mana2 pon bley cari makan. Dalam bandar, dalam kampong dan juga dalam hutan. Hujahnya, dimana sahaja ada manusia, pasti akan ada masalah kesihatan. Dimana ada masalah kesihatan, pastinya di situ khidmat seorang dokter diperlukan.
  4. Aku pernah juga mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan. Maklumlah, masa tu trial SPM subjek kajihayat berjaya dapat A, sebelom2 ni nak dapat C pon bukan main susah. Terus berangan nak jadi dokter.
  5. Tapi aku tau, jauh di sudut hatiku, aku tidak sesuai untuk menjadi dokter. Walaupon orang lain boleh berkata kepadaku yang aku mampu utk lakukannya, namun aku tetap cakap aku x boleh. Kenapa? Sebab ini adalah diriku dan aku taulah tahap kemampuan dan minatku.
  6. Sebab pertama aku x jadi dokter. Aku takut darah, walaupon darah aku sendiri. Kategori takut disini bukanlah aku xbley nampak darah langsung tapi lebih menjurus kepada darah dalam kuantiti yang banyak ataupon yang mengalir deras. Aku masih lagi ingat waktu aku di zaman remaja dulu, sewaktu subjek Pendidikan Seni, aku pernah terluka tapak tangan akibat ketidakadabakatankesenian dalam aliran darah aku ni. Masa tu x silap cikgu seni tengah buat aktiviti ukir mengukir sabun mandi. Aku tersilap langkah dan akibatnya terlukakan tapak tangan aku. Luka tu x sakit, tapi dia punya darah...Masya Allah cukup lajulah. Aku terus memecut ke bilik air di tingkat bawah untuk membersihkan luka di epidermis aku itu sambil di escort oleh salah seorang teman aku. Aku alirkan luka itu dengan air subsidi kerajaan yang keluar dari kepala paip besi bergalvani. Darah dan air seakan bercampor, mungkin trombokinase, hemoglobin dan macam2 lagi enzim yang berkaitan masih belum berfungsi. TIme tu aku tiba2 je nak pitam sebab tgk darah camtu punya gayanya. Nasib baik ada member aku tu. Bayangkan kalau aku jadi dokter, pastu kena rawat orang eksiden motorsikal sebab berlumba nak dapatkan hadiah pakej satu malam bersama chikaro terpilih. Konpom aku pengsan dulu lepas tengok darah2 yang melambak2 tu.
  7. Sebab kedua adalah aku takut tengok mayat. Aku memang fobia. Kalau gi hospital first sekali aku akan cuba untuk pastikan lokasi bilik mayat berada. Supaya aku boleh cari alternatif lain untuk elak lalu area bilik mayat.
  8. Sebab ketiga, aku ni jenis x sabar, cepat fed up. Kalau jadi dokter, andai kena handle surgery dalam tempoh masa yang panjang, aku igt pesakit tu nanti mesti bengang ngn aku sebab aku buat keje lebih kurang.
  9. Sebab keempat, aku malas nak menghafal segala macam fakta dan simpan dalam kepala otak aku. Dulu masa aku menjadi pelajar kolej, aku dan seorang member aku ni selalu buat lawak bodoh kategori orang terpelajar. Member aku ni pelajar jurusan Biologi, senang citer line2 awal nak jadi doktor lah bila dah dewasa nanti. Dia selalu melawak yang dia dah bersiap sedia nak keluar darah lalu mata, lobang telinga sebab nak baca dan hafal subjek biologi dia daripada kitab setebal Kamus Dewan. Kalau aku lah, konpom aku tido punya.
  10. Kesimpulannya, kenapa aku x jadi dokter ialah kerana sekarang aku dah pilih jalan pomen. Jadi pomen jugak best. Bley terajang2 mesin, enjin....hahahaha

Friday, January 7, 2011

Tips untuk mengelakkan orang lain tahu yang anda memakai boxer bercorak bunga2 sewaktu testing baju di dalam fitting room.

Pergh..panjang bebenor tajuk posting aku kali ini.

Al-kisahnya aku tengah blogwalking a.k.a sibok2 baca post orang dalam blog. Tup2 terjumpa satu tips dan aku pon mengambilnya dan postkan post itu ke dalam blog aku. Sebagai peringatan dan rujukan aku di hari muka. Apa2 pon layan....


Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari


Ketika menggunakan tandas, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, adakah kita tahu dan pasti bahawa cermin yang nampaknya biasa tergantung di dinding adalah cermin nyata, atau sebenarnya itu adalah cermin 2 arah?
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Terfikir tak? Kalau-kalau ada orang memasang cermin 2-arah di bahagian tempat menukar pakaian wanita atau tandas?
Untuk mempastikan cermin itu adalah betul² cermin yang sebenar amatlah sukar jika hanya sekadar melihat permukaannya.
Saya terima email dari suami cara bagaimana kita boleh menentukan dengan pasti jenis cermin yang kita lihat itu.
Hanya lakukan ujian mudah ini.
Letakkan hujung kuku dipermukaan cermin dan jika ada ruang ( gap ) antara kuku dan image di cermin, maka itu adalah cermin yang sebenar.
mirror image Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari
Namun, jika kuku menyentuh image kuku anda tanpa ada ruang ( gap ), berhati²lah, itu adalah cermin 2 arah ( 2-way mirror )
2 way glass image Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari
“No Space, Leave the Place”
Marilah kita sama-sama mengamalkan tabiat ini,setiap kali melihat cermin terutama di tempat khas untuk wanita, lakukan “ujian kuku jari”.

Sumber: Blog Kujie
psst...lelaki pon elok amalkan...xpon lelaki kena tahu tips ni supaya bleh bitau dan turunkan ilmu kita pada yang tersayang...xkanlah ko nak satu dunia kongsi benda yang sepatutnya utk ko je...betul dop?

Wednesday, January 5, 2011

Selamat Tahun Baru Yang Ke 2011 Selepas Kematian Al-Masih

  1. Tajuk aku pon dah macam mengarut. Macam provokasi pon ada kut. Tapi aku peduli hapa. Filem kita wajah kita!
  2. Saat tika jari jemari menari-nari mengetik papan kekunci untuk menaip post ini, sudah masuk hari yang ke-5 tahun 2011(kalau di Malaysialah. Kalau di hemisfera lain mungkin baru hari ke 4. Ataupon dah menjangkau hari ke-6).
  3. Asal menjelang tahun baru je mesti semua sibok2 nak tanya pasal azam tahun baru. Oh ya. Trend terkini dah semacam menggantikan kata nama 'Azam' kepada kata nama 'Resolusi' iaitu suatu kata nama terbitan (atau pinjaman kut? Ntahlah. Aku dulu bukan budak pandai pon. BM SPM pon cukup layak utk lulus lepas syarat masuk Universiti) perkataan Bahasa Inggeris 'Resolution'. Aku kadang2 pon x paham. Selalu cakap kena daulatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanlah, tapi media massa (terutamanya Radio Swasta) selalu mencemarkan bahasa. Fenin2. Patutnya Pejuang PEKEMBAR, Parti Kucup2 Keris tu perlu bertindak tegas. Aturkan demo jalanan. Buat sepanduk berjela2. Cabar kerajaan ISAkan pencemar bahasa Melayu. Tuduh mereka ni semua penderhaka. Menderhaka kepada segala2nyalah. Terutama sekali menderhaka kepada Sultan2 Melayu bermula dari zaman Parameswara sampailah keturunan yang sekarang ni. Sepatutnya! Ah. Persetankanlah geng2 kucup2 keris tu. Riwayat dorang pon dah macam nyawa2 ikan je.
  4. Aku bernasib baik kerana dikelilingi kawan2 yang x sibok2 tanya apa Azam Tahun baru aku. Mungkin sebab kawan2 aku pon macam aku. X kisah sgt pasal azam tahun baru. Bagi aku ritual membuat azam tahun baru ni seakan hanya trend. Orang sibok nak buat azam tahun baru sebab orang lain sibok nak buat azam tahun baru. Mereka tak dapat pon tangkap maksud sebenar di sebalik membuat azam tahun baru. Mereka tidak dapat merasai roh disebalik azam tahun baru itu sendiri. Maka di pengakhirannya, azam tahun baru hanya sekadar menjadi barang/hiasan yang diberi perhatian tatkala masih ada bau kedai, kemudian terlantar di atas hujung gobok menjadi tempat permainan sang lelabah menjalinkan sesawang.
  5. Aku seakan seperti menjadi insan yang terpilih dalam menghadapi ritual azam tahun baru di alam realiti ini. Seawal Darjah 5, seorang sahabat rapat telah memberikan pencerahan (illumination) kepada aku tentang budaya berazam tahun baru ini. Antara intipati perbualan beliau yang telah aku rombak dan sunting supaya bersesuaian dengan gaya penyampaian selaku seorang remaja sweet 17 macam aku ialah, buat apa kita hanya perlu membuat azam setiap kali menjelang tahun baru. Apakah kita perlu menunggu begitu lama untuk membuat suatu perubahan dalam diri? Seelok2 membuat azam adalah pada tiap2 hari. Berazam utk menjadi lebih baik daripada semalam. (aku cukup kagum dengan ilmu Illumination (pencerahan) yang dimiliki oleh sahabat aku ketika itu. Maklumlah, kanak2 berumur 11 tahun. Apelah sangat omannya.) Kata2 beliau seolah telah tertancap, kemas dan rapi ke minda pemikiranku sampai sekarang (mungkin zaman tu zaman kanak2. hati dan minda masih suci x macam sekarang dah penuh dengan segala macam noda, nada, mengada2 pon ada gaks...hahaha). Aku juga ada macam terbaca satu artikel bahawa kebanyakan orang, hanya mampu melaksanakan azam tahun baru mereka dengan bersungguh2 dalam tempoh 3 minggu pertama tahun baru. Oh Tuhanku. 3 minggu sahaja. Bayangkan nak kena tunggu lagi 49 minggu untuk berubah sebab buat azam baru. Apa nerakakah ini? Lamanya. Jadi aku rasa lebih baik berpegang kepada fahaman membuat azam2 tiap-tiap hari. Kerana apa? Baiklah. Secara perbandingan, 1 tahun akan hanya bertahan 3 minggu. Jadi kalau 1 hari paling koman pon akan bertahan selama 3 jam masa kesedaran. Dalam sehari ada 24 jam. Tolak masa ketidaksedaran a.k.a tidur dalam 6 jam. 24 -6 = 18 jam. 18 jam tolak 3 jam ada baki lagi 15 jam. Yaa...paling koman aku hanya perlu menunggu selama lagi 15 jam utk membuat azam baru, dibandingkan dengan menanti selama 49 minggu untuk membuat azam baru. Huh. Lama tu weh.
  6. Ah ya. Aku ada menge'post' di laman Facebook aku berkenaan azam tahun baru 2011. Tapi itu sebenarnya hanyalah parody. Mungkin juga ada analogi. Yang pasti bukan Antologi Anak Laut. Tapi walau siapa pun kita, walau di mana jua, dan di waktu bila pun, kita seharusnya sentiasa berazam berubah menjadi lebih baik. Dan kita juga sewajarnya tidak memperlekehkan azam2 orang lain, terutama sekali azam2 milik insan2 yang bernama Azam. Tak baik. Tuhan marah kalau kita sakitkan hati orang lain.
  7. Kesimpulannya, renung2kan dan selamat beramal.
  8. Bonus Tahun Baru 2011. Nikmati Petikan Video Klip yang di'embedkan'(camne tah nak eja natang ni...haha) dari Youtube.com yang bertajuk "When The Night Wing Broke" (translate dalam bahasa PPSMI)................Layannnn...