- Dalam bahasa Melayunya dipanggil Imam Muda.
- Sekadar meminjam tajuk rancangan realiti anjuran Astro.
- Imam muda ke imam tua sebenarnya bukanlah menjadi pokok persoalan.
- Soalnya muda dan tua itu hanyalah pada angka dan fizikal.
- Akan pada akal fikiran, kematangan itu tidak hadir hanya apabila sudah tua.
- Biar muda pada umur asalkan tua (baca: matang) pada pemikiran
- Menjadi imam sebenarnya tugas yang sangat besar.
- Menjadi imam secara automatiknya dianggap sebagai seorang yang serba serbi tahu akan ilmu agamanya.
- Menjadi imam tidak boleh tidak, anda mesti menguasai ilmu tajwid dengan sempurna (paling tidak berusaha untuk menjadi lebih sempurna).
- Kerana apa? kerana tahap kesahan solat diiringi jemaah terletak di bahu jemala seorang imam.
- Jangan main-main dengan ilmu tajwid membaca Al-Quran seandainya anda menjadi imam!
- Sebaik-baik melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
- Galakkan anak, anak sedara, sepupu sepapat agar berusaha memperbaiki diri dan menjadi Imam semuda yang mungkin.
- Kasihan dengan ibubapa yang begitu ghairah menjadikan anak-anaknya artis dengan menghantar mereka ke pertandingan menyanyi seperti Idola Kecil musim ke-18.36 contohnya.....ops...
- Jadi kengkawanku sekalian, sekiranya selepas ini aku menolak menjadi imam mesti korang dah tau kan kenapa...muehehehe...
- Oh ya...macam biasa, aku ni dah tersebati dengan budaya hedonisma yang menjadi tunjang dan senjata perang saraf juak-juak Illuminati, jadi walaupun tajuk ini ada bau2 agama skit, aku tetap nak embed lagu imam muda nyanyian
TsuMawi dan Akhil HayHye Bye Bye...Enjoice...
P/S: lama Mawi x keluar lagu baru...dengar lagu ni pon ok gak...ekekee
No comments:
Post a Comment