Wednesday, December 27, 2017

Throwing Behaviour


  1. Atau dalam bahasa melayunya buang tebiat.
  2. WTF I'm thinking about.Selepas 2 tahun last menulis, hari ni aku kembali menulis di ruang blogspot ni.
  3. Apa sudah jadi dengan blogspot?
  4. Apa sudah jadi dengan glory days blogspot?
  5. Aku rasa macam dah semak dengan FB sebenarnya tapi aku gagahkan juga atas sebab-sebab kelangsungan mata pencarian..kahhh...
  6. Gila babi lah...
  7. Last aku tulis kat blogspot ni Amran Fans masih ada pengaruh.
  8. Sekarang ni masa aku menulis ni Amran Fans kalah teruk dengan Abang Sajat.
  9. Lagi best,aku lupa mana satu email Google yang aku pakai untuk buat blog ni siot.
  10. Nasib baik laptop aku ni aku x clear historycache bagai...kah kah kah
  11. BTW, aku dah lama tak nampak lori babi atas jalan raya oi....
  12. Dorang dah tak hantar babi pakai lori ke? Atau dorang sembelih siap-siap proses pacakging lepas tu hantar pakai easyParcel je?
  13. Seriusly...
  14. Harap aku tak kembali menulis untuk next 5 years pulak lah....kalau x mati
  15. Bila aku baca-baca balik posting lama aku dalam blog ni rasa macam...what the fish..this is who I am...I missed this...merapu sesuka hati di alam maya karin....
  16. Babi baru dapat notifikasi. Man Utd kalah 0-2 dengan Burnley.
  17. Hanat
  18. Burnley kut...tahap-tahap JDT je kut
  19. Apalagi akunaktaip ni
  20. Oklahcukup 20 points..bye...
  21. Babi silap notifikasi...half time rupanya...
  22. Sekarang Man U dah score sebiji..jadi MU 1-2 Burnley
  23. Kbai

Tuesday, October 6, 2015

Kejelobakkejerebu


  1. Hai.
  2. Tawun ini Jerebu ada teruk
  3. Gua pon rasa macam dah sesak-sesak nafas, sesesak lalulintas di LDP plaza tol Sunway
  4. Masalah jerebu ni bukan masalah baru jadi dua tiga tawun lepas macam masalah Wan Emdibi bin Wan Tu Poinsik Biliyun.
  5. Dah lama daaaahhhh..seingat aku sejak dari zaman aku nak amek YuPiEsAr
  6. Sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad 
  7. Tapi suasana jerebu kali ini memang sangat terasa.
  8. Bilamana aku pegi Shah Alam dua minggu lepas, terasa macam dalam set penggambaran Indiana Jones banyak asap-asap....
  9. La ni dua tiga hari lepas kecoh kenapa bachaan IPU Singapura dan Malaysia tak sama
  10. Maka pecahlah cerita yang Singapura dah gunapakai standard PM 2.5 untuk kira kemudaratan jerebu, berbanding dengan Malaysia yang masih guna pakai PM 10. Khabarnya bermula tahun 2017 baru Malaysia nak tukau pakai standard PM 2.5. Buat sementara waktu, kita guna dulu PM 2.6 biliyun..eh tetiba.
  11. Sementara tu, aku rasa Taylor Swift dah jual jiwa dan raga kepada pertubuhan Illuminati cawangan Amerika Syarikatlah. Aku yakin. Tak caya cer tengok vidklip bad blood beliau.
  12. Kbai.,

Thursday, September 3, 2015

Shaithon!



Jilake!


Berhari-hari sangkut kat line code ni. X setel-setel. Setan tol..


Tuesday, August 11, 2015

Masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh Homo Sapien


  1. Assalamualaikum.
  2. Hai.
  3. Salam hashtag sehatisejiwa. Tak mainlah salam 1Malaysia sekarang. Haram jadah.
  4. Berbalik kepada tajuk utama, kamu selaku Homo Sapien (bukan homoseksual hokeyyy..choyy) mesti pernah menghadapi masalah seperti di bawah kan?
  5. Pergi sesuatu tempat, tertinggal gugusan kunci anda yang terdiri daripada kunci kereta, kunci rumah, kunci rumah awek anda, kunci rumah skandal anda, dan lain-lain lagi. Setelah beberapa ketika, anda sadar yang segerombolan kunci anda telah pun hilang. Atau anda pernah mengalami situasi terjumpa segerombolan kunci orang lain yang terbiar macam anak tiri atas meja mahupun atas tempat flush mangkuk jamban duduk. Anda tak tahu siapa punya kunci ni, niat di hati nak kembalikan kepada pemiliknya, tapi anda malas pulak nak gi jabatan los and faun. Kesudahannya, kunci tersebut terbiar kesepian di ruang sejuk itu.
  6. Anda naik motorsikal, malas nak bawak helmet, anda mengambil keputusan nak sangkut helmet / simpan helmet bawah seat motorsikal anda. Dalam keadaan minda separa sadar, anda terbiarkan anak kunci motor anda tergantung bergentayangan di ibu kunci.
  7. Anda menggunakan komputer untuk mengakses data dalam pendrive anda, pagi ittew bos anda yang merupakan seorang andartu yang sedang mengalami senggugut mengalami tamparan apabila anak ikannya yang dibela dimanja didodoi menghantar sekeping kad jemputan perkahwinan dengan musuh cintanya sejak dari zaman perseteruan pertandingan memasak matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga lagi, dan mengamuk nak mintak dokumen penting untuk dibawa ke mesyuarat, anda selaku seorang bawahan dengan perasaan takut, malu dan sedikit kepanasan tergocoh-gocoh membawa dokumen/kertas yang siap dicetak tanpa sempat mencabut keluar pendrive dengan sempurna. Lepas tu anda mencari-cari bagai mencari cinta sejati sesuci cinta Rumi dan Juli, tapi hampa x jumpa. Anda menyalahkan diri anda kerana terlupa nak eject the pendrive safely.
  8. Ini antara masalah yang biasa di hadapi. Memang ada teknologi berasaskan bluetooh beacon yang boleh membantu anda mengtrack kembali barangan anda yang los dan faunkannya kembali, tetapi harganya tidak berapa mesra rakyat malaysia, lebih-lebih lagi di zaman kegawatan di mana nilai ringgit telah mencecah 4 ringgit berbanding 1 dolar Amarika.
  9. Oleh yang demikian, saya sedang membangunkan satu sistem yang murah dan praktikal untuk membantu anda mengatasi masalah ini. Insya Allah akan siap penghujung bulan ini.
  10. Jika anda berminat untuk menjadi antara pengguna terawal, teruslah Wassap saya atau pun menghantar email ke faiz [at] buroque.com.

Monday, August 10, 2015

Bermain-main dengan butang Paypal


  1. Petang-petang bosan ni xde keje.
  2. Saje test-test bermain dengan butang paypal.
  3. Ni sekarang tengah try test mengaplikasikan tutorial untuk menggunakan butang Donate PayPal. Walaupun kita di Malaysia dan PayPal di USA, tapi kita tetap dapat menggunakan perkhidmatan derma dengan PayPal.
  4. Jika anda ingat ini adalah main-main, sila klik butang dibawah untuk menderma secara tulus ikhlas kepada saya.
  5. Jazakallahukhairan



Wednesday, June 3, 2015

ojo ngece karo wong seng orak duwey


  1. Arini aku pergi servis kereta di Pusat Kecemerlangan Perusahaan Otomobil Nasional atau nama glemer die COE, kat tepi hiway Kesas. Aku pon sebenarnya cuba nasib je talipon petang senin tu. Tup-tup dapat appointment petang Selasa untuk servis. Biasanya nak dapat call jahannam punya susah. Aku pernah bengang call beberapa kali masuk beberapa hari xdapat-dapat, alih-alih dengan hati semangat waja macam peserta One Silat kat Festival Belia Putrajaya 2015 ritu gua redah je. Sudahnya gua tersadai dari pukul 9 sampai ke pukul 6 petang baru siap keter gua masa tu dengan alasan walk in kena selit-selit sebab appointment penuh.
  2. Arini gua nak citer, sebenarnya di COE ni ada dekat 8-9 orang Service Assistant (SA). Gua perasan tadi macam ada sorang gadis cun putih-putih melati dekat receptionist, rasa macam vibrate-vibrate gak tulang rusuk tadi, tapi x terasa sangat, mungkin kurang signal kut. Berbalik kepada SA, arini gua dapat SA yang memang sempoi dan ramah. Lelaki, gua bajet dalam awal 40-an.
  3. Prosedur biasa la, ko bagi buku servis, ko gerak dengan SA dari ruang menunggu ke ruang parking kereta, SA check semua meter minyak, meter mileage, body inspection dan sebagainya, then aku hand over kunci.
  4. Benda yang x pernah haram jadah satu SA pon sebelum ni bitau, COE ada menyediakan perkhidmatan cucian kereta PERCUMA kepada kereta yang servis. Al-kisah dah siap semua pre-inspection, SA tu pon tanyalah aku rushing ke x petang tu, aku pon cakap tadelah sebab aku kalau servis keter memang satu hari amek cuti. Then dia cakaplah, kalau macam tu bolehlah saya hantar kereta ni cuci sekali. Shamarol Idha dan Mohd Zamri barangkali tahu keadaan kereta aku macam mana sebab dorang selalu naik kereta aku dalam sebulan dua ni..hahaha. Kereta dah serupa jahanam dah kotor. Kalau gua parking kereta kat jalan tanah merah, gua suspek kereta gua dah automatik camouflage dah, plus dengan kaler coklat body dia. 
  5. Tapi memang best brader SA aku arini. Harap next time aku servis dapat dengan brader ni lagi. Aku doakan beliau murah rezeki dan senang segala urusan sebab dia dah gembirakan hati pelanggan macam aku. Aminn... 

Tuesday, June 2, 2015

bumper


  1. Last week gua ada presentation kat Damansara Perdana.
  2. Sambil-sambil gua layan isap rokok dengan member gua kat depan pintu ofis, sekonyong-konyong datang 2 orang gadis dari kejauhan.
  3. Mereka berdiri di hadapan pancuran monumen waterfall yang berdekatan.
  4. Gua dengan member gua x lah amek port sangat. Sambil tengok dorang amek gambar bedua selfie wefie wifi.
  5. Dengan tidak semena-mena, salah seorang gadis membelakangi gua dengan member gua, jarak x lah jauh sangat, adalah 10 meter daripada tempat kitorang, gadis tu berkaksi dengan sikit lentik.
  6. Member gua tengok gua, gua tengok dia. Gila babi punya bumper dia. Dah la pakai legging.
  7. Lepas isap rokok, gua terus masuk amek wudhu' lantas mendirikan solat Zohor...
  8. Mengikut pengamatan gua, gadis tersebut dalam lingkungan 18 - 20 tahun. hmm...