Tuesday, March 19, 2013

abc

Gua igt lagi, tahun lepas bulan mac gua main klik klik kat jobstreet.

Salah satu iklan yg gua klik dlm tu kampeni abc ni la.

Gua main klik je pon dan x meletak harapan

Sebab gua pon xlah percaya sgt dgn keberkesanan jobstreet ni.

Memang dah rezki kut, bulan april kampeni abc ni pggl interview first stage

Masa interview pon gua x yakin dpt jawatang ni

Maklumlah gua ni bukan sapa sapa

Result blaja pong omputih kata paras laut je..tambah tambah kampeni abc ni dah tahap tahap antarabangsalah bak kata husin lempoyang

Rezki lagi gua pass  ke second stage.

28 may gua tender surat.

2 minggu main tarik tali dgn bos kepada bos tmpt lama gua

Awal julai huha huha dgn kawan opis lama kat tawau,semporna,mabul sabah.

1 ogos gua daftar kat abc

Nah, skrg gua masih di sini.

Hari2 pening kepala layan perangai mesin dgn perangai manusia.


























Jauh lagi perjalanan aku nak jadi ultraman ni.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, March 18, 2013

paduka mangkubumi petala Lang it altirami

Hari ini hari Senin
Gua terbangun Lambat, punch kad pon lewat 5 minet,
Masuk masuk keje bos dah call kate ade break down.
Mmg spoil the mood you hari senin pagi dah ade problem.

Bermula hari ini sehingga jumaat ini bos gua out of office.
Ntah hapa angin die soh aku jadi pemangku sepanjang die xde.
Jumaat lepas aku dah diamanahkan katalaluan SAP sistem die,
Plus kuasa buat keputusan yg kurang kritikal,

Hari ni banyak gak benda yg aku kena handle,
Dari pagi smp ke potang xsenang duduk,
Nak isap okok pon jadual lari.

Semoga minggu ini berlalu dengan aman dan damai.
Semoga xde masalah besau besau,
Semoga aku berjaya jalankan tanggungjawap sebagai dato mangkubumi
































Selamat hari isnin.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, March 11, 2013

hnssh...hnsshh

Ari sabtu baru ni wa gi grooming,

Ari ni wa masuk ofis dgn gaya baru.

Pagi2 wa pny member si botak tegor "wah bro, gaya baru!"

Pastu bos gua pulak tegur "you nampak lainlah"

Then pegi minum pagi kat kantin awek kaunter plak tegor masa wa nak bayar nescafe tarik "wah, macam ni barulah hensem bang."

Pas minum balik ofis, brader HR yg nak jumpe aku plak buat lawak antarabangsa "ni aku nak kena tgk betol2, betol ke 'wong lanang'ni, kang takot salah org plak" sambil gelak2...

Petang plak masa wa gi ke depan receptionist, awek jaga kaunter tu senyum2 kat gua lebih daripada biasa sambil buat2 gedik.

Kesimpulannya, member gua ckp wa nampak muda seploh tahun. Sebelum ni dgn rambut panjang cecah kolar jaket, jambang macam wolverin selamba je wa punya supervisor yang baru masuk keje bawah gua cakap wa umur 30 tahun lebih...

Weekend ni igt nak try bersidai kat alamanda. Mana tau leh sangkut dokter2 muda yang keje kat putrajaya yg tgh sopping2 ke...


























Ok. Sila muntah lepas baca posting wa yang angkat diri ni...hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, March 10, 2013

kecik

Tadi aku gi giant kat jajahan rumah aku ni. Sampai sana amik troli. Bila masuk dalam cuma amik dettol body shower, berus gigi oral b, jel rambut cap revive, replacement unit ambi pur car, sebatang roti perancis panjang, sebungkus roti kentang, sepaket bateri cap eveready gold dalam ade 4 bijik.

Masa bayar total 50 hinggit 60 sen.

Terasa kecik betoi nilai duit sekarang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Datasheet and specification

Syuh syuh...tarantula dah dtg balik buat sarang..lama nau dok update..dok rok cetong le ni.

Korang dulu masa nak menikah ade pikior x calon2 idaman. Teman nak share le skit specs2 yg dalam consideration teman beserta reason. Eh dah cam buat technical report plak,

Dokter. Teman rasa kut dapat teman dokter mmg best. Ade le yg tau details or at least lebih tahu tentang hal ehwal kesihatan. Tapi kalau dapat dokter mau teman insaf dr berasap. Mau kena bebel ari2.

Cikgu sekolah rendah. Kategori ni teman rasa yang bestnya depa byk cuti. Cuti sekolah je dah sebulan. Nak berlibur pon leh planning. Tapi teman x berapa kenan dgn cikgu sekolah menengah. Maklumlah dak2 sekolah menengah bukan semenggah sgt perangainya.

Jurutera. At least dapat faham cara kerja teman. Selain tu boleh gak berbincang2 perkara2 teknikal sambil2 tgh potong sayur, goreng ikan kat dapor ke. Mana tau leh kongsi masalah kejuruteraan bersama dan mendapat jalan penyelesaian. Tapi kalau leh ni last choice.

Prioriti paling utama yang plg atas tu sehingga ke bawah. Tapi kalau tersangkut anak raja pon teman x kisah. Kalau sudah ditakdirkan anak raja tu menjadi pelengkap rusuk kiri teman ni apa boleh buat. Hamboi ayat!


























Kalau kome2 ade teman2 dokter especially roger2lah teman. Leh lah teman whatssapp2 nnt. La ni teman bz bebenor. Gi keje xnmpk matahari, lik keje pon matahari dah tito. Teman pelagi, malam kol 10 kdg2 dah sampai World of Oz. Ghase cam dah no life plak. Heh.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, February 23, 2013

interview

Jumaat 22 february.
Pertama kalinya aku interview orang.
Pertama kali merasa apa rasanya pakai kasut interviewer.

Byk juga benda yang dibincangkan.
Tetapi hanya beberapa perkara yang aku nak kongsi.

Susah rupenye nak cari kerja skrg ni.
Budak yang aku interview tu cerita betapa bersungguhnya dia cari kerja.
Sampai jobstreet hantar notification yang kuota beliau nak klik n apply keje kosong cuma tinggal 5 sahaja untuk bulan teraebut.
Ya, hari ini baru aku tahu yang jobstreet ada kuota.
Ikutkan hati kesian dengan mamat ni.
Ikutkan waras, tiada rezeki beliau kali ini.
Aku tau bila interview, kita akan cuba sedaya upaya sembang lebat bak ang...nak promote diri.
Aku pon camtu..hahaha
Tapi jgn menipu. Kalau x tahu mengaku je xtahu.
Mamat tu aku lihat bagus. Bila aku tanya benda yang die xtahu, die mengaku xtahu.
Dari segi peribadi, nampak macam jenis follow the rule. Tapi x tahulah, interview cuma the surface, sebab tu ade probation period.

Aku tahu apa yang kami perlukan dan bilamana 10 minit aku interview dan dapati beliau tidak sesuai, terus borang evaluation tu aku xtulis ape2.

Satu benda yang buat aku bengang gak tadi, resume mamat tu boleh salah info. Terus aku garis2 betolkan apa yg salah depan die sambil buat2 ulang2 tanya mintak kepastian dengan nada yang dibuat2 seakan2 xpuas hati. Terus berulang kali mamat tu mintak maaf..haha..
Benda ini tidak sepatutnya terjadi, kerna resume adalah benda yang snagt penting. Recheck berulang kali!

Setelah jam menginjak 1020, terus aku gi tanya bos aku cane. Bos aku kata nak join interview sekali masa die soh aku start the session, aleh2 sampai ke akhir sampai aku dah rasa xtau nak tanya apa dgn mamat tu x masuk2. Bos aku selamba je tanya nak accept ke x? Setelah aku explenkan apa yg patot, maka aku pon kembali kat mamat tu dan cakap if you were selected, we will get in touch with you back within 2 weeks.

Gua x sampai hati nak cakap, maaf dik, kami tidak dapat menggajikan anda buat masa ini. Terima kasih kerana meluangkan masa. Nasib baik die faham dengan maksud ayat 2 weeks aku tu.....

Kesimpulannya, aku pegi minum pagi tadi lambat. Sampai kantin kueh mueh sarapan pagi nasi lemak semua dah licin. Sudahnya minum nescafe tarik makan asap rokok je.........

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, February 17, 2013

Pemburu Bandar


  1. Saya baru usai menonton drama Hanguk bertajuk City Hunter menerusi DVD cetak rompak yang adek saya beli. Siri ini sedang hangat ditayangkan di saluran 8TV bermula jam 8.30 malam berdurasi selama satu jam tolak iklan xsmp sejam pon durasinya.
  2. Saya sebenarnya meme suke nonton cerita Korea. Bermula daripada tahun 2003 dengan cerita Hotelier (kut) lakonan Song Hye Gyo zaman muda2 sehinggalah ke hari ini.
  3. Baiklah kembali ke topik. Siri City HUnter ini sebenarnya adaptasi daripada manga Jepun, kira macam movie Ombak RIndu yang meletup2 tu le. Dah lama dah saya tau manga City HUnter ni, kalau x silap semenjak zaman sekolah menengah dah ada manga ni. Semasa zaman tu, kalau siapa2 je dikalangan kami yang membaca manga ini akan di cop Mat Blue sebab mmg sgtlah byk lukisan2 yang menjurus soft porn. Saya pon x igt berapa kali sahaja pernah membaca Manga City HUnter ni kerna pada masa tu x heran lgsg dgn City HUnter ni. Yang saya hairan masa tu lebih kepada komik Pendekar Laut, Wira Tunggal, Senjata Alam Manusia, Guruh Badai, dan yang seangkatan dengannya.

  4. Setelah saya terjebak menonton siri ni, barulah saya faham yang City Hunter ini bukan sekadar soft porn, tapi sebenarnya mengenegahkan isu-isu yang lebih besar. Isu kesetiaan kepada negara, permainan politik kotor, kasih sayang antara manusia, perbezaan doktrin, masalah sembelit, dan banyak lagi.
  5. Satu siri drama Korea yang saya rasa ada pengisian, tidak seperti drama yang kosong, kosong kosong sekosong lagu Najwa Latif.
  6. Satu yang saya perasan, peranti pintar yang digunakan dalam CIty HUnter ini adalah Apple iPhone dan iPad. Ini adalah sesuatu yang diluar tabii bagi siri drama Korea tidak menggunakan produk Samsung mahupun LG. Mungkin ini adalah salah satu usaha Apple nak tingkatkan kesedaran kepada penduduk Hanguk dengan menyeponsor gadjet kegunaan Lee Min Ho dan rakan-rakan dalam siri ini.
  7. Oh ya, untuk dapatkan lebih keasyikan, carilah siri yang menggunakan bahasa Hanguk, Yang kat 8tv tu dah dubbing bahasa Cina. Xinzal langsung. heh.